seperti sumbu pelita ini semakin malap..malap...malap...sehingga satu ketika kan terpadam...tuan keletihan...
sebenarnya tuan letih.... keletihan sangat. tetapi peliknya kan, makin letih makin galak mengupdate blog...? awat hang ni tajul...huhu... betull... bukan kata main-main. nak pergi, tapi tak tau nak pergi mana. serasa mati, tetapi masih bernyawa. sunyi dalam riuh rendah manusia sekeliling. tuan rindu. rindu sangat-sangat. tuan rindu umi. tuan rindu orang-orang yang tuan sayang. rindu yang tersekat di kerongkongan. sakit nak menelan. tak terluah, tak termuntah. rindu yang sentiasa basah.
hai lah jiwa! yaAllah subhanallah...
pagi tadi dalam pukul 3 hujan lebat mencurah. mata ni tak mau terlena. tidak ada yang tahu tuan menangis. tangisan yang menyatu dalam hujan. tetes yang menyentuh bumi. hujan yang menyapu setiap tetes yang tak tertahan. serasa nak pergi berjumpa ayah. lama dah tuan tidak 'ke sana'. ayah dan bonda yang selalu mendoakan kesejahteraan tuan. yang selalu mesra menanti kedatangan tuan. tunggulah, nantilah, insyaAllah tuan akan ke sana...
owh ya.. lama dah tuan tidak menjamah nasi. tak ingat bila kali terakhir. sebelum 'mantai' (hari membuat lemang dan rendang sebelum raya) kot... ke sebelum-sebelum tu lagi. sebelumnya berapa hari tuan di hospital tidak juga menjamah nasi. entah, tidak terasa ghairah untuk makan-makan. masa raya baru-baru ni, anak-anak buah sebok kata, "wahh! uncle kurus dah... perut tak de dah..."... ada ka...? kalau tak de perut camana tuan makan...? takkan jadi hantu penanggal pulak...? huhuhu... maksud dia mungkin perut tu tak tinggi sket kot... pakai baju melayu ikat samping lurus ja..alahhh kurus la sangattt!
oklah... berbalik kepada tajuk entry di atas... (macamlah ramai sangat yang membaca blog ni ya dak...? perasan ja lebih tuan ni...syokk sendiri gamaknya...). tak pa lah... dah orang tak mau syokk dengan tuan, syok sendiri ja lah...
sebenarnya tuan sendiri benci bila perasaan tak menentu itu datang. bila tuan tak tau nak buat apa. bila tuan tak tau rasa pa. susah nak describe perasaan tu. sukar untuk orang memahami. kita dalam dunia yang tersendiri. tak suka, cuba lawan, lawan... tetapi terkadang berbagai rupa yang menyerupai. itu yang susahnya untuk orang percaya. bila tuan tidak lagi menjadi diri tuan sendiri. orang kata di buat-buat? cubalah buat!.
masa di part 1 tuan cerita pasal monyet kan... ini bukan cerita tuan buat-buat tau. ada satu petang ramadhan baru-baru ni. tuan dari rumah nak ke klinik dan anak buah yang memandu. mksu di depan. biasa bila dalam kereta tuan cuma lelap-lelapkan ja mata walau tak lena. malas nak lihat sekeliling terkadang ramai yang melambai. jangan kata tuan perasan pulak eh. tuan bukan artis. cuma yang faham sahaja yang tau apa maksud tuan. tetapi petang tu tuan tak mau lelapkan mata. cuma tenang memerhati ke hadapan. walau tak nampak sangat sebab tuan bersandar. tiba-tiba anak buah tekan brek mengejut, sambil berkata "ya Allah!".. yang tuan ni 'tersunu' (carik dalam kamus sendiri..hehe) jugaklah ke depan.. nasib tuan ni bukan perempuan mengandung...kalau tak mau juga senak perut. masa tu 'en anak buah' "i see you in the court!"hehe.. serentak tu dia bagi signal kiri dan berhentikan kereta. agak terlajak jauh sikit.. yalah takkan nak terus berhenti kang naya orang sodok bontot kita... peliknya mksu relax ja.. anak buah kata, "uncle, mksu, cer tengok anjing tu... dia tarik bangkai kucing yang dah mati kena langgar tu..." anak buah dah keluar ingatkan anjing tu nak makan bangkai kucing tu. tetapi rupanya sangkaan kami meleset.... rupanya anjing tu tolong tarik bangkai kucing tu ke tepi rumput. dah lepas tu dia panggungkan dagu dia ka rumput sambil goyang-goyang ekor. adalah dalam beberapa saat pastu dia terus jalan.. kejadian tu pantas depan mata, kami terkesima bila memandang. tak tau kata pa. usah nak merakamkan. betapa mulianya hati anjing tu kan..? agaknya, tuan agak ja..bagi anjing tu kematian kucing tu tak dapat di elakkan. dah nasib kucing tu.. tetapi daripada badan kucing tu hancur lumat kena lenyek-lenyek dengan kereta yang lalu lalang lagi, dia tarik ke tepi. cuma itu yang dapat dia menolong...
