Teman sejati, mengerti ketika kamu berkata "aku
lupa …."
menunggu selamanya ketika kamu berkata,
"tunggu sebentar "
tetap tinggal ketika kamu berkata, "tinggalkan aku
sendiri"
membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan
belum berkata, "bolehkah saya masuk ?"
...."haa...tuan, masuklah.. masuk masuk..." ekeke...
sekadar berkongsi... melawak sikit..
penat, letih, keletihan... kengantukan... kesakitan... kesyahduan... kesedihan.... semuanya berligar ligar di keliling pinggang tuan... sepanjang-panjangggggg tuan tidak menulis terlalu banyak banyakkkkkkk kejadian silih berganti datang dan pergi. gembira, sedihhh berulang-ulang. tak larat rasanya nak menulis semua di sini... ada yang dah terlupakan. almaklum tuan ni dah jadi sang janggut...? hehehe.. kadang yang nak kita lupakan itulah yang dok teringat ringat. yang nak di ingat tu tah kemana losap!...
tetapi yang terbaru... tuan baru-baru ni masuk hospital lagi lagi lagi lagi lagiiiiiii... keluar ba pula sakit.. mksu sakit... dan yang terbaru sket lagi, mak saudara tuan pergi mengadap Ilahi.... kawan rapat dengan umi. tak de dah dia... rasa kosong dalam dunia tuan sendiri. tetapi tuan tak nak berkongsi kesedihan itu di sini kerana asalnya tuan menulis entry ini UNTUK SIS MISTY, maaf tuan sering kelewatan. hari lahir sis pada 2 october 2012? (hehe..tahun tuan tak tahu lah..). SEBENARNYA (saja nak habaq mai sket..) tuan dengan sis ni sama berkongsi zodiaq. LIBRA no.. tapi maaflah kalo sis zodiaq len pulak kan. tetapi setahu tuan lahir october samalah bernaung dalam syarikat BMG nye...hehe... cam penyanyi lak..cumanya sis di awal dan tuan di pertengahan... 17hb. tapi tak pa lah, sis lagi tuaaa dari tuan... tuan baru sweet seventen. "jangan marah sis aa..."...
apapun yang lelainnya tuan tak tau pa nak citer lagi pasai sis ni... taklah kenai ngam sangat la bak kata orang kan... sat g salah citer sini kang, sis saman tuan, 'bangkrup' tuan nanti!...hehe..
cumanya bila sis berbesar hati membuat entry untuk tuan (wahhh perasan sungguh tuan kan...) tuan lagi kembang punggung bila membacanya. 'honestly' terasa suntikan semangat yang terkadang 'kendur' terkadang 'tegang'...(huhuhu bahya bunyinya tu... sejujurnya tuan tak maksud ke lain lah ya...tuan maksudkan semangat dalam diri tuan tu sendiri...) jangan kata diri tuan saja, tuan percaya orang lain pun sama pernah mengalami perasaan seperti tuan ini. maksud tuan tu semangat menulis ni lah. ada masa tu tak payah di suruh-suruh nak menulis saja kejanya. ada tika tu kang, tak keruan macam ayam berak kapur.... sat g catok-catok pas delete.... kang berhari hari berbulan blog terbiar...menulis ni sebenarnya adalah darah daging tuan. tak dapat menulis dengan tinta, dengan darah tuan coretkan.... wahhh!... macam zainudin dalam buku pak hamka pulak. tetapi iya betul, kalau tidak menulis tuan ni macam kucing mati bini... dungu ja rupa. kadang sebetulnya yang lama tak dak tu, aahh payah nak citer. hanya orang yang tau dan tau saja yang tau kemana tuan. "bape banyak tau daa....".
tuan 'kenai' (tak lah kenal mana pun...) sis ni mula-mula tuan termasuk di blog lama dia. dan tuan shout di box dia guna nick "musafir lalu"... dari situlah mulanya silaturrahim. pernah sekali dua kot chat. itupun 'dolu-dolu'... and yang selebihnya tuan email sis. sebagai sis (tuan menganggap sis sebagai kakak tuan juga... tak tau lah sis nak anggap tuan ni adik dia ka dak...hehe..)... tak salah kita berbaik sangka walau cuma di alam maya. kerana antara kita Allah itu ada. dan sis tetap berbaik hati untuk membalas, melayan kerenah, pertanyaan,cerita tuan di email. itulah kelebihan sis, walau dia tak kenal kita siapa orang itu, jika kita datang dengan baik, berkata baik, berniat baik, tetap dia layan kita dengan baik.
kata-kata dia dalam entry yang buatkan tuan berfikir (bukanlah bermakna sebelum ini tuan tak pernah berfikir..bukan juga bermakna orang sekeliling tuan tidak menasihati tuan.ADA.) "apa-apa you rasa, i cadangkan you fikir dulu dan hargai apa-apa karya you yang lepas. jangan ikutkan naluri perasaan ketika you dalam keadaan beremosi dengan meminggirkan kewujudan fikiran. jika you sudah mengambil keputusan muktamad, jangan menyesal dan berkalih kebelakang. kerana ketidakpuasan hati pada perkara yang lepas akan mengaburi sedikit dan sedikit kenikmatan di depan mata. dan pandangan dan rasa hati you lebih penting dari sesiapa pun not even me sekalipun.... fuhh!...sesekali berkata-kata sis ni berasap juga menusuk ke sanubari. dah tu, kalau tuan tak paham-paham juga lagi... tak tau lah kan.. bak kato orang nogori, "pokok dek kau lah jang!... apo-apo jangan menyosa...(menyesal)"......
di kesempatan ini tuan mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR SIS" pada hari yang dah terlepas... (2hb oktober). may Allah panjangkan umur sis untuk berbuat kebaikan lagi sesama makhluk Allah di muka bumi ini. berbakti pada yang terCinta. pada DIA. Allah selamatkan sis sekeluarga dunia dan akhirat. ameenn...
No comments:
Post a Comment