Saturday, 22 March 2014

jika itu takdir tuan...

salam...
lama tak update kan. tuan baru keluar hospital semalam. tak tau nak cerita apa. bila masuk sini, tuan rasa diri ni bersendiri. tetapi tuan ingat balik kata arwah nenek selalu ka tuan, kalau kita teringat ke orang tu, dan orang tu pasti teringat juga ka kita. dalam hati ni tak pernah lupa. selalu teringat. kadang ada masa teringat-ringat. adakah kamu juga tika itu sedang teringat kan tuan? wallahhualam... hanya Allah yang lebih Mengetahui.

masih terasa sakit-sakit sewaktu tuan menaip ini. tetapi tuan teruskan juga. benarlah kata-kata yang keluar dari mulut kita itu satu doa. walau kadang tak kita sedari. dan perkara itu kadang juga tidak terus berlaku.  cuma apabila terjadi sesuatu itu baru kita teringat semula apa yang pernah kita kata di suatu masa. sebelum tuan berhijrah di blog TUAN EMPUNYA HATI INI, tuan di blog jiwa. walau kadang tidak hari-hari ada masa sihat tuan update juga. sayang teramat sayang blog jiwa tu. terlalu banyak kenang-kenangan tuan tercatit di sana. kadang ada masa 'angin' mai tak betul (datang gangguan) tuan banyak kali nak delete blog jiwa tu. tetapi atas nama 'sahabat' tanpa jemu Dia cuba menyelamatkan blog jiwa itu. atas susah payah jiwa mencoret segala suka duka dilaman itu tuk jadi kenang-kenangan suatu masa bila tuan telah pergi dari dunia yang fana ini. singgahlah musafir. sudi-sudikan membaca coretan tuan. TAPI, TETAPI semua itu dah berkubur. termasuk juga blog 'yang terindah' itu. menangis macam mana tuan pun takkan dapat semula untuk melihat blog jiwa tu. tuan cuma ada link. sedang password telah di tukar dan ditutup. kita merayulah macam mana sekalipun, bila orang tak mau tolong, kita tak akan dapat. antara kesal dan cuba meredhakan perasaan sendiri. antara tidak keberdayaan.

itulah yang tuan maksudkan tadi. biar pun tak dibibir, walau cuma dalam hati. kata dan niat kita itu tetap satu doa. nah suatu hari Allah telah makbulkan doa kita sendiri. tertutup terhapus terus blog jiwa tu. 

hari silih berganti. hidup tetap teruskan walau sesukar mana sekalipun. lama bumi yang kekontangan kini hari-hari dibasahi hujan. menjenguk ke luar hujan yang menggila terasa diri ini terlalu kerdil dengan kekuasaanNya. 'mintalah,kamu akan diberi. ketuklah, kamu akan dibukan pintu'.

sebelum menulis ini tadi tuan cuba masuk ke blog Sis. sis tak update pun lagi. tergerak hati ni cuba masuk ke blog JM (shahima). ada. tak perasaan pulak tuan blog baru ka template baru. blog yang lama dulu pun dia tutup dah. itulah jiran tetangga yang tuan ada. ke blog sis atau ke jm. dan tadi di blog jm ada link ke blog teacher vagg. betapa lama tuan tak masuk kesana. bertahun jugak lah kot. tak tau  banyak cerita dah. cumanya tuan rasa terkedu, bila sampai pada satu post teacher vagg yang menyebut 'arwah aki' (panggilan untuk afi) jadi bermakna ayah teacher vagg yang selalu dia ceritakan dalam blog itu dah pergi menemui Ilahi?. innalillah..takziah untuk teacher vagg. 

cumanya tuan rasa sebagai anak, diri ini hilang satu anugerah keistimewaan...hilang doa mustajab ibu dan ayah untuk anak-anak.(ini untuk diri tuan sendiri..jangan salah maksudkan ya...bukan tujukan ka teacher vagg) jadi anda yang di luar ini yang masih punya ibu ayah pastinya 'bertuah' kerana adanya doa ibu ayah yang menyelamatkan kamu. saat ini apa yang tuan rasa peluh dingin yang basahi baju tuan sekarang ini.

maaf juga ka jm...tuan petik kata-kata dia yang blog tadi.

