salam...
lama tak update kan. tuan baru keluar hospital semalam. tak tau nak cerita apa. bila masuk sini, tuan rasa diri ni bersendiri. tetapi tuan ingat balik kata arwah nenek selalu ka tuan, kalau kita teringat ke orang tu, dan orang tu pasti teringat juga ka kita. dalam hati ni tak pernah lupa. selalu teringat. kadang ada masa teringat-ringat. adakah kamu juga tika itu sedang teringat kan tuan? wallahhualam... hanya Allah yang lebih Mengetahui.
masih terasa sakit-sakit sewaktu tuan menaip ini. tetapi tuan teruskan juga. benarlah kata-kata yang keluar dari mulut kita itu satu doa. walau kadang tak kita sedari. dan perkara itu kadang juga tidak terus berlaku. cuma apabila terjadi sesuatu itu baru kita teringat semula apa yang pernah kita kata di suatu masa. sebelum tuan berhijrah di blog TUAN EMPUNYA HATI INI, tuan di blog jiwa. walau kadang tidak hari-hari ada masa sihat tuan update juga. sayang teramat sayang blog jiwa tu. terlalu banyak kenang-kenangan tuan tercatit di sana. kadang ada masa 'angin' mai tak betul (datang gangguan) tuan banyak kali nak delete blog jiwa tu. tetapi atas nama 'sahabat' tanpa jemu Dia cuba menyelamatkan blog jiwa itu. atas susah payah jiwa mencoret segala suka duka dilaman itu tuk jadi kenang-kenangan suatu masa bila tuan telah pergi dari dunia yang fana ini. singgahlah musafir. sudi-sudikan membaca coretan tuan. TAPI, TETAPI semua itu dah berkubur. termasuk juga blog 'yang terindah' itu. menangis macam mana tuan pun takkan dapat semula untuk melihat blog jiwa tu. tuan cuma ada link. sedang password telah di tukar dan ditutup. kita merayulah macam mana sekalipun, bila orang tak mau tolong, kita tak akan dapat. antara kesal dan cuba meredhakan perasaan sendiri. antara tidak keberdayaan.
itulah yang tuan maksudkan tadi. biar pun tak dibibir, walau cuma dalam hati. kata dan niat kita itu tetap satu doa. nah suatu hari Allah telah makbulkan doa kita sendiri. tertutup terhapus terus blog jiwa tu.
hari silih berganti. hidup tetap teruskan walau sesukar mana sekalipun. lama bumi yang kekontangan kini hari-hari dibasahi hujan. menjenguk ke luar hujan yang menggila terasa diri ini terlalu kerdil dengan kekuasaanNya. 'mintalah,kamu akan diberi. ketuklah, kamu akan dibukan pintu'.
sebelum menulis ini tadi tuan cuba masuk ke blog Sis. sis tak update pun lagi. tergerak hati ni cuba masuk ke blog JM (shahima). ada. tak perasaan pulak tuan blog baru ka template baru. blog yang lama dulu pun dia tutup dah. itulah jiran tetangga yang tuan ada. ke blog sis atau ke jm. dan tadi di blog jm ada link ke blog teacher vagg. betapa lama tuan tak masuk kesana. bertahun jugak lah kot. tak tau banyak cerita dah. cumanya tuan rasa terkedu, bila sampai pada satu post teacher vagg yang menyebut 'arwah aki' (panggilan untuk afi) jadi bermakna ayah teacher vagg yang selalu dia ceritakan dalam blog itu dah pergi menemui Ilahi?. innalillah..takziah untuk teacher vagg.
cumanya tuan rasa sebagai anak, diri ini hilang satu anugerah keistimewaan...hilang doa mustajab ibu dan ayah untuk anak-anak.(ini untuk diri tuan sendiri..jangan salah maksudkan ya...bukan tujukan ka teacher vagg) jadi anda yang di luar ini yang masih punya ibu ayah pastinya 'bertuah' kerana adanya doa ibu ayah yang menyelamatkan kamu. saat ini apa yang tuan rasa peluh dingin yang basahi baju tuan sekarang ini.
maaf juga ka jm...tuan petik kata-kata dia yang blog tadi.
'senyum dalam kesusahan, doa untuk kekuatan... senyum lah'...
tuan... saat tuan cuba tersenyum,tetapi air mata terus membasahi pipi! Allah...
p/s : sis,sampaikan salam tj pada mawar. tak ingat link blog dia. tak tau dia menulis lagi ka dak.
No comments:
Post a Comment