Sunday, 13 May 2012

yang tinggal hanya airmata

kepiluan ini meracun hidupku
kesunyian ini membunuh jiwaku
tergamak kau sayang
melihat diriku dalam kesedihan.... 

tuan...kau tetap bintang yang menyuluh jalan malamku... 
gambar lama umi ni di ambil masa umi dan ba rehatkan diri melepas penat selepas kenduri di rumah abang.  tahun 2000 kot.


ribuan batu
jalan yang ku tempuh
lewati bermacam rintangan umi

umi sayang
masih terus berjalan
walau tapak kaki, penuh darah... penuh nanah
seperti udara...
kasih yang engkau berikan
tak mampu ku membalas

umi, umi, umi
ingin kudekat dan merebah diri di pangkuanmu
sampai aku tertidur, bagai masa kecil dulu...
lalu doa, doamu baluti sekujur tubuhku
dengan apa diri ini membalas umi?

tuan.... di bawah tuan copykan satu artikel semasa berlaku runtuhan gempa bumi di cina.  setiap kali tuan baca artikel itu hati ini sakit,(sedih) sakit semacam di carik-carik.  terlalu besar perngorbanan mu duhai ibu-ibu. Allah hu akbar!

biarpun semua orang sibuk hari ini memperkatakan tentang selamat hari ibu.... bagi tuan sebenarnya tiap-tiap hari selagi ada bulan, selagi ada bintang, selagi mentari bersinar adalah hari-hari untuk ibu, untuk ayah.  bila kehadiran mereka tidak lagi kita rasai.... barulah kita rasa langit itu tinggi atau rendah.  dunia yang indah tidak lagi berseri.  segala kicau tidak lagi bermakna.  dunia jatuh sunyi!

ah! airmata ini...

kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.

Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!  

dara jiwa

salam pagi di mayapada
salam sayang untuk yang tersayang
salam rindu untuk yang merindu

sinar pagi tersembul sudah di kaki jendela
terang menyuluh sudut jiwa
kenapa sunyi bermaharajalela mengetuk tangkai hati
ada apa hari ini?

sebentar nanti sinar kan bertukar terik matahari
janganlah panasnya menusuk ke jiwa
kicau-kicau burung bertingkah di pohon luar jendela
sunyi, asing ada di mana-mana...

aduhai jiwa....
tanyakan pada malam kelam, kenapa gelapmu meruntun jiwa?

aduhai hati....
tanyakan pada diri, dalam senyum napa ada tangisnya?

aduhai sayang....
kuatlah, kuatlah dan kuatlah

aduhai langit....
jemukah kamu menemani pungguk dalam lenanya?

aduhai jagad....
akukah itu yang berdiri di kaki langit menanti sinar suria dengan mata berkaca.... adakah sinar yang menyuluh itu nanti jalan yang menuntunku dari rebah... janganlah mengaku kalah jagad.. bangunlah.  bersihkan debu-debu yang menempel di bajumu... keringkan air yang melekat di sepatu mu... pandanglah ke luas alam yang terbentang indah.  terbentang gagah.  "jagad" bererti "alam", kamu juga harus gagah seperti alam yang terbentang.  seperti gagahnya kamu menahan gelora laut, seperti gagahnya kamu menahan badai yang menggila, seperti gagahnya kamu dengan langit yang tidak bertopang apa-apa.... membawa awan, membawa hujan...

aduhai, aduhai, aduhai....
apalah lagi yang dapat aku katakan?

bangunlah sayang... kamu tidak pernah sendiri.  kasih sayang ku ada di mana-mana memayungi setiap langkahmu.  pelukku memimpin jalanmu.  nafasku menemani lenamu.  nah, kau tau sekarang sayang kan, aku sentiasa ada di mana-mana yang kau mahu.  usaikan tangis resahmu kerna ia cuma meruntun jiwa ku sambil mencarik-carikkannya.

dara...
bersabarlah!

salam sayang peluk cium di mana-mana 

Saturday, 12 May 2012

letih

kosong.... dunia

tuan letih
tuan sakit
tuan tak berdaya

bosan.... (sesungguhnya kata-kata yang tidak bermotivasi ini terlalu tidak sukar untuk tuan tuturkan...)

sampai bila yaAllah..?
bila?
bila?
bila?

sekejap tuan sihat
sekejap tuan sakit
sekejap tuan waras
sekejap tuan di luar kewarasan
sekejap tuan ingat
sekejap tuan ilang ingatan
darah sekejap ja menyirap rasa terbakar satu badan
semuanya sekejap...sekejap... dan terlalu sekejap...

bagi yang kenal diri tuan tau bagaimana pertuturan diri ini.  tuan takkan memaki hamun atau sumpah seranah.  dari kecil umi mengajar kami adik beradik kata yang baik-baik.  tetapi kalau dah keluar kata-kata kesat, itu bukan diri tuan.  mksu sentiasa peka.  baik orang-orang di rumah.  air musofa (30 juzz al quran) sentiasa ada dekat dengan mksu.  air yassin.  bila tuan di lihat lain macam mksu akan cepat-cepat basuhkan muka.  bagi minum air yassin.  kadang dia suh ba mandikan.  

terkadang syaitan itu terlalu canggih... boleh menyerupa berbagai rupa.  hantar msg dari hp.  masuk ketika tuan menulis di blog.  call ustaz yang berubat dengan tuan kata tak jadi/tak dapat datang berubat.  semua tu di luar pemikiran waras aqal kita sebagai manusia.  tetapi tiada apa yang mustahil, bila Allah itu menghendakinya terjadi... ingatlah pada ayat terakhir pada surah yassin.. "kun faya kun.." bila Allah hendakinya terjadi.. maka terjadilah... bagi kita manusia biasa ni semuanya mustahil.  ah tipulah!... takk.. untuk apa menipu diri sendiri..? Allah itu kan ada..? sebenarnya tuan letih dah.  letih.  terlalu letih.  setan bila kau mau pergi haa..?

celaka!
manusia semua tak boleh harap
aku setan hidup ratus tahun pun tak bongkak macam kau
aku bunuh semua mampus! 
hahahahahaha
kau pikir aku takut?
pegi jahanam! 
hahahahahaha
aku nak kau mati.. kau mati.. kau mati.. tau..?
aku nak kau azab.. sengsara...
ahhhhh 

intai tuan...

salam...
lama tak menulis di blog.  last sekali tuan masuk 1hb mei.  lepas tu terbaring semula.  sihat sekejap.  sakit lagi.  sihat dan sakit lagi.  jika lama tuan tidak menulis di blog ini, bermakna tuan tak sihat lah tu.  sihat sakit sihat sakit, panjang umur masuk juga ke taman ni menulis.  tetapi satu ketika kalau lama blog ni bersawang tak berupdate lagi... mungkin tuan telah di jemput Ilahi. 

tuan... "salam sayang sebanyak mana yang kamu mahu!..." 

pengat ubi tuan



pengat ubi tuan...

kemarin, semalam dia tu kot... heheh.. faham..? lebih kurang, kemarin dan sehari sebelum kemarin tu lah... tuan teringin nak makan yang manis-manis... ops.. pembetulan, tuan satu keluarga memang suka makan yang manis-manis... dari umi sampai ka ba, sampailah ka anak-anak, cucu cicit dia.  selera banyak persamaan.  jadi tak hairanlah jika sebulan puasa, tiga puluh hari mesti ada manisan.  pengat la.  baik ba maupun anak-anak dia berbuka tak makan nasi dulu.  lepas tarawih barula makan kalau ada yang nak makan, jika tak sahur tu la makan nasi. 

tuan sememangnya jarang-jarang makan nasi sebenarnya.  vege kan.  sup sayur ka.  kadang sup pucuk+kentang coly flower. kadang oats.  puding roti.  puding jagung.  itulah... kadang pape yang teringin terhad juga.  banyak yang tak boleh daripada boleh.  makan makanan luar lagi tak boleh.  ya lah.. diluar tu mana kan hari pulak tukang masak tu nak buat untuk kita sorang ja yang bermacam tak bolehnya.  periuk kuali bekas sume tak boleh campur.  di rumah lain semua sudah faham kan.  semua kena asing bukanlah sebab tuan ni ada penyakit berjangkit yang kronik ka... tidakkkk... dah memang gitu adanya... kalau silap tuan akan muntah-muntah or cirit birit.