'senyum dalam kesusahan, doa untuk kekuatan... senyum lah'...

tuan... saat tuan cuba tersenyum,tetapi air mata terus membasahi pipi! Allah...

p/s : sis,sampaikan salam tj pada mawar. tak ingat link blog dia. tak tau dia menulis lagi ka dak. 

Friday, 7 March 2014

Puspawangi


haii buddy..sayelah puspawatiramaloo pembaca berita tv10 tu... heheh.. saya ni buah hati daddy no2. lama saya tak interprem dalam blog daddy. blog daddy yang lama dulu selalulah. maafkan gambar saya yang tak berapa cantik tu..salahkanlah hp daddy saya yang cap angsa tu. saya cantik sebenarnya!..

tuan...
ku relakan jiwa
tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
kerna Engkaulah nadi yang menghidupkan aku
yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku....

anak-anak ADIK....

 ini anak-anak adik... (nama ibu dia).. tak perasan tah masa bila adik ni termengandung...dah nak melahirkan baru perasan. letak dalam kandang khas untuk ibu-ibu sedang melahirkan..(dulu-dulu la buat.sekarang tak mampu lagi dah). tah macam mana dia boleh terlepas bawak lari anak-anak dia sekoq-sekoq. belakang rumah tu adalah rumah tinggal punyalah tuan bersemangat naak mencari ke manalah adik ni bawak anak-anak dia, sampaikan tuan potong satu-satu pagar ba...kalau ba tau pagar dia dah kena potong...mampus!..mksu tuan pun dok sebok mencari keliling-keliling tak dak jugak.
 mksu ada borak dengan jiran sebelah kot-kot ada nampak kucing dengan anak-anak dia. jiran tu kata, 'takdo'..dah lagu tu, kitaorang diamkanlah jugak. tapi adik ibu dia ni hari-hari balik makan. kalau panggil adik, adik, macammana jauh pun dia balik berlari-lari...jiran sebelah pernah cakap dengan mksu...sambil dia berlari tu kang sambil dia mengiau ngiau... agaknya menyahutlah tu...orang panggil nama dia..amboi!
tah macam mana ada satu petang anak jiran panggil-panggil mksu kata ada kucing dengan anak-anak kecik dekat rumah jiran dia.  bermakna selang sebuah lah dari rumah tuan. mksu pun apalagi terkedek kedek lah bawak bakui (bakul yang bertutup tu) operasi tangkap anak dia sekoq-sekoq. baru besaq ni dah garang mksu kata. dok hembus-hembus bila mksu nak tangkap dia. tapi sekarang dah jinak dah. comei-comei... geram ja.. nilah penglipur lara tuan... time risau.. dok tepi cage dia bawak keluar main-main dengan depa. bagi bola loceng tu..ngalahkan ronaldo depa kelecek. terhibur hati sekejap.

abaikanlah paper yang dok selerak tu...bukan boleh nak cantik-cantik bersih-bersih...ada ja benda yang depa dok buat...dia koyak-koyak  paper tu...kadang dah buat cantik-cantik tak sampai bape jam, dah koyak rabak...mau ja nak ligan kepala dorang ni sekoq-sekoq.

tuan...takde anak-anak nak main sama-sama...mainlah dengan anak kucing.  

Friday, 14 February 2014

DENGAN PERTANYAAN...sampai bila?

comeii ja kan...kalau tuan bela sekoq gini mau dak dia 'geng' dengan puspa? 

