semalam aku sendirian di dunia ini,
kekasih; dan kesendirianku
sebengis kematian.
semalam diriku adalah sepatah kata
yang tak bersuara
di dalam fikiran malam.
hari ini....
aku menjelma menjadi sebuah nyanyian
menyenangkan di atas lidah hari.
dan, ia berlansung dalam seminit dari sang
waktu yang melahirkan sekilas pandang,
sepatah kata, sebuah desakan dan sukucup ciuman.
malam tadi semalaman tak lena. siangnya bagai di cucuk tangkai ulu hati ini rindukan umi. ah! rindu yang tak pernah kebah-kebah. petangnya tah tuk yang ke berapa kali injection. punggung serasa pedih. ngilu dengan mata jarum yang menusuk. tetapi demi kelansungan hidup, apa daya.... terpaksa juga menahan. anggota badan tuan ni seolah satu pasukan, semuanya sepakat. lepas sakit belakang, sakit kepala pulak, dah elok sikit sakit perut pulak... sume pandai ambil bahagian. tahan ja la. macam anak-anak dalam sepasukan pandai betul tolong menolong!
sebut pasal anak-anak ni teringat tuan... seawalnya pukul lima pagi tuan dah bangun mandi siap-siap solat... (terubah jika sakit teruk melarat...kadang solat duduk ja atau baring itu dalam kewarasan. di ubah lagi jika berada di dalam kurang kewarasan). lepas bagi makan 'budak-budak'... tuan duduk-duduk sebentar di laman... cerah-cerah tanah anak-anak yang berderet-deret menuju ke sekolah... riang rasa hati lihat keletah mereka walau bahu 'mengengkeh' dengan beg yang sarat dengan buku-buku, masih lagi bergurau-gurau sesama sendiri... sempat lagi usik mengusik... aduhai anak-anak! jangan lah kamu jadi 'besar-besar' ( di sebut menjadi dewasa... na mungkin! ya dak?) heheh... dunia ni terlalu berat dugaannya. terlalu banyak beban yang terpaksa di pikul. jika sekarang kamu memikul beban dengan buku-buku, tetapi apabila dewasa kelak... beban itu akan berubah. janganlah kamu terpedaya jadi manusia yang sesat, fasik. jadilah insan yang berguna dan bertakwa. berbakti pada ibu ayah. comel-comel je mereka berderet-deret dengan seragam sekolah... owh! lupa nak cakap... rumah tuan dekat dengan sekolah. tiap-tiap hari isnin terdengar sampai kat rumah dorang baca doa dalam perhimpunan... teringat dulu-dulu... umi pagi-pagi lagi dah duduk di sofa luar tu... bila murid-murid baca doa umi pun ikut sama... kadang lori surat khabar lama lalu pun umi ikut cakap semula. " surat khabar lamaaa... tilam lama, tukar baluu..(baru).." apek tu kan pelat.. umi pun sama ikut.. huhuhu..
menerima bantuan seseorang bukan bermakna kita gagal.
itu bererti kita tidak melawan cabaran itu berseorang. betul?
entah....
tetapi asyik berharap bantuan orang sahaja, hingga maruah, harga diri dan malu kita letak di mana...?
tuan kehilangan kata-kata!
bila mata tak mau lena kadang saat-saat manusia semua nyenyak dengan laki bini, tuan seorang dok mengemas dalam bilik. lepas solat tu. buka almari baju. dulu setiap tahun baju-baju t ka kemeja ka, kumpul-kumpul hantar tempat donate. seluar slack pun sama. TETAPI sekarang ni dah berapa tahun dah tuan sendiri tak membeli baju. seluar pun sama. dulu setiap hujung tahun beli lima enam pasang sekali tuk semua. kerja kemeja hari-hari. friday ja casual. t dengan jeans. tapi sekarang ni, boxer pun lama dah tak beli. adess! nampak sangat semakin merosot kehidupan tuan. tak ade baju-baju yang nak di kumpul untuk di sedekah. botol-botol minyak wangi (JPG,PACO RABANNE,DUNHILL)..kebanyakan kosong sudah tetapi masih tersusun rapi di atas almari tu... untuk apa? sekadar memandang dengan sayu...
gemilang itu dah berlalu...?
hai yaAllah!..
tolonglah dengar seruan hambaMu ini, perkenankanlah ya Rahman ya Rahim. sembuhkanlah hambaMu ini ya Allah. supaya saya boleh cepat-cepat mula kerja, tidak lagi merayu berharap pada insan-insan yang berhati mulia. sesungguhnya diri ini terlalu malu walau hanya untuk mengangkat muka yaAllah... sesungguhnya Engkau Maha mendengar, maka dengarlah rayuan saya yang untuk ke berapa ratus ribu kali ini. tidakkah Engkau sudi memperkenankannya yaAllah? pandanglah hambamu yang hina dan naif ini. pandanglah...
salam...
kenapa dah hampir satu muka menulis baru tuan mengucap salam...? yang diatas tadi cuma 'intro'.. hehheh.. tak da lah... bila di sebut banyak-banyak kali nama Allah ini terasa diri kuat kembali. terasa diri tidak 'berseorangan'.. terasa yang layu segar sebentar. terasa yang berkocak tenang seketika. terasa gelora sunyi sekejap. haiii... berpanjanganlah semua rasa ini.
entahlah...
kadang tak mau ja hidup
No comments:
Post a Comment