Wednesday, 17 October 2012

purnama sepuluh

petang 16hb 2012 di perkarangan pintu kecemasan.... tuan terduduk menahan kesakitan yang tiba-tiba datang.  sukar untuk bernafas.  tidak ada kata yang terucap cuma di dalam hati berkata, "apakah telah tiba saat aku untuk pergi meninggalkan dunia ini?...

"ayah..."

wajah-wajah yang cemas mengelilingi tuan.
setelah tuan diberi rawatan kecemasan doktor memutuskan untuk menahan tuan di wad.  doktor dah rawat tetapi mengesahkan tidak ada serangan jantung? dan lain-lain penyakit tetapi untuk apa tuan di tahan di wad?

takdak keja len, syaitan jahat!(sampai bila engkau nak menyiksa aku...?)

17hb oktober 2012
4.42am
salam....

lepas solat makhrib (buat duduk) tuan terlena di atas karpet sambil menunggu.  usai solat, tuan raup muka.  alhamdulillah hari ini tuan sampai lagi ke hari tuan di lahirkan.  teringat dulu umi selalu cerita, umi sakit nak bersalin masa orang-orang india dok sebok sambut deepavali.  ba kan home guard (home guard ka sc antara dua ni lah..) kat estet ada kampung umi sebut lupa dah.  mandor di estet tu tolong umi hantar ke hospital.  sampai di hospital doktor pulak tak de.  depa semua dok sebok beraya sakan ka gamaknya..? hehe.. tetapi alhamdulillah berkat doa semua umi selamat melahirkan tuan pada tengahari 17hb. 10 .... tu. orang kata, orang kata lah kan... sapa yang lahir pada tengahari, "degil".. betui ka?... eehhh... tak lah... tuan baik ja... comei lagi... hehe.. lawak ja. saja melawak hibur-hibur hati... walhal tak la terhibur mana pun...

jam dah nak ke hampir kui 5am dah.  puas berkalih-kalih tak mau juga mata terlena.  dan akhirnya di sinilah tuan 'terdampar'.... membawa hati yang lara... tak dak seorang pun mengucap "Selamat Hari Lahir" pada tuan dari pukul 12 malam tadi sampai la ka ni.... sedih bukan?... takpa lah... tuan dah puas bersedih-sedih ni.  malah cemuih dah.

rasa nak menulis lagi.. lagi.. coretkan semua duka, semua rasa di sini.  atas dada maya ini.  alangkah indah rasa jika masa itu kembali, tuan berbaring di sebelah umi sambil memeluk dan mencium tangannya.  umi selalu kata melawak, "dah besar dah anak umi ni.. nak cium ketiak umi lagi...".  hai yaAllah... masa itu tidak akan berulang?

sakit sangat belakang ni..... rasa-rasa seperti sepuluh ekor gajah mengawan yang sedang menghempap atas belakang tuan ni... tuan sendalkan dengan bantal sambil menulis.  puspa di sebelah kanan menemani tuan dan wira di atas pangku.  dua-dua penghibur lara.  tidak berkata-kata tetapi cukup memahami.  cukuplah.

sebetulnya mahu sahaja tuan menulis lagi sehingga matahari terbit... sehingga matahari terbenam... tetapi sakit ini lebih mencemburui dari rindu jemari tuan untuk mengetuk.  baru saja mksu tampalkan 'panaflex' di belakang tuan tadi.  kasian mksu.  orang sakit melayan orang sakit juga.  layu mata terpaksa juga di segarkan.  tak larat terpaksa juga di bangunkan....

tak pa lah... tuan akhirkannya di sini...
salam sayang dari kelahiran purnama sepuluh.
peluk cium buat umi dan di rindui.

tuan.... jadilah matahari yang  terbit... bersinar menerangi alam.  bukan matahari terbenam, suram alam maya...

Tuesday, 16 October 2012

Muara Hati ~ Jiwa





Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia




Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..



tuan...suka sangat lagu ni...senikata yang menyentuh jiwa...."demi cinta dalam hatimu....ku yakin engkau untukku....meski jejak pisahkan kita cinta kan bawa kembali padamu...." indah bukan?   " aku ada kerna kau ada dan cinta hatiku hanyalah untukmu".....walau raga kita tak mungkin bersama ku yakini hati kan tetap setia"....

hayatilah untuk jiwa-jiwa yang tenang....bersenandung dalam sanubari mengikut rentak hujan....dan airmata usailah menitis !

Thursday, 11 October 2012

JIKA engkau tidak berupaya menjadi garam yang mengeringkan ikan,
JANGANLAH pula engkau menjadi lalat langau yang akan membusukkan ikan.  

Tersenyumlah Wahai Hati yang Bersedih

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu



bila tuan dengar lagu ni teringat pada hati-hati yang berada di dalam kesedihan.  sekejap Allah datang menguji kekuatan iman kita.  tetapi Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNya.  kita di uji sesuai dengan tahap kemampuan kita.  kuatlah!

ibu adalah segalanya bagi kita.  pabila tiada lagi ibu di muka bumi ini, hilang sudah satu keberkatan kita di atas dunia ini.  yaitu, "doa seorang ibu". doa ibu yang menyelamatkan kita, doa seorang ibu yang mustajab...  jadi,  selagi ibu masih ada, masih bisa kita  pegang, masih bisa kita sentuh, masih bisa kita kucupi, kasihi dan sayangilah dia selagi hayat di badan.  doa-doa ibu memberi kebarkahan pada kita di dunia fana ini maupun di akhirat nanti.  subhanallah!

SIS MISTY

Teman sejati, mengerti ketika kamu berkata "aku
lupa …."

menunggu selamanya ketika kamu berkata,
"tunggu sebentar "


tetap tinggal ketika kamu berkata, "tinggalkan aku
sendiri"

membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan
belum berkata, "bolehkah saya masuk ?"

...."haa...tuan, masuklah.. masuk masuk..." ekeke...
sekadar berkongsi... melawak sikit..


penat, letih, keletihan... kengantukan... kesakitan... kesyahduan... kesedihan.... semuanya berligar ligar di keliling pinggang tuan... sepanjang-panjangggggg tuan tidak menulis terlalu banyak banyakkkkkkk kejadian silih berganti datang dan pergi. gembira, sedihhh berulang-ulang.  tak larat rasanya nak menulis semua di sini... ada yang dah terlupakan.  almaklum tuan ni dah jadi sang janggut...? hehehe.. kadang yang nak kita lupakan itulah yang dok teringat ringat.  yang nak di ingat tu tah kemana losap!...

tetapi yang terbaru... tuan baru-baru ni masuk hospital lagi lagi lagi lagi lagiiiiiii... keluar ba pula sakit.. mksu sakit... dan yang terbaru sket lagi, mak saudara tuan pergi mengadap Ilahi.... kawan rapat dengan umi. tak de dah dia... rasa kosong dalam dunia tuan sendiri.  tetapi tuan tak nak berkongsi kesedihan itu di sini kerana asalnya tuan menulis entry ini UNTUK SIS MISTY, maaf tuan sering kelewatan.  hari lahir sis pada 2 october 2012? (hehe..tahun tuan tak tahu lah..).  SEBENARNYA (saja nak habaq mai sket..) tuan dengan sis ni sama berkongsi zodiaq.  LIBRA no.. tapi maaflah kalo sis zodiaq len pulak kan.  tetapi setahu tuan lahir october samalah bernaung dalam syarikat BMG nye...hehe... cam penyanyi lak..cumanya sis di awal dan tuan di pertengahan... 17hb.  tapi tak pa lah, sis lagi tuaaa dari tuan... tuan baru sweet seventen. "jangan marah sis aa..."...

