ini dia budak si Teh yang sakit tu... bulu-bulu pun makin menggebu...
amboii... sukanya dapat 'tolek-tolek' (golek-golek) atas simen....
alamakkk!... nampak montot la pulak... maaflah ya... cuba tengok dia jalan tu..hehe..biji benih tu biji benih pa tah... tak ingat pulak... anak buah lah beli di maha. kan sebok sekarang ni maha-maha. beli ja dia rajin, tanamnya tidak. dia sebok ajak tuan pergi... tetapi dia kan tau jawapannya. tak de maknenya tuan nak pergi. dengan panas, dengan orang yang ramai-ramai. (ada ka maha untuk tuan seorang...?..hehe..) sebok dia bercerita dengan maksu rugi uncle tak pergi... ada pameran kucing cantik-cantik katanya. yang dia tak pernah tengok pertandingan lembu tu. punya lah besar sekor lembu tu. dia tak pernah tengok lembu-lembu besar-besar gitu... bagi tuan.. tak kisahlah... ada rimau ka dalam tu, mak nenek gajah ka, lembu besar rumah ka... baik tuan duduk rumah rehat-rehat. bukanlah tuan ni anti keluar-keluar ni. dak. tengoklah apa keperluan dia.
ingat lagi tak dengan entry tuan pasal si Teh ni yang kena geget dengan anjing...? amboii siap tanya... macam la ramai sangat yang membaca blog ni ye dak...? hehe.. tak pa lah.. kalau ada alhamdulillah.. kalau tak da, ibarat catatan harian tuan lah... kenang-kenangan hidup. kalau suatu masa tuan mati, tinggallah blog ni sepi. burung-burung yang sudi hinggap dipohon tuan yang tak berapa nak rendang ni... sudi-sudi lah bernyanyi riang. tuan minta maaf salah silap di mana-mana. andai tiada kepuasan di hati pihak encik,cik, puan,tuan-tuan. (hehe.. macam nak isi kad kawin ja kan...) maafkanlah. terkadang tu apa yang kita tulis atau cuba nak sampaikan tidak tercapai maksud. ada tuan terbaca di mana agaknya, lupa dah... dorang kata, penulis blog ni 'syokk sendiri'.... amboiii nampak sangat tak sayang mulut kan...? mau ja tuan nak sumbat mulut orang yang berkata tu dengan cabai blender satu baldi biar dia berendam dalam kolam tiga hari tiga malam pun tak habis pedas. tetapi, yalah... dah namanya manusia kan...? mulut terkadang lepas laku ja. tak yah la nak pening-pening pala mengingatkan kata-kata orang begitu kan.... tak kisah lah. syokk sendiri ka, syokk sensorang ka, syokk ramai-ramai ka, "aku ada, kau adaa...??". haa.. dok diam-diam...
al kisahnya... si Teh ni dah sihat tau... alhamdulillah... badan pun da mula gemuk semula. walau jalannya ada sikit hoyong hayang lagi macam kambing sakit perut.. tak pa lah asal dia dah boleh jalan tuan bersyukur sangat-sangat. jalan ja dia hoyong, kalau berlari mencicit punyalah laju... kadang tu terbabas-terbabas habis meja dia langgar... heheh.. 'belengkung' kepala. yang kelakarnya... ada satu hari tu mula-mula sekali lepas sakit dia yang teruk tu, tuan cuba lepaskan dari cage dia. nak tengok macam mana. dia lari-lari punyalah laju macam watson nyambek pecut seratus meter... sekali terlansung masuk ke dalam kolam mandi tepi tu.... hehehe... terlansung daa... basah kuyup. apa nak kata...? ba mengekek ketawa kan dia.
tuan... melihat si Teh berlari riang 'mengembangkan' semangat tuan yang terkadang luntur. betapa hidup ini, yang kita perlu adalah kekuatan. tidak putus semangat untuk terus hidup, kerana DIA itu tidak pernah berhenti melihat. hamba Allah itu akan di uji pada kadar kemampuan dia. inilah kemampuan tuan. walau berat. walau sakit. walau derita. harus jalani sehingga titik kesudahan.
doakan tuan ye...
No comments:
Post a Comment