alamak!... roti ja ka bang...gitulah kata dia kot...hehe.. kan bagus jika kita ada kelebihan boleh berkata-kata dengan haiwan ni kan... kelebihan tu cuma Allah beri kepada nabi sulaiman sahaja.
ni dia baru dapat roti... punyalah tekun ngalahkan doktor nak membedah orang..
tengok tali yang mengikat pinggang dia tu... sampai tonggek punggung kawan tu...huhu..
tengok dia makan roti... abis dia buang. cuma makan tang inti ja. kasian 'bird' kawan tu..pakaikan la pampers... tak pun.. seluar kecik ka.. kat pets shop kan ada. tak la sakit dia. cuba bird dia (tuan dia tu lah..) di biarkan terbuai-buai begitu ja.. mau ja di gigit kerengge. tu pun kalau mau kerengge tu gigit!
rumahku, syurgaku... dibandingkan dengan kita yang hidup di rumah. betapa kita perlu mensyukuri kehidupan ini. tuan tak kata suruh buat rumah besar-besar untuk monyet ni. tidak... tetapi biarlah dia rasa selesa. kalau tak lepaskan di hutan tu. di situ kehidupan dia. lain kalau kita bela kucing. memang di rumah kehidupan dia.
sebenarnya tuan dalam 'kedunguan' la ni...jangan selamanya sudah...hehe..'sat sat' tak pa..
alkisahnya....
hari ni mksu terpaksa 'angkut' tuan ke kedai dia sebabnya mksu kena jaga kedai... punyalah 'bertanggungjawabnya' pekerja dia. minta cuti dengan mksu sampai rabu and khamis dia kata mula keja. mksu kata oklah. berkali-kali mksu tanya comfirmkan. jawapan tetap sama. mksu pun oklah. tup-tup pagi dua raya dia msg ka hp anak buah minta bagitau mksu dia cuti terus SAMPAI AHAD... punyala...? apa nak kata ni...? sasuke hati nenek tiri mak kambing dia ja kan...? the reason is, ada sedara buat kenduri kahwin di kampung. kambing gurun punya budak! hei... orang nak kahwin ni berbulan punya planning... macam-macam nak buat. nak bagitau. kad kawin nak cetak. dah tentu tarikh dah booking awai-awai. lainlah sedara hang tu kena tangkap basah bidan terjun... lenkali kalau nak 'memohong' tolong bagi alasan yang logik sketla beb! bagi lah alasan lembu kerbau mak hang masuk hospital ka... ceh!...
habis citer bab tu.. (tuan pulak yang terover geram...mksu tak terkata pa...pasrah jolah...)
oklah.. dahlah tuan terlewat siap-siap (sebenarnya bersiap..amboi.. ngalahkan nak bersiap pengantin...) yalah tuan ni macam-macam nak di bawa. dah tentu seharian tuan akan jadi 'pak lilin' dalam bilik belakang kedai mksu tu nanti. kalau dah terlewat namanya tentulah ada yang tertinggal betui dak.... baby laptop bawak. hard disk tak bawa. pendrive yang nyimpan segala macam tuk nenek moyang sume tak bawa. usb pendrive nak tranfer picture pun tak bawa...akhrrr.... sudahnya apa nak buat ni...? takkan nak duk mencatuk ja macam burung belatuk dalam bilik ni.... huhuhu... godek-godek 'baby lappy' ada dalam download picture lama ni.. tu la dia picture kat atas tu... picture 'pak encik' dapat roti tu...
begini citernya...
lama terperap dah pic ni... bulan jun. ada satu hari anak buah ambil tuan dari hospital dia keletihan kereta berdebu sikit. dia ni sebijik keturunan ba dia ambil. pantang kereta kotor sikit. on the way balik dia singgah car wash. dengan gemalai macam pengantin bangun pagi tuan turun dari kereta.... sebenarnya teramat malas. tapi takkan nak duk dalam kereta pula kan. dalam khemah dia tu adalah dua tiga orang menunggu. anak buah ni mencari pokok nak berteduh. yang tuan ni macam anak ayam mengekor ja dari belakang... sambil berjalan tu dia buka roti beli di seven eleven. baru dia nak suap ke mulut dia ternampak monyet ni terikat dekat pokok yang nak pergi berteduh tu...(maaflah monyet ke kera). tuan pun tak tau beza macam mana monyet dengan kera. kera besaq sket kot...? nantilah tanya kera tu kalau betul...hehe.. pastu anak buah toleh ke belakang ngalahkan iklan syampoo rejoice... punya dia romantik terkejut... "uncle..uncle.." sambil jari dia yang gemalai runcing tu menunjuk... yang kelakarnya, ayat dia mati di "uncle..uncle.." ja... lepas tu dia tak tau nak habaq pa lagi dah... hehe.. cuma jari ja dok tunjuk tunjuk... tuan ni belum lah lagi 'jadi kassim selamat'... masih nampak depan mata... (sebut kassim selamat teringat blogger abang kassim selamat yang oku. apa khabar dia agaknya ya... bertahun dah tuan tak tau perkembangan hidup dia lagi...).. "punyalah tinggi semangat kemasyarakatan tuan ni kan...".. hingag dunia sekeliling tak tau menau...
