aku kirimkan rindu dan cintaku kepadamu lewat angin yang berhembus. moga-moga ia sampai kepadamu....
Ilahi Rabbi...
dalam nafas yang bergetar
tafakurku di rumpun sejadah insaf
temanilah...
aku mahu Kau hilangkan
resah yang membebani
sakit yang kutempuhi ini...
aku mahu hilang bersamaMu
tika embun menitis dan jatuh mengirai
mengejutkan rumput yang baru tidur
aku datang menyerahkan diri
dalam sujudku ini
temanilah diriku!
Ilahi Rabbi...
tika mentari muncul tersenyum
terpanah jiwaku oleh kelukaan
milikkukah waktu yang cerah ini
atau mataku hanya teruji
oleh selaput yang meliputi
oleh sepasang mata yang telah banyak berdosa!
dan... aku cuba melarikan diri
dari daerah hidup ini
namun terkeliru di simpang mana harus
kulalui
sedang bekalan di tangan telah kosong...
jatuh terciciran...
Ilahi Rabbi...
tika senja berlabuh
menutup tirai sebuah cetera pedih
kutemu bayang-bayang lesu amalanku
mampukah aku bangun dari rebah ini
meredahi malam yang tidak pasti
dan arah yang masih kucari
dan... air mata pun berderaian
di lereng-lereng sepi!
tuan... ada suatu ketika, aku terlalu merindui belaian mesramu. kata-kata nasihatmu yang aku harapkan dapat membetulkan jalanku yang salah. aku mengharapkan kesempurnaan itu darimu semuanya sedangkan hakikat dirimu juga manusia biasa yang penuh kelemahan. kedaifanku dan kerendahan hatiku menyebabkan aku selalu gagal mentafsir dalam kasih sayang.
barangkali engkau mengasihiku.
walaupun ia hanya barangkali, cukuplah. setiap kali aku membisikkan kata-kata itu, aku akan tenang. hatiku akan tenang kiranya aku mampu yakin bahawa dirimu benar-benar menyayangiku. sayangnya... aku selalu gagal. aku gagal meyakinkan bahawa diriku ini dikasihimu. aku sering merasakan diriku ini tiada harga di matamu. atau dengan kata lain... aku selalu merasakan dirimu tidak menyayangiku. lantaran... aku bawa rindu dan harapan ini sehingga ke penghujung hidupku.
yaAllah!
No comments:
Post a Comment