Tuesday, 31 January 2012

sayang dimana?

ginjal tanya Jantung... "sayang di mana?" jantung jawab tak tahu...
jantung pun tanya paru-paru... ''sayang di mana?'' ... paru-paru jawab tak tahu...
paru-paru tanya hati... ''sayang di mana?''...  hati pun jawab, sayang ada kat sini.
ginjal, jantung dan paru-paru hairan... kenapa sayang ada di hati?
hati pun menjawab...  hati dipilih oleh Allah untuk memiliki sayang. kerana sayang, hati rela menangis, hati rela di lukai... dan kerana sayang, hati rela berkorban.
subhanallah! indah bukan?  

tuan... satu hari anak buah yang lelaki tunjukkan ini dari hp dia kepada tuan.  selebihnya tuan hanya tersenyum.  senyum bukan bererti memperlekehkan kata-kata itu, tidak! cumanya waktu itu tuan dah tak berdaya untuk menangis!  
kamu sesederhana gula di atas donat. gula saja, putih. tanpa coklat, tanpa selai warna-warni. ADA untuk menyempurnakan rasa. 

tuan...bulan dan matahari tu berkawan baik ka?... 

Sunday, 29 January 2012

ombak rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
hanya ingat Kamu kala duka ku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatinya untuk cintaku

malam kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dari ku
agar dia tidak kesepian
slalu rasa ada cinta agung

hujan bawa air mata ku
yang mengalir membasuh luka ku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku  



tuan...malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku...agar dia tidak kesepian slalu rasa ada cinta agung. (untuk kamu)

hujan bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku...agar dia tahu ku terseksa tanpa cinta dia di hatiku. (untuk aku)  

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/S63aaBEHevA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe> 

Friday, 27 January 2012

cahaya jiwa

<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/EHHflBqjc4U" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

jam menunjuk ke 3.50 pagi sudah...tetapi mata ni masih belum mau tidur.  ada apa ya...? dah berapa kali tuan buka tutup, tutup buka blog ni... tetapi masih belum mau mengucap 'selamat tinggal'... suka ja dengar lagu opick cahaya hati ni... tersentuh jiwa.  (asyik ja lah tersentuh tuan ni kan...?). 


seperti sekarang... walau telah ke pukul berapa sekarang ini... tentu kamu sedangnya ternganga lena keletihan... tetapi jiwa di sini masih tidak lagi mau ke peraduan.  ya tak apa, lena lah! itu sudah tugas Kamu.  moga lena indahmu tidak ada aku yang hanya kan mencarik mimpi indahmu.


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi



tuan.... Allah Engkau dekat penuh kasih sayang.  takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis.  kerna kemurahanMu,kerna kasih sayangMu.  hanya bila diriMu, ingin nyatakan cinta.  pada jiwa yang rela dia kekasihMu.  kau selalu terjaga yang memberi segala. 


01272012402     

aku tak berdaya

masa yang terindah kini semua telah berakhir
karena kau berubah tak seperti dulu lagi
sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
kau anggap diriku (kau anggap diriku)
melihatku dengan sebelah matamu
dilema ’tuk diriku mencintaimu mengerti kamu
biarkan aku bersalah di depan mukamu
selalu kau membenarkan apa katamu
cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
namun ku terlanjur cinta
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/hV4e7cYleBk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
tuan... macamana nak cakap ya...tak ingat bila sekali terdengar lagu ni.  senyap menyentuh jiwa... indah kata-katanya menyucuk ulu hati.  mungkin betul ya?
puas cuba copy masuk ka post tetapi ketegag tak mau juga dia... jadinya jika nak mendengar silalah klick ke laman di atas nu... dak pun gi saja ka u tube cari 'aku tak berdaya'. 

rindu tuan

rindu adalah tali yang tak pernah putus
terentang di tiang hati, di tiang mimpi
kadangkala bergetar dirempuh angin
pada malam sepi
kadangkala disinggahi burung yang
mengelakkan kabus
pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari.

rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
tegak di lorong kehidupan
di sepanjang lebuh usia
di situ tergantung lampu kenangan dan
ingatan
masa lalu yang masih lagi menyala dan
bercahaya
biarpun hari semakin tua dan kelam sudah
bermula

rindu adalah lorong yang tak pernah
tertutup
dari musim ke musim ia menjadi laluan
pengembara yang mencari cintanya yang
hilang
di situ rumput telah lama bertukar warna
bunga dan daun silih berganti segar dan
kuncup

rindu adalah musim yang tidak pernah
tenteram
resah datang gelisah berulang mengusik
nasib
hanya zikir dan doa menjadi penawar
mereda pedih dan sakit
dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang
mengharukan
dalam senyap air mata pelahan-lahan
menitik...

rindu tuan...aku biarkan air turun dari kelopak mataku selajunya.  mungkin ia juga seperti hujan.  setelah ia habis turun, awan akan kembali cerah.
begitulah harapnya!  

friday,jan 27 2012235am  

lara tuan...

apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba menunaikan janjinya... airmataku yang gugur dari tepian jendela, terbenam ke dasar bumi... biarpun telah kuserah semua rasa tanda cinta.  sebuah cinta yang tak kesampaian di dunia, berguguran bagai kelopak bunga yang jatuh ke gigi air.  lalu hanyut bersama buih-buih dan tenggelam ke laut dalam.  mencipta sebuah episod cinta di antara berjuta cinta manusia yang lara!

akan kuusung jenazah cinta untuk berangkat dari pelabuhan senja.  melewati batasan akhir garis wajahmu yang menyilang di pelupuk mataku! hingga tiba masa terakhirku... pun hatiku tetap juga ingin menantimu.  menanti rahmat Tuhan untuk hidup bersamamu...

lara tuan... bukan salah kamu bila aku jadi yang terbuang antara yang belum hilang.  biarpun jasadku hancur, doa yang pernah kuutus ke dada langit, mudah-mudahan ia akan berlegar di muka bumi.  moga kita akan bersatu di jannah yang abadi... 

jan 27 2012@2.10pagi

kasih sayang

inilah kasih sayang yang kutulis bersama cinta dan luka.  yang tak dapat kuluah dengan kata-kata, tak dapat kuucap dengan bibir.  yang tak dapat kubuktikan dengan apa-apa selain daripada sedalam cinta yang kurasa. 

tuan...aku menulis lagi.  tetapi tidak tahu untuk siapa.  mungkin untuk diriku sendiri atau mungkin untuk sesiapa sahaja.  dan, bagi sesiapa yang membacanya, kemuliaan aku doakan untukmu! kerana sudi mendengar cerita hatiku. 

Thursday, 19 January 2012

kenapa

tuan tak taulah apa yang tak kena dah dengan blog tuan ni...?
blog ni dah semakin membesar ka, mata tuan yang dah semakin mengecil...?
kenapa semua nampak berubah...?
gambar header pun nampak cam kecil ja...?
ke skrin lap top tuan ni dah jadi gian...? huhuhu..

kepada siapa mengharap pertolongan....?
nak bertanya orang pun tak sudi.... 

badai tuan

semalam aku sendirian di dunia ini,
kekasih; dan kesendirianku
sebengis kematian.
semalam diriku adalah sepatah kata
yang tak bersuara
di dalam fikiran malam.
hari ini....
aku menjelma menjadi sebuah nyanyian
menyenangkan di atas lidah hari.
dan, ia berlansung dalam seminit dari sang
waktu yang melahirkan sekilas pandang,
sepatah kata, sebuah desakan dan sukucup ciuman.

malam tadi semalaman tak lena.  siangnya bagai di cucuk tangkai ulu hati ini rindukan umi.  ah! rindu yang tak pernah kebah-kebah.  petangnya tah tuk yang ke berapa kali injection.  punggung serasa pedih.  ngilu dengan mata jarum yang menusuk.  tetapi demi kelansungan hidup, apa daya.... terpaksa juga menahan.  anggota badan tuan ni seolah satu pasukan, semuanya sepakat.  lepas sakit belakang, sakit kepala pulak, dah elok sikit sakit perut pulak... sume pandai ambil bahagian.  tahan ja la.  macam anak-anak dalam sepasukan pandai betul tolong menolong!

sebut pasal anak-anak ni teringat tuan... seawalnya pukul lima pagi tuan dah bangun mandi siap-siap solat... (terubah jika sakit teruk melarat...kadang solat duduk ja atau baring itu dalam kewarasan.  di ubah lagi jika berada di dalam kurang kewarasan).  lepas bagi makan 'budak-budak'... tuan duduk-duduk sebentar di laman... cerah-cerah tanah anak-anak yang berderet-deret menuju ke sekolah... riang rasa hati lihat keletah mereka walau bahu 'mengengkeh' dengan beg yang sarat dengan buku-buku, masih lagi bergurau-gurau sesama sendiri... sempat lagi usik mengusik... aduhai anak-anak! jangan lah kamu jadi 'besar-besar' ( di sebut menjadi dewasa... na mungkin! ya dak?) heheh... dunia ni terlalu berat dugaannya.  terlalu banyak beban yang terpaksa di pikul.  jika sekarang kamu memikul beban dengan buku-buku, tetapi apabila dewasa kelak... beban itu akan berubah.  janganlah kamu terpedaya jadi manusia yang sesat, fasik.  jadilah insan yang berguna dan bertakwa.  berbakti pada ibu ayah.  comel-comel je mereka berderet-deret dengan seragam sekolah... owh! lupa nak cakap... rumah tuan dekat dengan sekolah.  tiap-tiap hari isnin terdengar sampai kat rumah dorang baca doa dalam perhimpunan... teringat dulu-dulu... umi pagi-pagi lagi dah duduk di sofa luar tu... bila murid-murid baca doa umi pun ikut sama... kadang lori surat khabar lama lalu pun umi ikut cakap semula.  " surat khabar lamaaa... tilam lama, tukar baluu..(baru).." apek tu kan pelat.. umi pun sama ikut.. huhuhu..

menerima bantuan seseorang bukan bermakna kita gagal.
itu bererti kita tidak melawan cabaran itu berseorang.  betul?
entah....
tetapi asyik berharap bantuan orang sahaja, hingga maruah, harga diri dan malu kita letak di mana...?

tuan kehilangan kata-kata!

bila  mata tak mau lena kadang saat-saat manusia semua nyenyak dengan laki bini, tuan seorang dok mengemas dalam bilik.  lepas solat tu.  buka almari baju.  dulu setiap tahun baju-baju t ka kemeja ka, kumpul-kumpul hantar tempat donate.  seluar slack pun sama.  TETAPI sekarang ni dah berapa tahun dah tuan sendiri tak membeli baju.  seluar pun sama.  dulu setiap hujung tahun beli lima enam pasang sekali tuk semua.  kerja kemeja hari-hari.  friday ja casual. t dengan jeans.  tapi sekarang ni, boxer pun lama dah tak beli.  adess!  nampak sangat semakin merosot kehidupan tuan.  tak ade baju-baju yang nak di kumpul untuk di sedekah.  botol-botol minyak wangi (JPG,PACO RABANNE,DUNHILL)..kebanyakan kosong sudah tetapi masih tersusun rapi di atas almari tu... untuk apa? sekadar memandang dengan sayu...

gemilang itu dah berlalu...?
hai yaAllah!..
tolonglah dengar seruan hambaMu ini, perkenankanlah ya Rahman ya Rahim.  sembuhkanlah hambaMu ini ya Allah.  supaya saya boleh cepat-cepat mula kerja, tidak lagi merayu berharap pada insan-insan yang berhati mulia.  sesungguhnya diri ini terlalu malu walau hanya untuk mengangkat muka yaAllah... sesungguhnya Engkau Maha mendengar, maka dengarlah rayuan saya yang untuk ke berapa ratus ribu kali ini.  tidakkah Engkau sudi memperkenankannya yaAllah?  pandanglah hambamu yang hina dan naif ini.  pandanglah...

