salam....
jikalau saya lihat pada feedjit tu tuan punya tetamu dari jauh....jakarta raya... "selamat datang sih.." ...terkadang dari khucing. "selamat datang juga pada kamu..."
nyatanya tuan tidak 'sendiri-sendiri' disini.... ada juga kumbang atau rama-rama yang sudi masuk ke taman tuan ini... 'sejujurnya' perasaan saya itu, takut ada. bimbang pun ada. tuan bukan penulis terhebat. tidak ternama. menulis juga bukan kerana nama. sekadar menconteng-conteng di balik warna pelangi selepas hujan teduh. carik-carik setiap rasa suka, duka dan gembira.
apapun, semoga kamu, kamu dan kamu gembira 'bertamu' disini.... kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain.... tetapi semoga kita sama-sama berbaik sangka. yang baik itu dari Allah. yang buruk tu dari tuan sendiri.
tuan... TERIMA KASIH juga pada KAMU. ya, kamu!
No comments:
Post a Comment