salam....
tuan mulai penulisan ini dengan Bismillahhirrahmanirrahim...
yaAllah Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihi, bantulah hambaMu ini yaAllah. jauhilah hambaMu ini dari segala penyelewengan syaitan yang lagi menyesatkan. biar hambaMu ini menulis dengan penuh kewarasan. ameen..yarabb.
lama sungguh tak menulis kan...? pegi mana? nikah ka bulan madu..? dak aih... semua tu tak dak pun... emmm... jika nak di tulis semuanya di sini maunya tiga hari empat malam tuan kena tercongok depan lappy ni. tapi tak pa lah... benda dah berlalu tak dak sapa kisah pun pa yang terjadi pada tuan. kan? ada ka..? "amboiiii... hang pi alog staq nanti kepala hang aku putaq no... hang buat lagu sombong kat aku no...."... hehe.. saja ngajuk cakap mokcik dalam citer p ramlee masam2 manis tu. sajalah... tuan nak amik mood... kalo ikut hati 'yang sakit' ni jika terus menulis, tuan tak tau pa yang tertulis sat lagi kang... tak tau penuh dengan caci maki ka, kata kesat ka, nak bunuh membunuh ka.... pada yang tau dan faham tak pa lah... pada yang tak tau dan tak faham sat lagi di kata tuan ni gila ja... nauzubillah...
di mana tuan nak bermula ya.... terlalu susahnya tuan rasa bila kita berhubungan sesama manusia. (jangan salah faham ayat tuan ni dulu..baca sampai habis..kalau mau lah...) ingin rasanya kita menjaga hati sesama manusia. apatah lagi manusia yang terlalu banyak berbudi dan menolong kita. sedihnya bila selalu di sebut-sebut kita tidak pernah menghargai segala tiap pengorbanan yang di beri?. jika tiap pengorbanan dan pemberian itu berlandaskan keikhlasan, kenapa itu juga yang di sebut-sebut?. hati... hati yang sekeping di dalam ini tak pernah nampak. cuma ikut sains tau bagaimana rupa sahaja. tuan tak pernah tau hati yang di dalam awak, hati yang di dalam kamu, hati yang didalam dia, hati yang didalam sipolan sipolan tu bagaimana. kita tak tau kan...? tetapi kita 'boleh nampak', kita 'boleh rasa', melalui perhubungan sehari-hari. walaupun mulut tidak meluahkan dengan perkataan tetapi melalui perbuatan, cara kita ambil berat, cara kita memahami, cara kita bertanya sehari-hari, selalu, setiap masa, menunjukkan betapa kasihnya dan sayangnya seseorang itu kepada kita. menunjukkan betapa kasihnya kita kepada dia. betul? kalau seribu orang dalam kampung itu adakah seribu-seribu orang jugak kita ambik peduli? kita ambik berat? dalam seribu tu cuma satu 'teristimewa' di hati kita.... betui dak?
panjang jugak mukadimah di atas tu kan...? biarlah pening orang nak memahaminya... tuan pun pening sekarang ni... pening bukan pa.. pening bukan sakit... pening dengan sikap yang tak mau faham-faham! ada mata hati, tapi 'di butakan'. sebok dok paksa-paksa benda yang tuan tak mau buat... kenapa...? tuan bukan nak kata tuan ni alim sangat, dak.. ka lelaki melayu terakhir ka... TETAPI... FIKIRLAH...TOLONGLAH BUKA FIKIRAN TU... sedari kecik tuan masih ingat pesan umi, pesan nenek, "buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali-kali. hidup jangan menipu. Allah itu ada, tak pernah tidur. jangan sekali-kali bersumpah kelak kita di laknat. kita betul ka, kita salah ka. jangan bersumpah. tambah jika bersumpah al quran. tetapi berkata jujur. berkata benar. kebenaran itu bukan pada sumpah, bukan pada perkataan, tetapi pada hati. hati ni di dalam ni. mulut boleh aja kata, "saya bersumpah dengan nama Allah saya tak pernah kenal siapa itu Al Tantuya...! opsss... saya tak pernah kenal siapa itu sipolan sipolan"... kemudian junjung lagi al quran. pada hari jumaat lagi... tambah lagi baik... kalo dapat depan Kaabah.... fuhhhh... itu dah cukup jujur bagi awak ya...? biar beribu kali di desak, tuan takkan bersumpah. TAK AKAN! ada mata, buka mata tu luas-luas...jangan di perbutakan hanya gunakan untuk menangis meleleh air mata. ada telinga, dengar, dengar, dengar, buka telinga tu dengar bila orang berkata yang baik-baik. ada hati, ada rasa, ada sentuhan.... gunakan sebijaknya... jangan asyik ikut gerak hati yang nak bawa ke lubang sampah... (itu tuan ibaratkan kalo asyik ikut gerak hati yang salah...)... hati ni geram... geram.. sakit...tuan tak boleh luahkan... sakitnya hati ni bila kita di fitnah... benda yang kita tak buat tetapi di tuduh ada. benda yang tak ada di kata ada.... tuan boleh jadi gila jika melayan kerenah begini. bukan hari ni, bukan hari ni saja... bukan semalam saja... ya... dah bertahun... dah bertahun tahun... sikap tak pernah mempercayai, sikap prasangka... heii... kalo kucing yang kita kutip tepi jalan tu kita bela bagi makan, dia pun tau balas budi tuan dia lah... dia akan gesel-gesel... dia geget-geget... itu cara dia bermanja dan cara dia membalas kasih sayang manusia. dan aku ni seorang manusia tak pernah tau ka nak membalas budi manusia yang dah banyak menolong kehidupan aku...? ha.