30am@february 14 2014.

salam.... sebenaqnya pukui tiga lagi tuan langut depan lappy ni da.... nak upload pic guna blutooth tak bole.  nape ek? ada dua device tuan guna.  satu tak detec langsung.  satu bunyi macam ada tapi tak show pun tanda blutooth tu.... geram jugak.  mau ja nak geget-geget benda tu.  haii.. tulah kan... bila kita nak satu-satu benda tu ada ja halangannya. tandanya Allah tak bagi lagi lah tu.

memory kad tuan langsung tak boleh keluar dari dalam petak tu.  sepatutnya bila kita tekan nak keluarkan dia menganjal.  langsung keluar, ni tak.  makin ke dalam. huhuhu... nak sangat masuk.  haa.. dok la dalam tu. takdelah memory kad buat masa ni dalam hp tuan tu. nak wat camana.  dah orang semua la ni tengah lena. nak mintak tolong anak buah cam hilang akal la pulak tuan ni kalau kejutkan dia. ni pun satu hal. punyalah tadi berposak nak sign in ka google. citer dia begini...
sat-sat budak gemuk ni (puspa) ketuk-ketuk pintu bilik nak keluar la tu... selagi tak bukakkan pintu ha selagi tu dia dok cakar-cakar pintu tu kang.

citer nak sign-in ka google.. petang tadi anak buah guna sat lappy ni. takk tau la dia buat manage sign in tuk google. tuan cakap betul-betul.  tuan bukan jenis orang yang keja suka dok browes intenet. apa yang tuan tau, tu ja. tak minat (di sebut tak dak masa sebenaqnya) nak godek-godek intenet ni. katalah 'pesen lama ka', 'old fashion' ka tuan ni, tak kisah.  memang gitu style dia tuan ni. kadang tuan dok heran ka anak-anak buah tuan. boleh berlama-lama ngadap ka laptop dia. bangun sat masuk bilik ayaq kencing ka.  sat g bangun lagi ka dapuq ambik ayag bawak mai satu mug. masuk waktu solat sat g benti. pastu sambung lagi. puspa pun pening tengok depa dok gitu gini. kalo tuan tak dak lagu tu. kalau sihat and larat, ada hati (maksud ada mood) nak nulis ka... masuk la intenet sat.  dah siap-siap nulis, sign log out off lappy.  dah. namun tuan nak pi google-google ka lain... nononono... baik tuan dok rehat-rehat baca buku ka, apa ka. percaya dak, tuan tak dak pun   akaun facebook. (tak berminat pun nak buka) whatappss ka. (nak whatapps apa kalo guna hp pun cap kaki tiga). kadang tu leka juga tengok anak buah guna hp canggih-canggih. tapi tak pa lah. tak kisah pun. (di sebut kisah lah jugak...huhuhu..). hp yang cap kaki tiga ni pun macam tak berfungsi juga dah la ni.. (maksud dia,guna ka tak guna hp sama juga.bukan ada orang nak msg or nak call tuan pun la ni). kadang tu terbiar ja berlama atas katil tu.  puspa dok jeling sebelah mata pun dak ka hp tu.

oh ya! citer anak buah guna lappy tuan sat petang tadi..agaknya dia buat manage akaun ka google. bila tuan nak sign in email tuan ka google da takle.  yang kuar-kuar email dia.  huhh! hangin jugak sekejap rasa. dahla nak cepat. masa dok try-try tu... terbukalah ka page kalu tak silap tuan "google plus". ehh..ada posting tuan untuk JM (www.shahima.blogspot.com.(takyah la carik...dia tutup akaun blog dia dah). kalo tak silap tuan tulis komen tu masa dia tengah sakit. tak tau pulak ke situ peginya komen tuan tu. patutla tak dak show ka blog dia masa tu. see? nampak kan, betapa 'old mannya' (janganla sebut old man ka daddy saye...kata puspa..hehe). kan tuan dah kata di atas tadi. tuan bukan suka godek-godek intenet ni.

puncanya petang tadi tuan terambil diary lama tuan. haii..diam tak diam dekat tujuh tahun dah tuan 'prolong illness' (cuti sakit tak bergaji) ya ka? bila nak sembuh tuan? haii la tuan yang empunya badan, cepat-cepat la sembuh! tak tingin ka tengok rakan sebaya sume dah ada anak isteri. berkeluarga. dah kawin, dah bercerai, dah kawin pulak balik semula... tidoq malam masing-masing pelok bini. tuan masih lagi tidoq berteman puspa dan sesekali pelok bantai gulin. itupun kalau dalam bilik. sebab bila time tuan sakit, mksu tak bagi tuan tidoq dalam bilik. susah dia nak takecare kot. lagipun segan dia gaknya nak masuk-masuk bilik nak manakan dia ni. walaupun mk saudara, dan tuan boleh kata close dengan dia satu-satunya, tapi tuan ni banyak 'penyegan dia' (di sebut pemalu ya. bukan pemalas). bila tengok date pada diary tuan tu... banding dengan masa hari ni... tertanya jugak pada diri ni... sampai bila aku ni nak dok lagu ni? sakit-sakit-sakit. tak berduit. menderita. sad. lonely. sampai bila?. "hang tak nak buat anak ka tuan?... copek-copek la jang oiii... sebelum hang kan hilang kesuburan!" huhuhu... saja ja gurau kata gitu. menghibur hati sendiri. kalo orang yang baca bloq tuan ni cemuih tuan tak tau la. lagu mana kan? dah masuk... risiko sendiri la. bukan nak eksen nooo? TAPI tuan tabik semua yang sudi masuk and sudi lagi buang karen (masa) dok baca posting tuan yang merapu ka. ada nilai ka dak tiap penulisan tuan, andalah yang menilainya sendiri.

tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
INTAI TUAN ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU RINDUAN

anak cina pasang pelita
perahu tuan mudik ke hulu
sekian lama kita bercinta
tergamaknya kamu melupakan daku...   

5.03AM. 

Monday, 10 February 2014

lenalah kamu

indah sungguh lena kita kalau ada orang kasih gini ropa kan? emmm...(takdak rezki lagi kot)

now 4.21am... masih tak mau lena.  puas mandi. mengaji n solat sket.  tak mau jugak lagi... orang 'seberang' lama lena dah kottt?.. esok nak ngajag.  awat la mata ni ketegag sangat la.. saat chek (tuan) terbaring sat tadi, tingat (teringat) tuan kat dia.  sedih sunyi dia tanpa mak.. tuan rasa nak kluaq dari rumah ni.  pi mana-mana. tapi kesihatan la ni tak ngizinkan tuan buat lagu tu.  dok ngereng kiri salah.  pusin kanan.  tak mboh gak.  peluk bantai gulin tok sei gak.  terlentang langut tak jugak lena.  korek-korek tinga puspa sat g dia magrah tuan... dok singai gigi dia ka tuan... amboiii magrah sungguh dia....hehehe.. nak upload gambaq terbaru dia ka sini tok sei plak...bltut pulak tak le guna da... haii  macam-macam.

apa nak buat?
orang dok lena semua... tuan dok langut sensorang...buka lappy ni pun tingat jugak.  tuan bukanlah manusia yang mudah lupa segala jasa manusia kepada tuan.  ingat sampai bila-bila, bawa ke mati.  tapi yalah kan... kalu orang tak suka... nak buat camana... tak palah.  'REDHO ITU PASRAH..PASRAH ITU MENYERAH!"... tingat tuan kata-kata lisa pada izzah... sekarang tuan tak pasrah, tak jugak menyerah... tapi nak gambarkan dengan kata-kata itu yang payah.  'sesuatu yang kita rasa...tapi tak nampak dengan mata...' rasa itu tak pernah mati... walau tanpa apa-apa... hari semakin hari seolah-olah kita telah 'diterlupakan'... tetapi perasaan ini tak pernah pasrah... menyerah tidak..redho jugak tidak.  cuma 'yang didalam' itu kerja Allah.  kita katalah camana pun, orang tetap takkan percaya.  tetapi 'tak apa'.  Allah itu ada.  sayang manusia ni setengah mati pun, dorang takkan pernah percaya dengan kasih sayang tu.. bila-bila pun kita dibuang ja sesuka hati.  kalau sampah pun nak buang ada tempat dia. tapi 'kita' ni... orang buang ja sesuka hati....

punya 'excited' tuan nak mengucap selamat hari lahir... 'perasaan' masa menulis post tu bulan dua INGAT nak masuk bulan lima... bulan satu da terlepas.... ingat bulan dua...dua dengan lima... lima dengan dua...haii.. manalah orang nak percaya... asyiklah ingat kita ni ada skandal.... tapi takpa... ingatlah sampai bila-bila... mana tau, sari dua...esok ka lusa... pendek umuq tuan.. ada jugak catatan untuk 'kenang-kenangan '... kata yang terucap, tak sama hati yang di bawa... kalau kata gunung itu tinggi... tinggi lagi kasih tuan.  kalau kata air itu dingin... tidak sedingin kasih tuan.  yang kita (diri sendiri) rasa, hanya hati kita-kita yang tau. mungkin separuh dapat di gambarkan... suku dapat diluahkan.  sedang 'sepenuhnya' hanya kita sendirilah yang tau bagaimana perasaan itu.. aiikkk... kalau 100% separuh,suku pastu sepenuh...hehehe... itulah...     

nak cita pa lagi?
kalo ikut rasa ni... banyakkkkkkk rasa nak dicatitkan disini... tetapi tak terciter ja... yalah, macam kata di atas tadi... ada boleh terluah.  ada tersimpan.  ada masa dengan sendiri ja senang terciter.  ada masa tu puas langut depan lappy ni... tak tau lagu mana nak tulis.  otak ni macam 'blank'.

pukui lima da... sat g ba bangun mandi nak solat.  baru tak baru ni, dia jatuh motor lagi... dulu patah kaki kiri.  la ni kaki kanan pulak.  walau tak patah tapi luka dia besaq jugak lagi... hari-hari dok kena cuci.  nasib ba tak dak kencing manis... kalo ada...harghu..

entah...
tuan tubit dulu mek ya.
salam.   

Sunday, 19 January 2014

UCAPAN SELAMAT UNTUK KAMU!

"selamat malam sayang"
"SELAMAT HARI LAHIR"
entah berapa hari yang terlepaskan, berapa hari yang kan datang, dari langit turun ke bumi membawa ucapan 'SELAMAT HARI LAHIR' untukmu. YA KAMU! (jangan tak percaya).



cintamu padaku adalah ruas-ruang iga yang mengukuhkan badan perahu 
dari mana lembar-lembar papan menyusun cerita 
sebagai kenangan yang menggenapkan rindu

cintamu padaku adalah pasak kayu di badan perahu
susun-menyusun, sambung-menyambung sebagai harapan dan cita-cita

cintamu padaku adalah alamat berteduh paling syahdu
dari petualangan yang terlumatkan badai
dari kehausan meminum garam ke ruas tebu yang meneteskan madu
&
kirimkan butir-butir bintang dari matamu
biar terang ruang di jiwa sebelum nadi terlanjur mati
hidup ini terlampau ngeri jika di hela seorang diri, sudilah berbagi

kirimkan getar senyummu seperti dawai mengirimkan melodi
biar kita dapat bernyanyi memanjakan hati
keraguanmu pada arah kemudi hanya akan menjauhkan tepi
pantai dimana alamat kita menyuburkan mimpi, mewarnai hari

kekalkanlah ikatan suci yang kita ikrarkan bersama
janji bersama sehidup-semati takkan pernah berpunggung hati
sudilah kita saling tepati hingga penggabisan umur menamatkan hari
saat Izrail menjemput nanti

tuan... walau bukan hari ini... peluang yang ada ini tuan ucapkan untuk kamu.  mungkin belum terlambat-atau tercepat.  bila-bila, di mana-mana, kamu tidak pernah terlupa.  ingatan yang tidak pernah pudar.  rasa yang tidak pernah hambar.  

salam@sayang
19012014/23:31
(saat catatan ini berakhir)   

LANGIT tuan



Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan

sampai saat nanti tiba

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua  

Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki  

salam pembuka bicara dari jemari jiwa yang terluka... eh! sentimental pulak jiwa menulis malam ni ya... memang betul jari jiwa terluka petang tadi... potong jambu madu mksu belikan dari pasar tani pagi tadi... (cover line kot jiwa...?)...hehe..

jiwa, tarik nafas dalam-dalam
pejam mata hembus nafas
buka mata (kalau tak buka camana nak menaip...)
SENYUMLAH!

(eh! kenapa JIWA? sedangkan disini diri ini 'mengguna pakai' TUAN untuk pengganti diri)

sebelum terus menulis, saja ingat diri sendiri...'jangan menulis yang sedih-sedih... nanti orang cemuih membaca coretan tuan... meka habaq tuan 'cengeng' kot nanti.... takpalah... habaqlah pa pun...

setelah empat bulan menyepi dari dunia blog...bermula semula dengan entry 'kosong' (pada 9hb) yang jiwa rasa masa tu menulis dalam keadaan 'terkocoh'... menulis dalam kesakitan di tambah lagi permulaannya tuan sendiri lupa password untuk sign in blog.  punyalah 'berposak' (takde dalam kamus cikgu ni...) nak mengingatkan password semula... diary tempat tuan mencatat tertinggal dalam bilik.  sebetulnya tak rancang pun nak menulis... tuan baru balik dari hospital mksu singgah kedai dia kejap.  puas tuan berpeluh ngalahkan kena kejar gajah bunting, dan....akhirnya barulah berjaya masukkkk... dah dapat masuk petir pulak berdentum-dentum...  haii!...punyalah banyak halangan untuk bercinta ya tak?hehe (berdating dengan my lovely blog...).

saat ini tuan terhenti tuk menaip... sejujurnya tuan akui... saat ini hati bergelumang sedih,sedih,sayu pilu yang tidak menentu... sejujurnya juga, tuan sendiri (mewakili seluruh anggota badan ini) LETIH DAH!... sungguh, terlalu letih rasanya dah mengikut kerenah badan ni...

cuba tersenyum... senyum..senyum.. 
tetapi airmata terus menetes!

sampai satu tahap lepas solat... tuan bertanya sendiri dalam hati...kepada diri ini.."gilakah aku?". sampai bila terus menerus begini? apakah sampai saat izrail datang menjemput?

oh ya... malam Maulidur Rasul tuan bermimpi ummi. nampak orang bawa dia naik kereta. tau dan kenal orang yang bawak tu.  dia suruh tuan ikut. tapi tak bagi naik kereta tu sekali.  tuan kejar dengan motor, sampai simpang tempat meka berhenti...tuan tanya mana ummi? makcik tu kata, ummi dah pegi dengan mkcik yang bawak keta tu nak menangkap ikan..(mkcik belakang rumah tuan).. "pegilah cari, mesti jumpa nanti"...katanya.  sedih sungguh rasanya bila meka tak tunggu tuan. cuma sempat nampak muka ummi walau dia tak pandang tuan tadi.. rasa tak putus asa rasanya terlalu rindu ummi...tuan terus menyusur jalan tu... sampai pada sebatang anak sungai tu... ummi tetap tak da.. tuan masuk 'randuk' air sungai... jumpalah dua orang kanak-kanak sedang nak menangkap ikan...cantik sungguh anak-anak ikan tu.. tuan tolong tangkapkan..dapatlah seekor.. tuan beri pada budak tu..tuan cuma kata, "jaga baik-baik ya"....tuan menangis sekuat hati...teresak-esak...sampai hati ummi tak tunggu tuan? menangis dan menangis semahunya...

terasa tangan-tangan lembut mengusap-ngusap kepala tuan...terasa basah air...sejuk, dingin! di cuping telinga terdengar surah-surah suci di bacakan...sayup...terlalu payah untuk membuka mata... belum reda kesedihan akibat di tinggalkan ummi... bila kelopak mata yang basah ini terbuka...disisi tuan, mksu.  sedang anak buah sedang membaca surah yassin.  ba tak terpandang, cuma membelakang.

semalam baru mksu cerita, di tengah-tengah pagi tu mksu terdengar tuan menangis teresak-esak.. (mksu lihat jam pukul 3.15pg). mksu datang dekat tuan terlena, (bila dalam sakit tuan tak tidur dalam bilik) masa tu mksu nampak pakaian tidur yang tuan pakai basah kuyup. takut tersilap pandang, mksu rasa dengan tangan, tangan-tangan turut basah...puas mksu kejut tetapi sikitpun tuan tak buka mata. tetapi airmata meleleh-leleh tak henti tersedu-sedu.