salam...
kenapa dah hampir satu muka menulis baru tuan mengucap salam...? yang diatas tadi cuma 'intro'.. hehheh.. tak da lah... bila di sebut banyak-banyak kali nama Allah ini terasa diri kuat kembali.  terasa diri tidak 'berseorangan'.. terasa yang layu segar sebentar.  terasa yang berkocak tenang seketika.  terasa gelora sunyi sekejap.  haiii... berpanjanganlah semua rasa ini. 

entahlah...
kadang tak mau ja hidup  

Tuesday, 10 January 2012

selagi masih ada...

bukanlah bagaimana kamu melupakan
melainkan bagaimana kamu memaafkan.
bukanlah bagaimana kamu mendengarkan
melainkan bagaimana kamu mengerti.

bukanlah apa yang kamu lihat
melainkan apa yang kamu rasakan.
bukanlah bagaimana kamu melepaskan
melainkan bagaimana kamu bertahan.

lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati
dibandingkan menangis tersedu-sedu.
air mata yang keluar dapat dihapus
sementara air mata yang tersembunyi
menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.

akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti
mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kita menyedari bahawa orang
itu akan lebih berbahagia.

....tapi kenapa semakin hari semakin hambar jalanan kita lalui.... seolah bunga pun tak sudi beri wangiannya pada kita?
entah!

lama sungguh rasanya tak menulis....serasa patah hati tuk menulis bila 'jiwa menulisnya' tidak ada lagi menemani di mana-mana.... sepanjang 'sendirian' dari menulis, bermacam-macam-macam perkara di lalui, cabaran, dugaan silih berganti bertimpa-timpa silih berganti.  sehingga pendek iman, terkadang tuan terfikir... "kenapa aku sahaja terus di uji dan di uji... sampai bila semua ini kan berakhir?"... tersadar, cepat kembali mengucap.

sekarang jam hampir 4 pagi... mata masih serasa macam baru tersadar dari pagi.  penat bolak balik lantas tuan hidupkan lap top yang lama terbiar di sudut katil.  beg hitam pun mula berhabuk! puspa ja yang hari-hari dok cakar-cakar beg tu, sedangkan tuan terkadang menjeling pun tidak.  hai yaAllah! entahlah...

terkadang terbit serasa bosan!
benci, muak, mual
dengan semua hidup ni...
badan ni, jiwa ni, diri ni, semua ni, terkadang baik... terkadang waras... terkadang tenang... terkadang tak menentu... macam-macam... kadang serasa tak de air mata nak tercurah lagi dah.  kering! sekering hati yang kontang gersang!

lama lagi ka hidup tuan ni?

lama tercatuk gini tak tau nak tulis pa sebenarnya... janganlah dalam masa-masa ni syaitan tu masuk dan mengacau sehingga tuan sendiri tak sadar pa yang tertulis.  di luar kewarasan.  sesekali mencatuk biarlah dengan tenang... walau gelora jiwa lara ni Allah saja yang tahu... jika ombak yang ganas tu memukul pantai sentiasa.... akan terhakis juka pepasirnya... tetapi hati ni TAK.  TAK,  dan TIDAK.

tetapi siapa yang pernah mau percaya?

tak palah....
Allah itu tidak pernah tidur...

puas tuan cuba memerah kepala ni tuk menulis bait-bait yang terindah bagai selalu.... tetapi tak dak pa yang mampu tuan coretkan. 

serba sedikit sebelum kokokan ayam semakin panjang...
di sebelah tuan sekarang ini cuma puspa yang menemani.  dok main-main dengan hp pusing-pusing macam nak masukkan bola dalam gol saja layaknya... penat kot sekejap pandang ka tuan.  hp tu pun dah lama macam tak berfungsi.  hidup tak hidup, mati tak mati.  dulu-dulu dok sebok lah selalu beli top up... tetapi sekarang sepuluh ringgit pun berlalu tarikh luput gitu ja... 