apapun yang lelainnya tuan tak tau pa nak citer lagi pasai sis ni... taklah kenai ngam sangat la bak kata orang kan... sat g salah citer sini kang, sis saman tuan, 'bangkrup' tuan nanti!...hehe.. 
cumanya bila sis berbesar hati membuat entry untuk tuan (wahhh perasan sungguh tuan kan...) tuan lagi kembang punggung bila membacanya.  'honestly' terasa suntikan semangat yang terkadang 'kendur' terkadang 'tegang'...(huhuhu bahya bunyinya tu... sejujurnya tuan tak maksud ke lain lah ya...tuan maksudkan semangat dalam diri tuan tu sendiri...) jangan kata diri tuan saja, tuan percaya orang lain pun sama pernah mengalami perasaan seperti tuan ini.  maksud tuan tu semangat menulis ni lah.  ada masa tu tak payah di suruh-suruh nak menulis saja kejanya.  ada tika tu kang, tak keruan macam ayam berak kapur.... sat g catok-catok pas delete.... kang berhari hari berbulan blog terbiar...menulis ni sebenarnya adalah darah daging tuan. tak dapat menulis dengan tinta, dengan darah tuan coretkan.... wahhh!... macam zainudin dalam buku pak hamka pulak.  tetapi iya betul, kalau tidak menulis tuan ni macam kucing mati bini... dungu ja rupa. kadang sebetulnya yang lama tak dak tu, aahh payah nak citer.  hanya orang yang tau dan tau saja yang tau kemana tuan.  "bape banyak tau daa....".  

tuan 'kenai' (tak lah kenal mana pun...) sis ni mula-mula tuan termasuk di blog lama dia.  dan tuan shout di box dia guna nick "musafir lalu"... dari situlah mulanya silaturrahim. pernah sekali dua kot chat. itupun 'dolu-dolu'... and yang selebihnya tuan email sis.  sebagai sis (tuan menganggap sis sebagai kakak tuan juga... tak tau lah sis nak anggap tuan ni adik dia ka dak...hehe..)...  tak salah kita berbaik sangka walau cuma di alam maya.  kerana antara kita Allah itu ada.  dan sis tetap berbaik hati untuk membalas, melayan kerenah, pertanyaan,cerita tuan di email.  itulah kelebihan sis, walau dia tak kenal kita siapa orang itu, jika kita datang dengan baik, berkata baik, berniat baik, tetap dia layan kita dengan baik.   

kata-kata dia dalam entry yang buatkan tuan berfikir (bukanlah bermakna sebelum ini tuan tak pernah berfikir..bukan juga bermakna orang sekeliling tuan tidak menasihati tuan.ADA.) "apa-apa you rasa, i cadangkan you fikir dulu dan hargai apa-apa karya you yang lepas.  jangan ikutkan naluri perasaan ketika you dalam keadaan beremosi dengan meminggirkan kewujudan fikiran. jika you sudah mengambil keputusan muktamad, jangan menyesal dan berkalih kebelakang.  kerana ketidakpuasan hati pada perkara yang lepas akan mengaburi sedikit dan sedikit kenikmatan di depan mata.  dan pandangan dan rasa hati you lebih penting dari sesiapa pun not even me sekalipun.... fuhh!...sesekali berkata-kata sis ni berasap juga menusuk ke sanubari.  dah tu, kalau tuan tak paham-paham juga lagi... tak tau lah kan.. bak kato orang nogori, "pokok dek kau lah jang!... apo-apo jangan menyosa...(menyesal)"......

di kesempatan ini tuan mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR SIS" pada hari yang dah terlepas... (2hb oktober).  may Allah panjangkan umur sis untuk berbuat kebaikan lagi sesama makhluk Allah di muka bumi ini.  berbakti pada yang terCinta.  pada DIA.  Allah selamatkan sis sekeluarga dunia dan akhirat.  ameenn...