Saturday, 18 February 2012

marilah kita sama-sama membantu dan berdoa




MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH
"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail.

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi.

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.
Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.
"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.
Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.
"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.
"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.
"Insurance coverage macamana?," soal saya.
"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.
Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.
Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.
Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).
Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.
Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.
Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

SILA HEBAHKAN  

tuan... salam, artikel ni tuan terbaca disini http://www.mazidulakmal.com/ tersentuh sesangat hati ini... seharian tuan tak dapat memikir apa-apa.  jika kucing sakit pun kita dah separuh hati risau inikan bila melihat anak yang begini comel dan terlalu kecil untuk menanggung sengsara segala kesakitan.  teringat tuan dahulu dr pernah bercadang untuk mengambil air tulang belakang tuan.... tetapi seluruh keluarga pertahankan.  tak tau lah.  benar atau tidak.  'orang kata' (bukan dr kata ya..) jika kita telah benarkan ambil air tulang belakang pesakit nanti akan lumpuh...? betul ka..? atau pesakit akan lebih parah..? emmm... apapun tiap penyakit itu datang dari Allah... yang menyembuhkannya Dialah juga.  jangan pernah putus asa kerana Allah itu tidak pernah terlena dan sentiasa melihat dan mendengar hambaNya yang teraniaya....
mari kita sama-sama mebantu adik faris ini... jika wang ringgit tak mampu kita nak hulurkan, tetapi kita masih mampu berdoa... berdoa dan terus berdoa sehingga Allah sendiri berkata, "sungguh tidak jemu-jemu hamba Aku ini bermohon dan merayu berdoa dan sesungguhnya Aku juga tidak jemu-jemu untuk menunaikan permintaannya itu...." subhanallah...  kasih sayang Allah itu Maha Luas... perkenankanlah doa-doa hambaMu ini yaAllah.  kasihanilah adik faris ini.  ringankan penderitaan yang ditanggung olehnya.  sembukanlah dia yaAllah.  berikanlah ketabahan kepada ayah ibu, kaum keluarganya.  jadikan semua ini sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua.... amenn...

tuan... hari ini 14.2.2012. cumanya hari sabtu.  tak tau, dan kenapa dengan hari ini.  tuan rasa tak bermaya.  serabut.  tak tentu arah.  ada sesuatu yang tuan kena cari..? ada apa dengan tarikh ini? kenapa tuan rasai semua ini? kenapa yaAllah?
tuan tak tau nak dikatakan apa ini... mimpi atau benar, atau apa... seperti kebiasaan tuan dulu-dulu dan adalah kegemaran tuan berbaring di sebelah umi.  kadang suka nak ngusik dia tuan baring atas peha dia pegang tangan dia dan cium.
dan malam tadi semua itu seolah di ulang tayang semula kepada tuan.  tuan berbaring tetapi tanpa umi dan pipi ini basah lagi.  baju kurung kedah umi tuan letak bawah bantal, kain batik umi tuan buat selimut. terbau-bau dia...  yaAllah rindunyaaaa hati ini.  haiyaAllah... menitik-nitik air mata saat tuan menaip setiap patah perkataan ini.
Allah...
umi mana?
tuan nak baca yassin maghrib ni....

No comments: