aku boleh mensyukuri kenyang
kerana sebelumnya merasakan lapar
aku boleh memaknai terang
kerana aku pernah berada dalam gelap
aku boleh mengecap manis
kerana aku telah merasakan pahit
aku mengenal putih
kerana aku telah melihat hitam
aku merasakan sejuk
kerana aku pernah merasakan panas
aku tahu berada di tempat yang tepat
kerana aku pernah berada di tempat yang salah
tapi aku tak tahu mengapa harus kamu
berapa kalipun kau bertanya jawapanku akan selalu sama
tuan....adalah kamu!
No comments:
Post a Comment