jadinya... pada suatu petang semalam yang kemarin tu (hehe..) tuan buatlah pengat ubi ni.  kebetulan mksu ada beli ubi kayu.  tak nak susahkan maksu sebab dia pun sakit tuan buat sendiri.  lagipun setakat masak-masak ni tuan suka la.  tapi dengan syarat, tuan sorang kat dapur tu.... kejap boleh siap.  tapi kadang yang salu temankan tuan di dapur  ni mksu la... bukan pa, dia takut tuan terjatuh ka kotnya... dia buat-buatla bz... kadang kopek ikan bilis la dia.. bila buat pengat ubi tuan tak pakai santan.  dan ginilah cara dia umi buat selalu.  rebus ubi tu dengan daun pandan.. dah empuk ubi, masukkan gula.  owh ya, tuan tak pakai gula merah... tuan guna gula enau atau gula melaka (kabung).  gula merah tuan memang tak boleh.  dah menggelegak padamkan api.  siap lah.  kadang tu rasa teringin tu punyalah membuak-buak ngalahkan gajah bunting sulung... tetapi bila dah siap masak makannya sikit ja.  kadang tak ngulang lagi dah. 

tuan...makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan... 
tak ingat ye malam bila tuan mimpi.  buka almari cari-cari seluar jeans sehelai pun tak de.  sampai satu pun tak de tuan nak pakai.  termenung memikir kemana pergi..? takkan puspa pakai seluar jeans tuan pulak ye dak...

sampai sudahnya bila terjaga (jam 2.10pg)... tuan termenung... mikir apa ya...  tuan buka almari, ada pun jeans tuan tersusun... cuma sedapkan hati... tak dak pa lah kot..."cuma mimpi mainan puspa..."... tuan masuk bathroom mandi, ambil wudhuk dan solat. 
menderu angin menyembunyikan resah pilu
tetes hujan seakan air mata yang luruh
di sini kami duduk mengutip mimpi
di persisiran hayat takdir
di pandai nasib yang terbagi
di laut musim yang berwarna

berlayar bersama awan senja
beburung yang saujana kembali
menganyam sarang kasih di perdu usia
rimbun pun merendang
tasik kehidupan berkaca
kami berlari di dalamnya

sesekali cahaya musim terpadam
ketawa pun mati
dan rindu yang hanyut
di hujung sebuah perjalanan

dalam angin biru yang berlagu
kami kembali berlari
sambil menelan bait-bait doa
bersama berkuntum kekuatan
dan kepasrahan

tuan...Tuhanku yang Maha melihat dan mengetahui segala apa yang telah terjadi dalam hidupku selama ini yang selalu ada di sebalik semuanya dan juga selalu bersama ku 

Tuesday, 1 May 2012

Cinta Jiwa

aku telah memetik sekuntum kembang daripada seorang wanita, tapi wanita itu tak terasa taman hatinya tercuri cintanya.  wanita itu dikelilingi duri yang teguh.  apalah erti cinta jika mahligai itu tidak di kuatkan dengan keyakinan.  bibir merah wanita bukanlah kelopak bunga yang menatang asmara matahari pagi, melainkan pelangi yang berisi aneka warna rahsia.  jika pun takdir aku tidak dapat mengucupnya, ia tetaplah menjadi pelangi yang berseri di kaki langit.  aku ingin bergerak seperti awan-gemawan yang bisa menangis mencurah air mata sehingga dunia tahu bahawa aku hanya mencintaimu, dan kamu.


dalam cinta, kebahagiaan dan penderitaan itu bersatu.  ia adalah kehidupan.  air mata adalah teman akrab dikala sunyi.  tidak salah kamu menitiskannya, tetapi usah larut didalamnya.  cinta menguatkan walaupun kamu rasa tidak di peduli.  cinta aku seperti embun yang tidak pernah mungkir datang di setiap hembusan pagi dan kamu adalah dedaunnya tempat aku berpaut.  

kau telah mengerti... bahawa cintalah yang mencipta kehidupan.  cinta selalu menemukan jalan sendiri.  dalam cinta, tak ada angin sekuat badai, tak ada petang segelap malam.  cinta selalu mengalahkan segala-galanya.  cinta juga menguatkan bukan lagi melemahkan.  seperti kata seseorang, "aku ingin hidup bersama cinta... walaupun hidup aku sehari-hari cuma kais pagi makan pagi!"

"makanya sayang, di mana cinta itu?"

"dalam dirimu, dalam diriku!"

tuan.... dan selesainya ini aku luahkan... seperti keramatnya pendoa meminta hujan, tiba-tiba mendung berarak dari kaki langit.  pancaran kilat menojah dada langit yang terbentang.  angin mula bertiup sepoi-sepoi.