berbalik kepada citer tuan tadi... yang anak buah ni excited nak menunjuk ka tuan mungkin, dia tengok tuan ni control relax ja macam pertama kali jumpa pak mentua... hehe.. sebenarnya dia tak tau apa tuan rasa.. dalam hati ni punyalah geram, sakit... macam-macam ada... pendek kata mau ja nak tanya sapa tuan monyet yang cerdik pandai tu... tuan nak ikatkan dia macam dia buat ka monyet tu pulak. biar ramping pinggang dia macam itik kena 'bedal' (pukul).. eh lah!.. dorang ni manusia tulen ke hapa tah... dorang ingat haiwan ni tak dak perasaan ka..? tak dak naluri ka...? tak dak rasa ka...? kalau nak bela pun buatkan dia tempat yang sesuai, elok-elok. jangan fikiran "engkau" (tuan monyet) lebih dari binatang... cuba dia di ikatkan kat pokok tu... dengan sampah sarap, buat pondok kecik atas pokok. dengan hujan tempias. dengan berpanas. pa dia rasa... 'auzubillahhiminassyaitonnirojim' punya manusia. cubalah berfikir dan berperasaan sebagai manusia. kasian ka monyet tu. walau kita pandang dia haiwan saja, mungkin ada sesetengah orang akan berkata, "alah biaq pi la... binatang apa dia tau...!"... buntut kuali mak hang! jangan ingat binatang tak dak perasaan. kadang hati binatang ni lebih mulia dari hati manusia tau dak. tu.. sapa buang bayi dalam sampah, dalam lubang tandas pastu flush, buang dari atas bangunan. gugurkan bayi yang tak berdosa. monyet ada ka buat semua tu..? kucing ada ka buat semua tu. hatta apa haiwan sekalipun. tak dak buat gitu. cuba tengok ibu ayam baru menetas tu... pi usik anak dia kalo berani.. kalo dia tak ligan hang satu kampung entah kan... manusia la ni 'lagi teruk' dari segala macam binatang. tuan tak lah kata semua... maunya ada yang 'kelekuk' kepala tuan sat gi. tidak. yang baik-baik tu sedikit sangat sangat. macam kita memilih antah padi dalam beras.
oklah... berbalik pada anak buah tuan tadi... (punyalah banyak berbalik kan...).. tak jadi dia suap roti tu ke mulut. dia terus hulur dengan berani-berani takut ka monyet tu... dapat ja roti tu terus dia makan... dia siat-siat, pandai pulak tu.... dia pilih tang inti ja. yang roti dia buang... hehehe... sebiji macam tuan makan roti. kalau tuan makan roti macam tu lah... buang yang tepung makan yang inti sahaja. kalau makan pau pun begitu. buang yang atas-atas semua tinggal inti kacang ja. tu ja lah makan. adik beradik semua paham sangat dah. kalau makan kuih seri muka pun begitu. makan yang hijau saja. yang pulut tinggai. umi dulu salu kata, "siapalah punya keja lagi..."..
tuan pun rapat juga ka monyet tu... kasiannya... pinggang dia ramping macam miss ratu cantik dah. tali pengikat tu dia ikatkan ka pinggang. cuma disini tuan monyet tu cerdik sikit lah, sebabnya kalau ikat kan ke leher takut monyet tu mati tergantung kot.. ikatkan dia (monyet) tu di situ, mana airnya..? mana makannya? tuan di situ dekat satu jam lebih (kereta ramai (hehe.. banyak) yang nak di cuci... cuaca masa tu boleh tahan panas. tuan tak dak makanan lain. anak buah minum air kotak.. pandai ka dia nak hirup straw tu... bila orang dah kurang sikit anak buah tanya ka brother tukang cuci tu... siapa punya. anak buah ni pandai berdiplomasi siket... kalau tuan straight ja.. anak buah tanya-tanyalah perihal monyet tu. berapa umur dia... rupanya masih 'budak' lagi. tak ingatlah tuan berapa umur dia.. pastu anak buah buat-buat kata "abang nak juai dak..saya nak beli"... tau pa dia kata..? eh eh eh... taklah bang... "saya sayang sangat dah tu... dah pandai dengar kata..jinak lagi..." dalam hati tuan berkata ja, "pak hang la! kalau sayang takkan hang buat dia gitu..." buh lah tempat elok-elok... letak makanan dia. air dia. dua minggu sekali ka mandikan. engkau hari-hari main air cuci kereta, tapi tuan pasti sangat monyet tu tak pernah 'dimandikan'... tengok ja lah jari-jari monyet tu tau dah. penuh dengan tanah kering.
pastu tuan dengar anak buat kata, "bang kalau hujan kasian dia basah tu. buatlah atap lebar sikit. kalau tak bawak ja dia masuk dalam rumah abang".... hehe.. tak terkata abang yang bengong tu.
dalam perjalanan balik punyalah sarat kepala tuan ni memikir... betapa kita hidup sebagai manusia ini perlu mensyukuri kehidupan ini. sebagai manusia yang waras. sebagai manusia yang di beri kelebihan berakal. sebagai manusia yang perlu menghormati kehidupan setiap yang bernyawa di muka bumi ini. bagaimalah rasa kita jika di takdir jadi monyet tu. hidup sentiasa terikat. cuma menunggu bila di beri makan. kehidupan yang tak selesa. tidak berteman. tidak berpasangan. tidak bebas untuk ke mana-mana. tiada hak untuk bersuara. (tu kalau manusia lah. monyet bercakap pengsan orang dengar nanti..).
macam mana ya kita rasa...?
dan sepanjang malam itu tuan tidak habis berfikir.... saat tuan duduk-duduk memikir sorang-sorang malam tu... teringat, monyet tu buat apa sekarang ni eh...? mau aja ajak anak buah pergi putuskan tali yang mengikat monyet tu....
esoknya anak buah call perhilitan. (yang ni off record la...)...
oklah dulu...panjang umoq kita jumpak lagi na... cheq nak pi 'susukan baby' sat... heehe..ada yang jadi issu pula nanti ni... bila masa tuan beranak pulak kan... adalah... kalau nak tau baby apa... tunggu sampai sambungan akhir......
No comments:
Post a Comment