andai aku mampu menangkap pelangi
aku akan melakukannya hanya untukmu,
berbagi denganmu tentang keindahannya
sampai hari-harimu terasa biru.
andai aku mampu membangun sebuah gunung
aku juga akan melakukannya hanya untukmu,
sebuah tempat untuk menemukan ketenangan,
sebuah tempat untuk menyendiri.
andai aku mampu hilangkan semua masalah ini
akan kubuang semua kelaut dan menenggelamkannya
walau semua ini mustahil bagiku,
sebab aku hanya manusia biasa
aku tak akan pernah dapat menangkap pelangi untukmu
akupun tak akan dapat membangunkan sebuah gunung bagimu
tapi aku masih selalu dapat menyayangimu,menyintaimu
mungkin aku tidak dapat menjadi yang terbaik buatmu
tapi,izinkanlah aku selalu mengingatimu.
tuan...ya,izinkanlah!
"Untuk yang tercinta,seucap untukmu tak ada helai daun jatuh,tanpa angin..tak ada cinta,maka kaupun tak ada..."
Friday, 30 September 2011
ada kamu
lantas bagaimana kalau aku terluka besok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan… di masa depan?
ah, lalu kenapa? bukankah ada kamu?
sang penyekat, agar yang terluka tak meleleh kemana-mana.
kali ini aku yang bertanya :
"Nanti masih ada kamu kan? yang bersedia meredam tangis-ku, hingga nanti aku mampu menyemai tawa…"
ah, tapi yang seperti sekarang ini saja sudah cukup. kamu duduk manis di sampingku. sambil saling mendoakan di penghujung malam. yang terbaik katamu…
cinta
"apa yang telah kucintai laksana seorang anak kini tak henti-hentinya aku mencintai.
dan, apa yang kucintai kini akan kucintai sampai akhir hiupku, kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai dan tak ada yang akan mencabut diriku daripadanya."
sayap cinta
"jangan berusaha untuk mengunci cinta dalam hidupmu dengan berkata 'tidak mungkin saya temukan'. cara tercepat untuk mendapatkan cinta adalah dengan memberinya, cara tercepat untuk kehilangan cinta adalah dengan menggenggamnya sekencang mungkin, dan cara terbaik untuk menjaga agar cinta tetap tumbuh adalah dengan memberinya sayap."
tuan...kan ku beri kamu sayap sejauh mana pun kamu ingin pergi...
Wednesday, 28 September 2011
berdua bersatu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu
tuan...jika denganmu aku hanyut, biarlah aku lemas...jika denganmu rebah, biarlah ku tercalar...
semudah itu berkata...? buktikan! baru betul.
tetapi lagu ni sedap juga halwa telinga... dalam maksud tertentu.
Tuesday, 27 September 2011
seharian kepala ini kesakitan.... tak ada peralatan yang boleh aku gunakan untuk membuka kepala ini barang seketika...? tuk reda sakit yang mendenyut.
lalu... denai hati ini aku susuri walau dengan kesakitan.... aku tau dengan menulis walau sepatah perkataan jiwa merasa tenang. hati berbunga ibarat sulur benih yang bercambah selepas hujan. taman ini tidaklah indah... denai yang berlopak-lopak. rama-rama tiada berterbangan. tetapi aku bahagia! bahagia yang tiada dalam ungkapan....
kepala terus berdenyut...
tuan.... selamat malam sayang! moga lena mu aman

kepada kamu cinta!
kepada kamu dengan penuh cinta:
tolong, jangan cintai aku kerana ketampanan wajahku
kerana akan datang masanya nanti kulitku berubah kecut berut
binar mataku memudar
rambut hitamku akan memutih dan mulai jarang
ketampananku ini tak abadi
lalu pada masanya nanti, cintamu akan pergi?
tolong, jangan cintai aku kerana kepandaianku
kerana akan datang masanya nanti ingatanku memudar
aku akan mengulang-ulang pertanyaan yang sama
aku akan kesulitan menemukan di mana kaca mataku
pertanyaan mudah akan menjadi sulit untuk kujawab
kepandaianku ini tak abadi
lalu pada masanya nanti, cintamu akan pergi?
tolong, jangan cintai aku kerana perhatianku
kerana akan datang masanya nanti aku tak lagi dapat memberimu perhatian yang sama
aku akan menua
berjalan pun sudah sulit
mungkin hidupku akan bergantung pada ubat-ubatan
aku akan terlalu sibuk mengurus diriku sendiri
hingga aku tak lagi punya waktu untuk sekadar memberimu perhatian lebih
perhatianku ini tak abadi
lalu pada masanya nanti, cintamu akan pergi?
aku juga tahu tak ada yang abadi
tapi paling tidak, dapatkah kau mencintaiku kerana hatimu
hatimu yang berjodoh dengan hatiku
hati yang tak mengenal ketampanan, kepandaian, atau perhatian
hati yang memilih tanpa alasan
maka biarkanlah hati ini menjadi alasan kita bersatu
kau mencintaiku kerana ada namaku di hatimu
aku mencintaimu kerana ada namamu di hatiku
semudah itu
maka jika hati ini sudah terpaut
tak perlu lagi kutakutkan masa yang datang membawa pergi ketampanan, kepandaian, dan perhatianku
kerana aku tahu, kamu akan tetap di sana
tak berubah
walau masanya tiba
tuan...cinta tidak beralasan, tidak juga ada ukuran, maupun sempadan...

