petang 16hb 2012 di perkarangan pintu kecemasan.... tuan terduduk menahan kesakitan yang tiba-tiba datang. sukar untuk bernafas. tidak ada kata yang terucap cuma di dalam hati berkata, "apakah telah tiba saat aku untuk pergi meninggalkan dunia ini?...
"ayah..."
wajah-wajah yang cemas mengelilingi tuan.
setelah tuan diberi rawatan kecemasan doktor memutuskan untuk menahan tuan di wad. doktor dah rawat tetapi mengesahkan tidak ada serangan jantung? dan lain-lain penyakit tetapi untuk apa tuan di tahan di wad?
takdak keja len, syaitan jahat!(sampai bila engkau nak menyiksa aku...?)
17hb oktober 2012
4.42am
salam....
lepas solat makhrib (buat duduk) tuan terlena di atas karpet sambil menunggu. usai solat, tuan raup muka. alhamdulillah hari ini tuan sampai lagi ke hari tuan di lahirkan. teringat dulu umi selalu cerita, umi sakit nak bersalin masa orang-orang india dok sebok sambut deepavali. ba kan home guard (home guard ka sc antara dua ni lah..) kat estet ada kampung umi sebut lupa dah. mandor di estet tu tolong umi hantar ke hospital. sampai di hospital doktor pulak tak de. depa semua dok sebok beraya sakan ka gamaknya..? hehe.. tetapi alhamdulillah berkat doa semua umi selamat melahirkan tuan pada tengahari 17hb. 10 .... tu. orang kata, orang kata lah kan... sapa yang lahir pada tengahari, "degil".. betui ka?... eehhh... tak lah... tuan baik ja... comei lagi... hehe.. lawak ja. saja melawak hibur-hibur hati... walhal tak la terhibur mana pun...
jam dah nak ke hampir kui 5am dah. puas berkalih-kalih tak mau juga mata terlena. dan akhirnya di sinilah tuan 'terdampar'.... membawa hati yang lara... tak dak seorang pun mengucap "Selamat Hari Lahir" pada tuan dari pukul 12 malam tadi sampai la ka ni.... sedih bukan?... takpa lah... tuan dah puas bersedih-sedih ni. malah cemuih dah.
rasa nak menulis lagi.. lagi.. coretkan semua duka, semua rasa di sini. atas dada maya ini. alangkah indah rasa jika masa itu kembali, tuan berbaring di sebelah umi sambil memeluk dan mencium tangannya. umi selalu kata melawak, "dah besar dah anak umi ni.. nak cium ketiak umi lagi...". hai yaAllah... masa itu tidak akan berulang?
sakit sangat belakang ni..... rasa-rasa seperti sepuluh ekor gajah mengawan yang sedang menghempap atas belakang tuan ni... tuan sendalkan dengan bantal sambil menulis. puspa di sebelah kanan menemani tuan dan wira di atas pangku. dua-dua penghibur lara. tidak berkata-kata tetapi cukup memahami. cukuplah.
sebetulnya mahu sahaja tuan menulis lagi sehingga matahari terbit... sehingga matahari terbenam... tetapi sakit ini lebih mencemburui dari rindu jemari tuan untuk mengetuk. baru saja mksu tampalkan 'panaflex' di belakang tuan tadi. kasian mksu. orang sakit melayan orang sakit juga. layu mata terpaksa juga di segarkan. tak larat terpaksa juga di bangunkan....
tak pa lah... tuan akhirkannya di sini...
salam sayang dari kelahiran purnama sepuluh.
peluk cium buat umi dan di rindui.
tuan.... jadilah matahari yang terbit... bersinar menerangi alam. bukan matahari terbenam, suram alam maya...
No comments:
Post a Comment