"Untuk yang tercinta,seucap untukmu tak ada helai daun jatuh,tanpa angin..tak ada cinta,maka kaupun tak ada..."
Saturday, 12 May 2012
pengat ubi tuan
pengat ubi tuan...
kemarin, semalam dia tu kot... heheh.. faham..? lebih kurang, kemarin dan sehari sebelum kemarin tu lah... tuan teringin nak makan yang manis-manis... ops.. pembetulan, tuan satu keluarga memang suka makan yang manis-manis... dari umi sampai ka ba, sampailah ka anak-anak, cucu cicit dia. selera banyak persamaan. jadi tak hairanlah jika sebulan puasa, tiga puluh hari mesti ada manisan. pengat la. baik ba maupun anak-anak dia berbuka tak makan nasi dulu. lepas tarawih barula makan kalau ada yang nak makan, jika tak sahur tu la makan nasi.
tuan sememangnya jarang-jarang makan nasi sebenarnya. vege kan. sup sayur ka. kadang sup pucuk+kentang coly flower. kadang oats. puding roti. puding jagung. itulah... kadang pape yang teringin terhad juga. banyak yang tak boleh daripada boleh. makan makanan luar lagi tak boleh. ya lah.. diluar tu mana kan hari pulak tukang masak tu nak buat untuk kita sorang ja yang bermacam tak bolehnya. periuk kuali bekas sume tak boleh campur. di rumah lain semua sudah faham kan. semua kena asing bukanlah sebab tuan ni ada penyakit berjangkit yang kronik ka... tidakkkk... dah memang gitu adanya... kalau silap tuan akan muntah-muntah or cirit birit.
jadinya... pada suatu petang semalam yang kemarin tu (hehe..) tuan buatlah pengat ubi ni. kebetulan mksu ada beli ubi kayu. tak nak susahkan maksu sebab dia pun sakit tuan buat sendiri. lagipun setakat masak-masak ni tuan suka la. tapi dengan syarat, tuan sorang kat dapur tu.... kejap boleh siap. tapi kadang yang salu temankan tuan di dapur ni mksu la... bukan pa, dia takut tuan terjatuh ka kotnya... dia buat-buatla bz... kadang kopek ikan bilis la dia.. bila buat pengat ubi tuan tak pakai santan. dan ginilah cara dia umi buat selalu. rebus ubi tu dengan daun pandan.. dah empuk ubi, masukkan gula. owh ya, tuan tak pakai gula merah... tuan guna gula enau atau gula melaka (kabung). gula merah tuan memang tak boleh. dah menggelegak padamkan api. siap lah. kadang tu rasa teringin tu punyalah membuak-buak ngalahkan gajah bunting sulung... tetapi bila dah siap masak makannya sikit ja. kadang tak ngulang lagi dah.
tuan...makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment