salam...
sebetulnya tuan tak tau pa nak dituliskan... kadang sebenarnya dah terlupa pun kewujudan blog ni dek kerana tuntutan kehidupan seharian yang tak menentu gelombangnya... kadang karam di daratan, sedang air di lautan. terkadang mabuk di lambung ombak, ribut tidak ke mana.... sepi dalam riuh-riuh kicau manusia sekeliling. terasa diri sebatang kara, yatim pada kasih ayah dan ibu.
benarlah seperti kata Allah, tidakkan sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak diuji. dan Allah menguji setiap manusia itu kadar kemampuan dia. tetapi kenapa terkadang serata berat sangat bahu yang memikul beban..? rasa tak berdaya. letih dah.
baru-baru ni kami sekeluarga di uji lagi. hai YaAllah!
manusia gila mana yang langgar ba. (sebenarnya orang tu tak gila pun..) nasiblah tuan tau dah beberapa hari kejadian itu berlaku. itupun dek kerana terjumpa seluar ba yang berlumuran darah dan bekas di gunting. kalau tidak sorang pun tak berani buka mulut. nasib tak jumpa, kalau tidak mau mati tuan kerjakan! (bukan cakap melawak ni). sungguh hati ni sakit... sakit sangat bila melihat ba terlantar kesakitan dengan kaki yang patah-patah. satu kaki patah tiga? tak gila ke namanya? itu belum lagi daging yang koyak-koyak macam di kekah harimau. jahit sana, jahit sini. doctor pulak macam baru keluar hospital jiwa, jahit orang hidup main cincai boncai macam jahit orang mati. hai lah. banyakkan lah sabar aku ni!
as usual... doctor-doctor pakar ni semua main keluarkan arahan saja. dorang tak pikir kesusahan keluarga. yes! ba nasib ba baik, ada anak-anak... anak-anak yang mengasihi ibu bapa yang tak berbelah bagi, anak-anak yang bertanggungjawab. tetapi mereka juga ada keluarga, ada kesusahan. ada tanggungan. tetapi apa nak kata? demi ba...
doc pakar kata ba kena masuk besi. tidak boleh tidak. dan harga besi itu enam ribu. yupp.. the best solution. kalo tak sepanjang hayat ba akan terbaring tak boleh berjalan. kalo da masuk besi insyaAllah secepatnya akan boleh bergerak semula.
tuan terdiam... dunia seakan terasa sunyi sunyi sunyi sesangat.... tiada kata luahan bahasa. dunia tidak pernah berlaku adil pada kita? Allah tidak pernah mendengar doa-doa kita? astarafillallahhalazim.... ampuni daku yaAllah.
benarlah di dunia ini untuk mencari sahabat sejati sama susah kita nak pegi mati. sahabat yang sudi susah bersama. menangis bersama. memberikan bahunya untuk kita menangis. masa suka ketawa sama-sama. ikhlaskanlah hati wahai sahabat. andai di dunia budi kita tabur tidak terbalas, tak perlu takut... Allah itu ada dan sentiasa melihat. kulhuallahhuahadAllahhussamad...lamyalidwalamyulad...walamyakullahukufuanahad.
No comments:
Post a Comment