ba mula bertambah sihat sikit... cuma hari-hari menangis... terlalu sensitif sekarang.  cepat juga merajuk, terasa.  kena berhati-hati.  selalu tak selera makan.  walau hari-hari tuan temankan dia makan.  tengahari makan sikit kadang malam tak makan lagi dah.  susut badan terlalu ketara.  nampak sangat ba uzur da.  tak seperti sebelum ni.  pada dia lah tuan selalu pinjamkan semangat tuk terus tabah dengan segala mehnah dunia ni.  ba yang selalu di depan mata tuan yang berjiwa penyayang, kuat, tabah tetapi kini terlalu murah dengan air mata....

mksu... semakin tak sihat.  jari-jari dia semakin sakit ngilu.. pun semakin susut badan.  tetapi tidak pernah menampakkan air mata nya kepada tuan.  dalam hati menangis siapa tahu..? mungkin dia sendiri tidak mau tuan lemah... di dalam rumah ni yang kekal cuma kami bertiga.  orang sakit tolong orang sakit... masing-masing yang tersendiri... walau susah, walau payah, walau berat cubaan harus juga di lalui sehingga tiba-tiba titik kita terhenti.  selagi kena hidup, harus teruskan.

tuan sendiri... tak pa lah... serasa tak tau nak citer pa... tak pernah ada kesudahan.... tak pernah ada kesembuhan... sembuh yang kadang dalam erti seketika saja.  dulu-dulu tuan memang suka kumpul syiling.. paling suka syiling lima puluh sen.. umi pun gitu.. ba pun gitu.. jadinya tuan ni keturunan la kot... dulu balik keja kemas-kemas poket masukkan syiling.  dalam tupperware tu sebelum ni ada empat ratus lebih... tetapi bila lama lama cuti da tak bergaji... sekejap kang ambil sikit.. selang lagi ambil lagi... kemarin sambil tuan bersandar ke almari tu.. keluarkan semua yang berbaki... tinggal dua puluh  tujuh ringgit sahaja... sambil kira satu-satu syiling tu sama jatuh dengan air mata ni... tuan tak rasa miskin, cumanya teringat orang lagi betul-betul susah sampai satu sen pun tak duit nak makan tu gimana lah kan... susahnya.... 

yaAllah! cepat-cepatlah sembuhkan saya ni.
cepat saya boleh bekerja semula.
cepat saya sihat seperti sedia kala.

sampai-sampai rasanya air muka ni lama jatuh da... malu tok sah kata.  sampai bila kita boleh mengharap rayu simpati pada orang...? asyik kita saja yang nak di tolong, asyik kita saja yang meminta tolong.  tak dak malu kan..?

opss... menulis ni bukan niat nak minta simpati.  dak. terkadang bila menulis ni dari hati akan terkeluar juga walau sedikit.  tak palah... kita gantungkan saja di pohon lalu.. biarkan angin sepoi-sepoi membawanya pergi... jauh, jauh, jauh.... supaya tidak 'berbekas' di mata dan hati kita... 

sejauh mana dapat kita berlari
sejauh mana dapat menghindari
dari kerinduan
bila berjauhan sering datang di mataku

deburan mengganti suaramu
nyanyian camar lagu untukku
tapi aku sepi
tinggal berganti
hanya tinggal dalam penantian abadi....

kasih sayang tiada erti bila membakar diri sendiri...
apalah kerinduan andai tiada kesetiaan. 

tuan... puspa dah jeling yang ke berapa ratus kali gaknya ka tuan... mungkin 'demoks' tuan ni ngantuk dah kot.... oklah.. jom tidoq..4.53am.  itupun kalau mau.

insyaAllah...ada umur kita ketemu lagi di maya ini.