sekejap... tunggu. tuan nak pegi cabut pokok kelapa kat 'baruh' tu... nak melepas rasa sakit hati ni.
OK... dah cabut dah! tetapi kenapa rasa sakit hati ni tak mau hilang-hilang lagi..? sebenarnya bukan salah pokok kelapa tu pun... tapi dia yang jadi mangsa.... isk..isk..isk...kasiannnn..... jika lah manusia ni Allah beri kelebihan supaya boleh cabut-cabutkan hati yang sekeping ni, tuan lah orang pertama yang akan cabutkan dan tanggalkan hati ni... kemudian tak mau pasang lagi dah. cukuplah! cukup! this is too much for me... cukup cukup sudahh... tuan tak mau pape lagi dah... ini kehidupan tuan, ini takdir tuan yang Allah tuliskan, tetapi tuan tak mau kelansungan hidup yang menyesatkan. tuan nak pergi dengan ketenangan. tak mau percaya tak apa. Allah itu ada.
peliknya manusia ini kan... lebih nak mempercayai sumpah sumpah daripada yang di lafaz dengan kebenaran. sumpah itu tak boleh di palsukan ke..? cuba lah fikir...
sedari pagi tadi lagi matahari tidak menunjukkan suria... langit kelam mendung... ada rindu yang bergentayangan di kelopak hati ini... tuan rindu umi!... selalunya bila tuan sedih, stress di tempat kerja, dan segala macam bebanan di pundak tuan ini... tuan akan dapatkan umi... tuan baring di lengan dia... selalunya umi kan urut-urut bahu tuan... dia urut-urut cuping telinga tuan... dan tuan akan pejamkan mata sepuas-puasnya di lengan umi sambil tangan memegang tangan umi yang satu lagi...tuan bawa ke dakapan dan cium puas-puas...
tetapi kenapa bila setiap kali nama umi tersebut di hati ini... ada debar yang gemuruh bagai mau mencabut tangkai jantung ini. yaAllah. apakah semuanya ini yaAllah?.
sakit sangat rasa kepala ni. semalaman malam tadi tuan tak tidur. dan hari ini seharian hujan mencurah-curah seakan terlukis tangis pilu tuan yang tak terluah.... owh! hujan di antara air mata ku.... benarlah... bila kita hilang tempat bergantung dan kepercayaan, diri kita sendirilah tempat sebenar-sebenar pergantungan kita selepas DIA yang di atas sana. buruknya diri kita, baiknya diri kita, hinanya diri kita, sayangnya diri kita, kitalah sendiri yang menghadapinya... semalam, kelmarin, masih ada manusia yang sayang pada kita... esok, lusa kita belum tahu.... manusia ni bila hati dia kita sakiti, dia akan balas dengan kebencian. tetapi Allah bila selalu-selalu kita sakiti, masih juga Allah menyayangi kita... subhanallah!
tah... tak tau pa nak tuliskan lagi.
tuan ~ ....... air mata, cukuplah...
p/s : owh ya! kalo Melisa ni benar-benar wujud...
kalo hang ada termasuk ka blog ni ka, aku tak tau
siapa sebenaqnya hang, tetapi sungguhlaaaa... dah banyak-banyak kali
orang dok sebut-sebut nama hang kan... bagi la chek betui-betui kenai
dengan hang... bleh dakkk...?
ni no tel aku.. 0172255327/ 0193020444.
No comments:
Post a Comment