kamu
aku boleh mensyukuri kenyang
kerana sebelumnya merasakan lapar
aku boleh memaknai terang
kerana aku pernah berada dalam gelap
aku boleh mengecap manis
kerana aku telah merasakan pahit
aku mengenal putih
kerana aku telah melihat hitam
aku merasakan sejuk
kerana aku pernah merasakan panas
aku tahu berada di tempat yang tepat
kerana aku pernah berada di tempat yang salah
tapi aku tak tahu mengapa harus kamu
berapa kalipun kau bertanya jawapanku akan selalu sama
tuan....adalah kamu!

Saturday, 24 September 2011
jiwa
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan....
tuan...meskiku rapuh dalam langkah namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu....maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu....
tak tau kenapa ya....hati tersentuh sangat-sangat bila mendengar lagu ini...terkadang tertetes-tetes air mata berjujuran laju jatuh di pipi. ah! terlalu menyentuh hati jiwa. terkadang serasa tak boleh nak dengar.
rindu! ya, rindu yang sekian lama mampu ku pujuk seolah terbangun dari tidur.... rindu...rindu...rindu.. yaAllah umi!

pabila cinta mengaburi mata hati.. akal sudah tidak mampu berfikir rasional.. iman meronta diselamatkan.. nafsu ketawa dimanja dan dilayan. syaitan berguling-guling kegembiraan, malaikat menangis mencatat amalan. . mengapa harus dihinakan oleh cinta nafsu kawan? kembalilah ke pangkal jalan. aku rindukan kamu yang dahulu , pahlawan agama yang menegakkan syiar islam. Allah sedang mengujimu kawan. bukalah mata hatimu.
tuan...telah lama ku bukakan pintu hatiku untukmu!
kawan@sahabat
seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukanmu atas nama kebajikan,menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara dan sahabat sejati yang sukar di cari...
tuan.... sahabat yang tertawa bersama, menangis bersama dan berkongsi rasa.
Monday, 19 September 2011
aku terima....
aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."
bunyi macam senang? nah ini erti sebenarnya:
"aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung & bukan lagi ibu bapanya tanggung,& aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku”

tuan... ini bukanlah tuan yang tulis...sekadar menepek di sini. huhuhu. tetapi memang benar bukan? terima akadnya bukan sekadar perkongsian dua jiwa. tetapi merangkumi segala-galanya. bersiaplah sepenuhnya sebelum menjabat tangan tok khadi. insyaAllah!
API itu kuat...tapi air mampu memadamkanya
AIR itu kuat ..tapi awan mampu meyejatkanya
AWAN itu kuat..tapi angin mampu menolakkannya
ANGIN itu kuat..tapi bukit mampu menghalangkannya
BUKIT itu kuat..tapi manusia mampu menghancurkannya
MANUSIA itu kuat..tapi nafsu mampu menundukkannya
NAFSU itu kuat..tapi IMAN mampu mengalahkannya....

tuan... Iman...ya Iman...
Saturday, 10 September 2011
langit, di bawahmu aku terpana. memandang kagum ke arah hamparan birumu yang dipenuhi awan-awan yang menjelma jutaan bentuk. dan kala malam menyamarkan birumu, aku tetap mengagumi hamparan hitam penuh bintangmu yang berkelip-kelip menggoda.
langit, aku cinta kau kala biru penuh awan. aku cinta kau saat kau menebarkan jutaan bintang bercahaya.
tapi tenanglah, kerana di kala birumu berubah kelabu kerana gemuruh awan hitammu, aku akan tetap setia berdiri di bawahmu. tetap di tempatku mengagumi birumu yang sedang bersembunyi.
aku juga akan tetap setia di bawahmu, menjadi pengagum setiamu, saat awan mendung menutupi langit penuh bintang, dan hanya menyisakan hitam sejauh mataku memandangmu.
awan yang menggelayut itu takkan mengurangi kekagumanku padamu wahai langit. akan kuberi kau kesempatan menumpahkan hujanmu. kunikmati tiap tetesnya, tetap di bawahmu.
maka, tumpahkanlah wahai langit.
aku akan tetap dibawahmu langit, saat kelabu itu kembali berubah biru. aku juga akan tetap memandangimu langit, sampai hitammu kembali penuh bintang.
kerana aku terlanjur mencintaimu, langit.
tuan....mungkin langit mu lebih biru...

