sebenarnya memang susah untuk menghargai seseorang.. sebenarnya memang payah untuk perolehi seseorang yang kita cinta dan orang itu juga mencintai kita seperti mana cinta kita kepadanya.. namun sebenarnya cinta itu terlalu mudah..semudah sebutan..semudah harapan..tapi untuk memperolehi cinta yang benar-benar dihargai dan menghargai..amat payah..
mungkin masa itu belum hadir lagi untuk diri ini. atau peluang itu sebenarnya telah ada..cuma dibiarkan peluang itu berlalu begitu saja? teringat pada bicara seorang teman "dimana pun kita berada..kita masih melihat bulan yang sama"..dan di sini..di malam ini..aku melihat bulan itu..biarpun indah, namun kebiruan dan kepekatan malam menutup sebahagian cahayanya..mengapa? atau mata ku dikaburi mutiara kaca?
sunyinya malam… sepinya datang bertandang. detik waktu beginilah yang paling ku benci dalam kehidupan. kerana di saat begini..kerinduan ku pada seseorang akan membuat air mata ini tertumpah lagi. rindu….
inginku menjadi bayu, tanpa suara, tanpa cahaya, tanpa rupa..tapi sekadar merasa kehadirannya. Jika ia mendamaikan, menyenangkan dirinya..itulah aku yang berlalu..mengiringi langkahnya
pergilah sepi, berlalu rindu ini. aku inginkan kepastian walaupun hakikatnya kekadang menyakitkan.
sakit..? oh sakit... sebenarnya telah lama tuan bergelumang dengan sakit...sakit yang entah hape-hape... sakit yang entah dimana-mana...
semalam seharian di hospital pukul sepuluh malam baru selesai semua... mual yang sedia tertahan terkeluar juga akhirnya bila melihat bangunan tempat kecemasan itu...entahlah..
dan... disini.. tuan cuba mengetuk barang sepatah kata... mungkin juga yang terakhir... mungkin juga tidak. mungkin tuan tidak pernah diperlukan disini. taman ini terlalu indah buat tuan. walau berat rasa hati... tetapi hati yang luluh tak tentu hala... daripada kita menulis tetapi yang entah apa-apa, lebih baik saja mematikan diri. berihat dari dunia maya..
telah lama tuan menulis tidak berjiwa. menulis, tetapi seperti budak yang baru belajar dapat pen...habis semua di cakar.
kepala terus buntu walau cuba ligat berfikir.
kepandaian tuan pun tidak seberapa....selalu bergantung harap pada belas kasihan..terlalu meminta-minta, jemu orang. terlalu bergantung harap, tak di pedulikan. terpaksa juga bergantung kepada diri sendiri.
yalah...busuk ka, buruk ka... diri kitalah adanya. jauh ka dekat hati ni, kitalah yang rasa.
No comments:
Post a Comment