bukanlah bagaimana kamu melupakan
melainkan bagaimana kamu memaafkan.
bukanlah bagaimana kamu mendengarkan
melainkan bagaimana kamu mengerti.
bukanlah apa yang kamu lihat
melainkan apa yang kamu rasakan.
bukanlah bagaimana kamu melepaskan
melainkan bagaimana kamu bertahan.
lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati
dibandingkan menangis tersedu-sedu.
air mata yang keluar dapat dihapus
sementara air mata yang tersembunyi
menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.
akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti
mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kita menyedari bahawa orang
itu akan lebih berbahagia.
....tapi kenapa semakin hari semakin hambar jalanan kita lalui.... seolah bunga pun tak sudi beri wangiannya pada kita?
entah!
lama sungguh rasanya tak menulis....serasa patah hati tuk menulis bila 'jiwa menulisnya' tidak ada lagi menemani di mana-mana.... sepanjang 'sendirian' dari menulis, bermacam-macam-macam perkara di lalui, cabaran, dugaan silih berganti bertimpa-timpa silih berganti. sehingga pendek iman, terkadang tuan terfikir... "kenapa aku sahaja terus di uji dan di uji... sampai bila semua ini kan berakhir?"... tersadar, cepat kembali mengucap.
sekarang jam hampir 4 pagi... mata masih serasa macam baru tersadar dari pagi. penat bolak balik lantas tuan hidupkan lap top yang lama terbiar di sudut katil. beg hitam pun mula berhabuk! puspa ja yang hari-hari dok cakar-cakar beg tu, sedangkan tuan terkadang menjeling pun tidak. hai yaAllah! entahlah...
terkadang terbit serasa bosan!
benci, muak, mual
dengan semua hidup ni...
badan ni, jiwa ni, diri ni, semua ni, terkadang baik... terkadang waras... terkadang tenang... terkadang tak menentu... macam-macam... kadang serasa tak de air mata nak tercurah lagi dah. kering! sekering hati yang kontang gersang!
lama lagi ka hidup tuan ni?
lama tercatuk gini tak tau nak tulis pa sebenarnya... janganlah dalam masa-masa ni syaitan tu masuk dan mengacau sehingga tuan sendiri tak sadar pa yang tertulis. di luar kewarasan. sesekali mencatuk biarlah dengan tenang... walau gelora jiwa lara ni Allah saja yang tahu... jika ombak yang ganas tu memukul pantai sentiasa.... akan terhakis juka pepasirnya... tetapi hati ni TAK. TAK, dan TIDAK.
tetapi siapa yang pernah mau percaya?
tak palah....
Allah itu tidak pernah tidur...
puas tuan cuba memerah kepala ni tuk menulis bait-bait yang terindah bagai selalu.... tetapi tak dak pa yang mampu tuan coretkan.
serba sedikit sebelum kokokan ayam semakin panjang...
di sebelah tuan sekarang ini cuma puspa yang menemani. dok main-main dengan hp pusing-pusing macam nak masukkan bola dalam gol saja layaknya... penat kot sekejap pandang ka tuan. hp tu pun dah lama macam tak berfungsi. hidup tak hidup, mati tak mati. dulu-dulu dok sebok lah selalu beli top up... tetapi sekarang sepuluh ringgit pun berlalu tarikh luput gitu ja...
ba mula bertambah sihat sikit... cuma hari-hari menangis... terlalu sensitif sekarang. cepat juga merajuk, terasa. kena berhati-hati. selalu tak selera makan. walau hari-hari tuan temankan dia makan. tengahari makan sikit kadang malam tak makan lagi dah. susut badan terlalu ketara. nampak sangat ba uzur da. tak seperti sebelum ni. pada dia lah tuan selalu pinjamkan semangat tuk terus tabah dengan segala mehnah dunia ni. ba yang selalu di depan mata tuan yang berjiwa penyayang, kuat, tabah tetapi kini terlalu murah dengan air mata....
mksu... semakin tak sihat. jari-jari dia semakin sakit ngilu.. pun semakin susut badan. tetapi tidak pernah menampakkan air mata nya kepada tuan. dalam hati menangis siapa tahu..? mungkin dia sendiri tidak mau tuan lemah... di dalam rumah ni yang kekal cuma kami bertiga. orang sakit tolong orang sakit... masing-masing yang tersendiri... walau susah, walau payah, walau berat cubaan harus juga di lalui sehingga tiba-tiba titik kita terhenti. selagi kena hidup, harus teruskan.
tuan sendiri... tak pa lah... serasa tak tau nak citer pa... tak pernah ada kesudahan.... tak pernah ada kesembuhan... sembuh yang kadang dalam erti seketika saja. dulu-dulu tuan memang suka kumpul syiling.. paling suka syiling lima puluh sen.. umi pun gitu.. ba pun gitu.. jadinya tuan ni keturunan la kot... dulu balik keja kemas-kemas poket masukkan syiling. dalam tupperware tu sebelum ni ada empat ratus lebih... tetapi bila lama lama cuti da tak bergaji... sekejap kang ambil sikit.. selang lagi ambil lagi... kemarin sambil tuan bersandar ke almari tu.. keluarkan semua yang berbaki... tinggal dua puluh tujuh ringgit sahaja... sambil kira satu-satu syiling tu sama jatuh dengan air mata ni... tuan tak rasa miskin, cumanya teringat orang lagi betul-betul susah sampai satu sen pun tak duit nak makan tu gimana lah kan... susahnya....
yaAllah! cepat-cepatlah sembuhkan saya ni.
cepat saya boleh bekerja semula.
cepat saya sihat seperti sedia kala.
sampai-sampai rasanya air muka ni lama jatuh da... malu tok sah kata. sampai bila kita boleh mengharap rayu simpati pada orang...? asyik kita saja yang nak di tolong, asyik kita saja yang meminta tolong. tak dak malu kan..?
opss... menulis ni bukan niat nak minta simpati. dak. terkadang bila menulis ni dari hati akan terkeluar juga walau sedikit. tak palah... kita gantungkan saja di pohon lalu.. biarkan angin sepoi-sepoi membawanya pergi... jauh, jauh, jauh.... supaya tidak 'berbekas' di mata dan hati kita...
sejauh mana dapat kita berlari
sejauh mana dapat menghindari
dari kerinduan
bila berjauhan sering datang di mataku
deburan mengganti suaramu
nyanyian camar lagu untukku
tapi aku sepi
tinggal berganti
hanya tinggal dalam penantian abadi....
kasih sayang tiada erti bila membakar diri sendiri...
apalah kerinduan andai tiada kesetiaan.
tuan... puspa dah jeling yang ke berapa ratus kali gaknya ka tuan... mungkin 'demoks' tuan ni ngantuk dah kot.... oklah.. jom tidoq..4.53am. itupun kalau mau.
insyaAllah...ada umur kita ketemu lagi di maya ini.
No comments:
Post a Comment