kepada kamu dengan penuh cinta:
tolong, jangan cintai aku kerana ketampanan wajahku
kerana akan datang masanya nanti kulitku berubah kecut berut
binar mataku memudar
rambut hitamku akan memutih dan mulai jarang
ketampananku ini tak abadi
lalu pada masanya nanti, cintamu akan pergi?
tolong, jangan cintai aku kerana kepandaianku
kerana akan datang masanya nanti ingatanku memudar
aku akan mengulang-ulang pertanyaan yang sama
aku akan kesulitan menemukan di mana kaca mataku
pertanyaan mudah akan menjadi sulit untuk kujawab
kepandaianku ini tak abadi
lalu pada masanya nanti, cintamu akan pergi?
tolong, jangan cintai aku kerana perhatianku
kerana akan datang masanya nanti aku tak lagi dapat memberimu perhatian yang sama
aku akan menua
berjalan pun sudah sulit
mungkin hidupku akan bergantung pada ubat-ubatan
aku akan terlalu sibuk mengurus diriku sendiri
hingga aku tak lagi punya waktu untuk sekadar memberimu perhatian lebih
perhatianku ini tak abadi
lalu pada masanya nanti, cintamu akan pergi?
aku juga tahu tak ada yang abadi
tapi paling tidak, dapatkah kau mencintaiku kerana hatimu
hatimu yang berjodoh dengan hatiku
hati yang tak mengenal ketampanan, kepandaian, atau perhatian
hati yang memilih tanpa alasan
maka biarkanlah hati ini menjadi alasan kita bersatu
kau mencintaiku kerana ada namaku di hatimu
aku mencintaimu kerana ada namamu di hatiku
semudah itu
maka jika hati ini sudah terpaut
tak perlu lagi kutakutkan masa yang datang membawa pergi ketampanan, kepandaian, dan perhatianku
kerana aku tahu, kamu akan tetap di sana
tak berubah
walau masanya tiba
tuan...cinta tidak beralasan, tidak juga ada ukuran, maupun sempadan...
No comments:
Post a Comment