cumanya...camana tuan boleh basah ya?
sampai pada ayat kursi, "kun fa ya kun" jika Allah menghendaki terjadi, maka jadilah ia!

apalagi ya...
sampai saat catatan ini tuan taip..mata ini masih segar... tuan kan payah lena malam.  bertahun dah.  kecuali jika lepas injection or makan pain killer.  pasti tuan 'termati!'. itupun cuma sekejap...sempatlah ayam berkokok dua kali kot...nak kokok kali ketiga, ha tuan jaga dah... hehe.. saja ja cakap gitu... lagu mana ayam kokok dua kali ka, tiga kali ka.. tuan pun tak tau bape lama.. saja habaq mai lagu tu, bagi 'kamu' senyum.

kalau kamu senyum, tentu ingat tuan?

akhirnya di catatan ini... masih setia dua 'pengawal' tuan... (Chempaka dan Wira) dua kucing yang setia menemani saat tuan menulis. (setianya menunggu ngalahkan tuan akan bertanya ka dia apa-apa yang perlu kot?...hehe.. sekejap atas meja... sekejap atas pangku..tadi dah terdisconnect sekejap...apa taknya, ada ka Chem meniti atas keyboard lappy ni... 'hangir' tul!)..

Puspa... di mana Puspa?.... lama dah lena kot?... esok kan nak 'ngajar'!  

kirimkan getar senyummu seperti dawai mengirimkan melodi
biar kita dapat bernyanyi memanjakan hati
keraguanmu pada arah kemudi hanya akan menjauhkan tepi
pantai dimana alamat kita menyuburkan mimpi, mewarnai hari  

wahai belahan jiwa!

dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
cintanya kita berdua bisa ku miliki

salahklah ku bila mencintaimu
mencintai sepenuh hati  


tuan...bila kau mampu mencintainya dengan hati, maka cintailah dia tanpa perlu kau mengharap apakah dia juga seperti mu.

Thursday, 9 January 2014

kosong

playlist pemahaman jiwa telah pun dipasang
angin yang dingin juga telah pun bersama
andai hujan turun lagi sebentar lagi
maka sempurnalah tidur yang ini....

TETAPI..... 'nan ado tido pun...'... terima kasih 'dari tempat yang paling sunyi' atas kata yang indah... 

punyalah lama tuan 'tak berkumandang' di laman ini...kan? empat bulan juga kotnya... terlalu banyak/macam-macam telah berlaku datang dan pergi... sehingga ada tika tuan tak tau buat pa dah..

tiada pa yang terindah dalam hidup ini dah... selain sunyi yang teramat sunyi... kesakitan yang terlalu setia saban waktu...hanya iman yang masih kuat bertahan...sedang jiwa sendiri  telah lama karam... 

hujan di luar masih mencurah.... hai basahlah segenap tanah... sesekali petir berdentum...menyentap ka jantung...terdengar suara halus mksu... petir tu sayang... rehat lah dulu... namun entah kenapa tuan sendiri tidak tau kali ini tuan terlalu degil untuk mendengar selain terus mengetuk kekunci... sesambil tuan berkata didalam hati, 'hanya kali ini... kali ini... maka aku teruskan... jika aku terus berhenti disini entah bila lagi untuk menyambungnya...'...

tuan kalihkan bantal yang menyendal di belakang... terasa berdenyut bila berpusing... bersama mata yang tuan pejamkan sambil menahan sakit.  yaAllah...

cuma tiada bait kata yang indah untuk tuan tuliskan disini...HANYA RINDU!! ya rindu... rindu yang terlalu membuak-buak... selain kesunyian, kesakitan yang silih berganti... apakah ada bahasa rindu untuk tuan coretkan disini?...

rindu
sedih
sunyi
sayu
sakittt... ya terlalu sakit!

tuan...dimana kamu?
09012024@18:30 dalam hujan rindu....