binatang pun ada perasaan.... mintak maaf tuan kata ni, "la ni, manusia lagi hebat dari binatang!".. maksud dia.. tidak ramai manusia sekarang ni berjiwa sebenar-benar manusia. ada yang nak marah tuan kata begini kan..? kenapa tuan kata begini? meh baca seterusnya apa yang tuan tulis di bawah ni.
pertama baru-baru ni mksu dan kakak dalam perjalanan balik dari tampin. kalau tak silap dia kata ada banyak-banyak kedai berderet di tepi jalan tu. apa nama kampung tu, Kg Kendung kot.. banyak jual-jual lemang. mksu dengan kakak ni berhenti lah dia satu kedai tu. sorang mkcik jual. umur dalam enam puluhan kot. ramah pulak mkcik tu bertanya. cerita-cerita dengan mksu dan kakak ni tadi. pastu dia kata, "mintak maaflah kedai mkcik ni banyak kucing. ada separuh orang tak suka. bukan kucing mkcik. kucing orang buang-buang. kesian pulak. mkcik bagi makan". mksu kata kedai mkcik tu bersih luar dalam. sementara menunggu dia potong lemang dan bungkuskan rendang sempat la lihat-lihat. pastu mkcik tu kata lagi, "ada hari tu satu kereta sambil lalu ja dia buang seplastik berikat. rupanya dalam tu kucing-kucing. kalau tak mkcik tak tau juga anak mkcik pergi buang sampah baru tau. tapi terlewat dah. mati dah kucing tu.". hai yaAllh! senak dada tuan dengar cerita ni. engkau nak buang, buang ja lah. jangan tepi-tepi jalan. yang di ikat dalam plastik tu kenapa?. setan punya manusia! sorry to say lah, tuan cuma doa manusia yang buat tu Allah lumpuhkan tangan dia. di mana keperimanusiaan manusia gini? tu sebab tuan kata, manusia la ni lagi hebat dari binatang!.. sedang haiwan pun ada perasaan belas kasihan, rasa kasih sayang.
ok itu baru satu. ni tuan cerita di kampung tuan sendiri. pkcik yang tuan nak cerita ni dua-dua dah selamat kena simpan. yang sorang ni tuan dengar sendiri masa tu dia cerita dengan ba dan umi. asal mula cerita tuan tak ingat lah. pasai lama dah. isteri pkcik tu tiba-tiba kata, "aritu abang kau (suami dia lah) di bubuh eh kucing tu dalam guni di ikat terus di campak kan ke dalam sungai..." punyalah tekejut ba. terus tanya "kenapo lak...".. pkcik tu jawab " di cakar eh tangan den.... haa den humban kan dalam sungai..".. cerita sambil sengeh-sengeh.. macam tak bersalah ja.. setau tuan lah kan, kucing dia takkan mencakar orang sesuka hati. kecuali kalau dia terkejut. kalau di sakiti. yes. dia akan bertindak. alah kalau takat dia cakar tercalar sikit, kenapa perlu di hukum sampai begitu sekali? pukul ja lah dia sikit sebagai pengajaran. pendekkan cerita, tau apa jadi pada pakcik tu...? tak lama pada tu dia di serang lumpuh satu badan. agak lama baru sembuh, tetapi macam orang kena sakit parkinson. tergigil-gigil. kepala terteleng-teleng. cakap pun lidah kelu. orang pun tak paham apa dia cakap. tu bukan tuan doakan ya. tetapi Allah itu Maha Melihat. dia aniaya haiwan. sampai dia hembuskan nafas pkcik tu begitu.
ni cerita kedua...
alamak!..gegel badan tuan.. kita stop dulu lah eh..sambung lain.
dada berdebar-debar...Allah...
No comments:
Post a Comment