langit itu tak pernah kelihatan sebiru tu....
erti cinta sejati. cinta yang tidak menjadikan kita menuntut apa-apa daripada orang yang kita cintai. cinta yang tidak memberi ruang kepada kita untuk memikirkan diri sendiri. cinta yang walaupun hanya mampu membuatkan kita menangis, tetapi kita tetap reda dengannya.
dan aku? walaupun aku kalah, walaupun aku terbuang, tetapi cintaku tetap tidak mahu pergi. itu adalah bahagianku.
dan kegembiraan hatiku itu tidak dapat aku paksakan untuk mencari yang lain. kerana mungkin takdirku di situ. walaupun kegembiraaan itu bukan milikku.
demikian sesungguhnya hidup ini adalah tautan dari segala rasa yang kadang-kadang sering menjalinkan kita kepada ikatan yang menderitakan. tetapi percayalah, Allah memberikan kepada kita semua rasa sakit ini adalah kerana Dia masih mahu kita mengingatiNya. Dia mahu kita merasa perlu kepadaNya.
redhalah walaupun kita terpaksa menangis dan menenggelamkan tujuh benua dengan air mata kita. menangislah walau terpaksa meruntuhkan tujuh gunung dengan air mata kita. tetapi jangan lupa... Dialah yang lebih besar daripada segala apa yang kita rasa, daripada segala apa yang telah kita hilang.
jadi, jangan hilangkan Dia yang melebihi segala-galanya. kelak kita akan bertemu kepada jawapan yang kita tidak pernah jumpa walau mencarinya dari permulaan hidup sehingga akhir hayat. hanya perasaan reda mampu memberikan kita jawapannya.
tuan... sukar menjumpainya, sukar meninggalkannya...
No comments:
Post a Comment