Thursday, 8 September 2011
andai sinar mentari
terlindung di balik redupan awanan
yang berlabuh….
singkaplah tirai kasih mu
agar bisa ia menyinarkan cahayanya
terlindung di balik redupan awanan
yang berlabuh….
singkaplah tirai kasih mu
agar bisa ia menyinarkan cahayanya
dan....
daku pasti
dengan rahmat dan kasih sayangMu....
daku tetap akan menanti
meski waktu itu, separuh nyawaku telah
Engkau pisahkan dari jasadku....
daku pasti
dengan rahmat dan kasih sayangMu....
daku tetap akan menanti
meski waktu itu, separuh nyawaku telah
Engkau pisahkan dari jasadku....
tuan....rindu tuan nampak di bayang, rindu di hati siapalah tahu!
tetes hujan dan rinduku
jika gugur air mataku
di malam ini
kan kuhimpunkan bersama-sama
manik-manik hujan
yang berderai
di tanah gersang
kan kujadikan kalung hiasan rinduku
kan kupakai mengembara zaman
air mataku yang gugur
bersama-sama debu rindu
yang tak pernah sampai
akhirnya
menjadi sekepal malu
mengiring kembaraku
ke hujung waktu
air mataku yang gugur
adalah cinta
adalah rindu
adalah setia
adalah malu.
di malam ini
kan kuhimpunkan bersama-sama
manik-manik hujan
yang berderai
di tanah gersang
kan kujadikan kalung hiasan rinduku
kan kupakai mengembara zaman
air mataku yang gugur
bersama-sama debu rindu
yang tak pernah sampai
akhirnya
menjadi sekepal malu
mengiring kembaraku
ke hujung waktu
air mataku yang gugur
adalah cinta
adalah rindu
adalah setia
adalah malu.
tuan.... adalah setia,adalah rindu dan adalah malu!
Tuesday, 6 September 2011
agar kau tau itu...
suatu ketika....
ketika kulit tangan ini mulai berkedut, wajah ini tak sekacak dulu dan rambut tak sehitam dulu, tapi hatiku padamu tak akan pernah tua. aku kan selalu mencintaimu. walau tubuh ini nanti tertidur damai tersembunyi dalam tanah, aku tak pernah lelah menyatakan cinta padamu....
tuan.... (tiada kata kata)
…kalau sekarang kamu menangis, cuba buat hujan di dalam imajinasimu, supaya kamu boleh berjalan di bawahnya, lantas basah tubuhmu di situ, dan dengan itu kuyupnya akan menghapus airmata di mukamu…”
diam
lama
saya masih tetap dalam diam
menahan sesuatu yang tidak dapat saya jelaskan
saya memandang langit
langit itu tidak biru
birunya tertutup awan
bukan awan putih yang memperindah sang biru
tapi awan kelabu
ahh langit itu tak indah lagi
sulit rasanya menikmati langit ketika diliputi awan kelabu
bosan saya melihat langit
tapi ketika saya hampir berbalik meninggalkan tempat saya
ada sesuatu yang jatuh di tangan saya
air
saya tatap langit
awan kelabu itu ternyata
ia menumpahkan hujannya
semakin lama semakin banyak air yang jatuh
rumput dikakiku basah dan mengeluarkan bau harum
rumput ini terlihat bahagia
pohon-pohon pun sibuk bergoyang bahagia tersiram hujan
dada saya mendadak terasa terhimpit
mata saya terasa panas
air mata saya pun jatuh
tapi tidak ada yang tahu saya menangis
hujan ini menyapu setiap tetes air mata yang tak tertahan
air mata itu kini menyatu dengan hujan
membasahi rumput-rumput yang kegirangan
saya tertegun
tersenyum sebentar
kemudian kembali menumpahkan air mata saya sepuas-puasnya
membiarkannya menyatu dengan setiap tetes hujan yang jatuh
ahh saya suka hujan
ketika saya puas menumpahkan semua yang tersisa
hujan pun perlahan reda
menyisakan pohon dan rumput yang basah
langit yang kembali biru
dan aku
aku yang baru....
tuan... tiga hari terlantar kesakitan terlalu banyak kesedihan yang saya kumpulkan di dalam laci almari ini... sehingga tidak boleh tertutup lagi. terlalu banyak impian yang sama tersimpan.
tenanglah aduhai hati.... cuma kamu saja yang aku ada kini. jika kamu tidak tenang bagaimana aku boleh turut tenang menempuh hidup yang terus berliku ini. tenanglah ya!
Friday, 2 September 2011
rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
tuan....maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu

Subscribe to:
Posts (Atom)