Friday, 3 February 2012

mereka-mereka yang telah pergi...

ini oyen.. dia ni kembar.  citer dia kena buasir pernah tuan siarkan di blog jiwa.  pertama kali tuan lihat kucing kembar.  sampai kalau sekali lihat sukar nak beza yang mana satu.  warna sama.  bulu sama warna.  dua-dua dah 'pergi'.
 yang ni dia bersama ibu dia... pun dah'pergi'.
ini ketot... citer dia pun ada di blog jiwa.  kisah sakit dia yang tiba-tiba.  terpaksa di tidurkan.  antara pilihan yang terlalu sukar terpaksa tuan buat.  membiarkan dia hidup tuk seketika, beerti tuan membahayakan nyawa yang lain-lain kerana penyakit dia berjangkit (yang di kata busung air untuk kucing).  dipilih untuk tidurkan dia, masa bawa tu dia sihat cergas.  tetapi bila saja dr vet tu comfirmkan penyakit dia.  tuan terduduk.  cumanya mksu tolong mintakan dengan dr tu setengah jam untuk tuan bawa dia masuk ke kereta tuan nak bersama dia seketika.  tuan peluk dia erat-erat sambil air mata ni menitis tanpa henti.  minta maaf ka dia jika ini keputusan yang salah terpaksa tuan buat.  tolong maafkan tuan.  tolong maafkan mksu.  dia pun seakan tidak mau melepaskan tuan.  duk sondol-sondol muka dia ka badan tuan, ka telinga... haii ya Allah. 
ini muthuk... menghilang tanpa jejak.. tak tau  nasib dia.. sama ada di baham anjing.. di ambil orang... atau kemalangan.. jika tuan baring-baring di luar dia salu datang urut.  manja.
ketot...salah satu aksi yang paling dia suka buat masa tidoq.

satu-satu mereka-mereka yang tuan sayangi pergi meninggalkan tuan.  hari ni ada, esok dah tiada.  baru sekejap ada, dah tiada.  terkadang rasa serik dengan hati ni.  sedih tak kesudahan.  tetapi apa pilihan yang kita ada?  

kalau ikutkan tuan nak menulis lagi tentang mereka-mereka ni.  tetapi biarlah berhenti dulu.  mood tuan pun ke laut.  bukan niat nak ingatkan kita yang sedih-sedih.  tak.  tetapi terkadang bila berdepan dengan mereka setiap hari... buatkan tuan terfikir... betapa kita perlu menghargai 
'detik yang di namakan kehidupan...'.  peluang yang ada.  kita tak tau bila-bila masa kita akan di jemput pergi.  sekejap sangat masa.  

lain kalilah kita cerita...

No comments: