Saturday, 18 February 2012

selamat beradu ya sayang...

hari yang indah, langit biru burung-burung berkicauan... bunyi tawa riang kanak-kanak ke sekolah....

indahnya lena mu...
"selamat beradu ya sayang..."
bukan salah cikgu ngajar la ni...

agak-agak hujan tak hari ni?....


 agak-agak hujan tak hari ni...? aduhh panasnya... duduk celah-celah bunga ni sejuk sikit...
panas-panas pun lena gak la...

tuan... kadang-kadang... (tidak selalu..cuma kadang-kadang) hati sedikit gembira bila meluahkan perasaan...  

tenanglah kamu di sana sahabat...

allahyarham nuzul

subuh 14.2.2012...
terdengar sayup-sayup suara 'seseorang' menangis tersedu-sedu... tuan cari ba, ada di atas kerusi tengah solat.  cari mksu di dalam bilik... baru usai solat duduk.  masih lagi terdengar.  cari di bilik anak buah... akhirnya... tangis esak dari situ rupanya.

tuan kuak daun pintu yang tak berkunci.... anak buah masih sujud di sejadah... tetapi jelas bahunya yang tersengguk-sengguk menahan tangis yang tak henti.  ada apa ya...? anak buah terkadang pemurah juga air mata tetapi jarang seperti yang tuan lihat di pagi ini... putus kasih kah dia..? tak pernah tau dia ada yang empunya... masanya banyak di rumah.  sabtu ahad ka, cuti ka, nak keluar-keluar tak tentu arah, takdo... buku, tidoq... game online. 'berat mulut' lebih kurang tuan... huhu.. kalau nak dengar sepatah dia berkata... aduhai... hujan emas dalam batu...kambing sakit pun kembali bernyawa..ekeke.. 

mksu keluar tuan tunjuk ke bilik anak buah sambil angkat bahu dan geleng kepala... mksu beri salam dan minta kebenaran masuk... 

akhirnya terjawab sudah... rupanya sebelum subuh tadi dia dapat sms kawan baik dia pergi buat selama-lamanya di pagi yang syahdu itu.  dia tak sempat lagi nak melawat masa arwah di hospital.  terikat dengan beban peperiksaan satu, jarak hospital yang jauh satu (hospital johor).  

tuan tak la kenal.  tetapi pernah 'tertengok' la.. masa tu dia datang kedai mksu.. dia ni bekerja sendiri.  kontraktor pemasangan strymix.  muda-muda dah berjaya.  pada hari kejadian dia tengah buat pemasangan strymix dan terjatuh dari bangunan.  kepala dia terkena bucu longkang.  dengar cerita masih boleh bangun, basuh muka.  lepas tu baru dia rasa pening-pening.  tempat kejadian di muar jadinya terus di kejarkan ke hospital muar.  xray, scan dr kata tak de pape.. how la? tetapi nak puaskan hati transfer ke hospital johor bahru.  mak dia cerita ka anak buah, dalam ambulance dia termuntah.  mak dia hati da kecut.  sampai sana scan  lagi darah beku tu dah merebak.  terus jalani pembedahan.  esoknya dia stabil.  tetapi tak lama bila dr xray lagi darah beku tu dah membesar.  muka pun da tak jadi rupa.  bengkak.  operation sekali lagi, dan teruslah menghembuskan nafas di dalam icu.  tinggal berapa bulan ja lagi nak bertunang. kasihannya si perempuan yang kehilangan.

tetapi Allah itu Maha Kaya... anak buah bagitau... masa lihat jenazah dia macam dia tidur lena sangat.  janggut dia cantik kemas ja kata anak buah. muka sikit pun tak bengkak, sebab pada hari sebelum tu mak dia kata, tak nampak rupa.  bengkak.   

alfatihah! tenanglah kamu di sana sahabat... 

yangterindah


belajarlah memandang dengan syahdu pandangan... pandang dengan kasih sayang.  jika tidak mampu memberi, berilah dengan doa yang ikhlas, yaitu hadiah yang terhebat. 

teruskanlah tuan...


dalam melangkah terkadang di uji dengan sesuatu yang amat menyakitkan
teruskan melangkah walau pun ianya hampir rebah
teruskan melangkah walau beribu batu cuba menghalang keinginanmu
teruskan melangkah walau beribu batu cuba menjatuhkan kamu
teruskan melangkah walau pun langkahmu hampir tersungkur
teruskan melangkah walau tidak mampu menahan air matamu
teruskan melangkah walau pun peritnya lukamu
teruskan melangkah walau berdarahnya kakimu

teruskan melangkah dan jangan engkau putus asa tidaklah Allah menguji kamu dengan sesuatu yang amat menyakitkan melainkan dia menggantikan yang lebih baik
sesulit, seperit, sesakit mana hari-hari yang kamu jalani percayalah pasti ada hikmah yang tersembunyi.  

tuan... cuma memandang, tidak ada yang terucap... 

marilah kita sama-sama membantu dan berdoa




MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH
"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail.

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi.

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.
Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.
"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.
Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.
"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.
"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.
"Insurance coverage macamana?," soal saya.
"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.
Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.
Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.
Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).
Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.
Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.
Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

SILA HEBAHKAN  

tuan... salam, artikel ni tuan terbaca disini http://www.mazidulakmal.com/ tersentuh sesangat hati ini... seharian tuan tak dapat memikir apa-apa.  jika kucing sakit pun kita dah separuh hati risau inikan bila melihat anak yang begini comel dan terlalu kecil untuk menanggung sengsara segala kesakitan.  teringat tuan dahulu dr pernah bercadang untuk mengambil air tulang belakang tuan.... tetapi seluruh keluarga pertahankan.  tak tau lah.  benar atau tidak.  'orang kata' (bukan dr kata ya..) jika kita telah benarkan ambil air tulang belakang pesakit nanti akan lumpuh...? betul ka..? atau pesakit akan lebih parah..? emmm... apapun tiap penyakit itu datang dari Allah... yang menyembuhkannya Dialah juga.  jangan pernah putus asa kerana Allah itu tidak pernah terlena dan sentiasa melihat dan mendengar hambaNya yang teraniaya....
mari kita sama-sama mebantu adik faris ini... jika wang ringgit tak mampu kita nak hulurkan, tetapi kita masih mampu berdoa... berdoa dan terus berdoa sehingga Allah sendiri berkata, "sungguh tidak jemu-jemu hamba Aku ini bermohon dan merayu berdoa dan sesungguhnya Aku juga tidak jemu-jemu untuk menunaikan permintaannya itu...." subhanallah...  kasih sayang Allah itu Maha Luas... perkenankanlah doa-doa hambaMu ini yaAllah.  kasihanilah adik faris ini.  ringankan penderitaan yang ditanggung olehnya.  sembukanlah dia yaAllah.  berikanlah ketabahan kepada ayah ibu, kaum keluarganya.  jadikan semua ini sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua.... amenn...

tuan... hari ini 14.2.2012. cumanya hari sabtu.  tak tau, dan kenapa dengan hari ini.  tuan rasa tak bermaya.  serabut.  tak tentu arah.  ada sesuatu yang tuan kena cari..? ada apa dengan tarikh ini? kenapa tuan rasai semua ini? kenapa yaAllah?
tuan tak tau nak dikatakan apa ini... mimpi atau benar, atau apa... seperti kebiasaan tuan dulu-dulu dan adalah kegemaran tuan berbaring di sebelah umi.  kadang suka nak ngusik dia tuan baring atas peha dia pegang tangan dia dan cium.
dan malam tadi semua itu seolah di ulang tayang semula kepada tuan.  tuan berbaring tetapi tanpa umi dan pipi ini basah lagi.  baju kurung kedah umi tuan letak bawah bantal, kain batik umi tuan buat selimut. terbau-bau dia...  yaAllah rindunyaaaa hati ini.  haiyaAllah... menitik-nitik air mata saat tuan menaip setiap patah perkataan ini.
Allah...
umi mana?
tuan nak baca yassin maghrib ni....

Sunday, 12 February 2012

biarlah dia terus bersinar di mataku...
di hatiku seperti selalu.

aku berjalan di dalam kabus
mencariMu
bayangnya kelihatan
wajahnya tak nyata
namun hatiku mengatakan
Engkau pasti ada!


semakin lama
mencari dan menemui
kebesaranMu...
semakin kukenal diriku
yang buta dan bisu...


sedangkan alam ini
setiap waktu memberitahu
kewujudanMu
pada gerak dan diamnya
pada lahir dan batinnya
pada ada dan tiadanya
pada siang dan malamnya
dan...
pada diriku
yang menyimpan seluruh rahsia alam itu...


aku terus berjalan...
berjalan menyusur angin
laut
dan gunung-gunung
mencariMu
ku tak pernah lelah
sehingga pada suatu pagi
cahaya suria
akan menguak tabir kabus
yang memisahkan kita...


kekasih...
kutunggu saat kita dipertemukan
dalam rindu yang mendalam.


tuan... biarlah terbuang jauh oleh orang yang kita kasihi, tapi kita tetap tak mampu membuang orang yang kita kasihi tu dari hati.  walau dah nyata kita adalah yang terbuang. 
langit itu tak pernah kelihatan sebiru tu....

erti cinta sejati.  cinta yang tidak menjadikan kita menuntut apa-apa daripada orang yang kita cintai.  cinta yang tidak memberi ruang kepada kita untuk memikirkan diri sendiri.  cinta yang walaupun hanya mampu membuatkan kita menangis, tetapi kita tetap reda dengannya. 

dan aku? walaupun aku kalah, walaupun aku terbuang, tetapi cintaku tetap tidak mahu pergi.  itu adalah bahagianku.

dan kegembiraan hatiku itu tidak dapat aku paksakan untuk mencari yang lain.  kerana mungkin takdirku di situ.  walaupun kegembiraaan itu bukan milikku.

demikian sesungguhnya hidup ini adalah tautan dari segala rasa yang kadang-kadang sering menjalinkan kita kepada ikatan yang menderitakan.  tetapi percayalah, Allah memberikan kepada kita semua rasa sakit ini adalah kerana Dia masih mahu kita mengingatiNya.  Dia mahu kita merasa perlu kepadaNya.

redhalah walaupun kita terpaksa menangis dan menenggelamkan tujuh benua dengan air mata kita.  menangislah walau terpaksa meruntuhkan tujuh gunung dengan air mata kita.  tetapi jangan lupa... Dialah yang lebih besar daripada segala apa yang kita rasa, daripada segala apa yang telah kita hilang.

jadi, jangan hilangkan Dia yang melebihi segala-galanya.  kelak kita akan bertemu kepada jawapan yang kita tidak pernah jumpa walau mencarinya dari permulaan hidup sehingga akhir hayat.  hanya perasaan reda mampu memberikan kita jawapannya.


tuan... sukar menjumpainya, sukar meninggalkannya...  

Monday, 6 February 2012

bila harapan terlindung di balik cerah matahari,
sembunyi di balik kelam cahaya bulan...
hatiku mula dihiris pedih...
dicalar luka...
mungkin selepas ini angin tidak akan dapat melihat
air mataku
menitis lagi...   

moga-moga ia sampai kepadamu...

aku kirimkan rindu dan cintaku kepadamu lewat angin yang berhembus.  moga-moga ia sampai kepadamu....

Ilahi Rabbi...
dalam nafas yang bergetar
tafakurku di rumpun sejadah insaf
temanilah...
aku mahu Kau hilangkan
resah yang membebani
sakit yang kutempuhi ini...
aku mahu hilang bersamaMu
tika embun menitis dan jatuh mengirai
mengejutkan rumput yang baru tidur
aku datang menyerahkan diri
dalam sujudku ini
temanilah diriku!

Ilahi Rabbi...
tika mentari muncul tersenyum
terpanah jiwaku oleh kelukaan
milikkukah waktu yang cerah ini
atau mataku hanya teruji
oleh selaput yang meliputi
oleh sepasang mata yang telah banyak berdosa!

dan... aku cuba melarikan diri
dari daerah hidup ini
namun terkeliru di simpang mana harus
kulalui
sedang bekalan di tangan telah kosong...
jatuh terciciran...

Ilahi Rabbi...
tika senja berlabuh
menutup tirai sebuah cetera pedih
kutemu bayang-bayang lesu amalanku
mampukah aku bangun dari rebah ini
meredahi malam yang tidak pasti
dan arah yang masih kucari
dan... air mata pun berderaian
di lereng-lereng sepi! 

tuan... ada suatu ketika, aku terlalu merindui belaian mesramu.  kata-kata nasihatmu yang aku harapkan dapat membetulkan jalanku yang salah.  aku mengharapkan kesempurnaan itu darimu semuanya sedangkan hakikat dirimu juga manusia biasa yang penuh kelemahan.  kedaifanku dan kerendahan hatiku menyebabkan aku selalu gagal mentafsir dalam kasih sayang.

barangkali engkau mengasihiku.

walaupun ia hanya barangkali, cukuplah.  setiap kali aku membisikkan kata-kata itu, aku akan tenang.  hatiku akan tenang kiranya aku mampu yakin bahawa dirimu benar-benar menyayangiku.  sayangnya... aku selalu gagal.  aku gagal meyakinkan bahawa diriku ini dikasihimu.  aku sering merasakan diriku ini tiada harga di matamu.  atau dengan kata lain... aku selalu merasakan dirimu tidak menyayangiku.  lantaran... aku bawa rindu dan harapan ini sehingga ke penghujung hidupku. 

yaAllah!  

tuai padi antara masak...

seindah sinar pelangi.
seanggun sinar rembulan.


hari ini badan rasa tak sedap sangat.  letih.  sedih.  tak tau apa.  tak tau camana.  nak marah.  benci meluap-luap seperti asap di atas jalan tar lepas hujan.  tak tau apa diri ini.  sesak sangat.  bercabang-cabang.  yang mana satu kehendak.  sesak kabut dalam satu nafas.  Allah... yaAllah bantulah! jangan biar hambaMu sesat dan fasik tak tentu arah yaAllah.  rasa mengamuk meluap-luap. 

mksu basuh muka basahkan dada dengan air musoffa.  ba mengaji.  semua jadi panas.  miang.  rimas..sssss.... mau aku tumbuk semua ni bagi berkecai.  kenapa kau orang semua sakitkan aku..? tak boleh bagi aku tenang? semua jadi terbalik.  mau aku cincang dunia ni.  apa kau buat..? apa nak...? tak boleh kau lepaskan aku..? kenapa aku..? kenapa aku..?
(yang kata-kata ni ada di laptop tuan dalam word.  tak tau siapa yang tulis... tak caya..? hai..terpulanglah.. Allah tu kan ada melihat..)

semua jadi gelap tiba-tiba.  dingin menyentuh tubuh.  sayup-sayup terdengar laungan azan.  sejuk telapak tangan menyentuh muka.  air basah ke dada.  perlahan-lahan gelap berganti sinar.  di satu sudut, ayah!  sesudah azan... terdengar gemersik surah Al Ikhlas menyentuh ke ubun-ubun terasa angin bertiup begitu damai menyejukkan.  di ikuti surah Al Fatihah, kemudian bacaan yassin dari suara ramai-ramai.  sedang aku terbaring di hadapan ayah.  tanpa hentinya surah yassin itu menyentuh gegendang telinga sayup singgah ke hati. 

terlena....

bacaan yassin masih lagi berkumandang.  mksu masih boleh mendengar walau 'mereka-mereka' tidak kelihatan dengan wujud di depan mata.  tetapi aura kehadiran 'mereka-mereka boleh di rasai... (tetapi itu cuma hanya kepada orang tertentu.)

lama...
tersedar.
tuan masih terbaring di dalam bilik.
letih sangat nyawa ni rasa.  tiba-tiba... burpppp... muntah berlambak.  berpinar dunia di sekeliling.  mksu suapkan air bacaan yassin dari ayah.  bismillah.... sejuk mengalir ke kerongkong.  dalam deras air mata yang mengalir menahan muntah yang tak henti, serasa tangan yang mengurut-ngurut di belakang.  sejuk tangan yang menyentuh.  wangi bunga melur tercium... umi! kelu... dan aku terbaring di pangkuan.

terdengar laungan azan kembali....
ayah di kepala meniup ke ubun-ubun.
"bangun nak... mandi, tunaikan solah... insyaAllah Allah permudahkan segala yang sulit...."  terasa aku di pimpin.. ringan melayang... di dalam bilik air aku mencangkung dengan dua lutut ke lantai bilik air... aku biarkan air mencurah menyentuh ke seluruh badan.  aku biarkan air dari lubang shower mencurah ke ubun-ubun.  tangan mencapai pencukur, perlahan-lahan menyelesaikan kerja mencukur dipipi, dagu dan kumis.  berapa hari dah ya tak bercukur ni....

selesai...
aku tadahkan tangan biarkan air melimpah ruah... lantas ku baca doa berwudhuk... perlahan-lahan air ku raup ke muka.  sejuk.  tenang.  dan aku selesaikan semuanya satu persatu. 

usai solat....
duduk seketika di sejadah sambil cuba-cuba mengingatkan kembali satu persatu... teringat mimpi malam tadi....kalau hati rasa tak tenang masih dalam waras kebiasaan sebelum baring tuan akan buat solat.  dah selesai-selesai semua terus baring... (malam)

inilah mimpi....
ada macam kenduri tapi tak tau di rumah siapa... ada mksu dan kakak yang di melaka.  suasana tu macam rumah di kampung-kampung... (faham tak ni..? mksud tuan rumah-rumah papan macam dulu-dulu tu...)  nampak sekelimbas seperti muka fadiah.  tuan cuba ikut tapi dia hilang macam tu je... terdengar suara lelaki kasar, "kau jangan ingat aku kan lepaskan kau.. dendam sakit hati aku ni..."

tuan ikut ke baruh dari rumah kenduri tu... (arah ke sebelah bawah..) ternampak satu lubang empat segi betul-betul macam lubang kubur tu... besar sama.. dalam pun sama... tuan tinjau ke dalam lubang ada kambing dua ekor dalam dia.  tak lama tu air mula penuh dalam lubang tu... tetapi tuan perhatikan air tu adalah air panas... berwap-wap macam air tengah masak tu... menggelembung kulit kambing tu... terdengar orang menjerit, tolong kambing tu... tolonglah keluarkan dia... kesian dia... dalam pada tu air panas melimpah sampai ke atas lubang.  peliknya kambing-kambing tu cuma diam... kenapa tak mengembek..?  seperti kebiasaan kambing yang kan terjerit-jerit... kenapa dia cuma diam dan memandang tuan dengan pandangan yang penuh sayu... seolah ada sesuatu cuba dia nak sampaikan...

tuan tersedar... tengok jam di hp 3.15 pagi.
dan kalau nak tau ada dua tiga kali tuan mimpi ini yang sama.
sebenarnya cerita-cerita begini kalau boleh tuan nak off record.  bimbang.  macam-macam.  tetapi kalau ada  ni, adalah... tuan tak pernah cuba menunjuk-nunjuk.  atau bercerita membuta-tuli... semua dengan izinNya.  dan ingatlah, "kun fa ya kun.." jika Allah menghendakinya terjadi, maka terjadilah ia...

Sunday, 5 February 2012

hujan rindu

hujan basah...
rindu mencurah... 

tuan... terasa terlalu berat beban yang di galas... kamu di mana? 

mr jebon


tengok tapak kaki dia tu... suka ja tengok..


ini sugar glider ba... muka comei dak? ka menakutkan...? tak dalah... musang pandan.  kisah dia macam ni... ada satu hari tu dalam hujan lebat tuan baru balik dari hospital... nyaris lagi tayar 'mr jen' tuan nak melenyek dia... anak buah brek mengejut... huhu... mksu kata ka anak buah.... "hang ni nak suh mksu tanduk dashboard keta uncle hang ni ka..kepala mksu ni tak cukup keras.." tuan pun turun dari  kereta dalam hujan lebat tu nak tengok apa 'benda' yang buatkan kami semua tersondol ke depan dalam kereta tu... sekali pandang, tuan terlompat sekejap... adess... ingat anak hantu ka.. ada pula rupa anak alien... nak pegang tak nak.. nak pegang tak nak... takut ada... tapi asal dia bukan 'mr frog' tuan taklah takut mana... kasihan sangat-sangat basah kuyup dia dalam hujan lebat tu... bila perhatikan dia berjalan kaki terdengket-dengket mungkin sebelum tu dah kena langgar... apa nak buat ni..? tak de makanan pun dalam kereta.  yang ada cuma ikan basah mksu beli untuk kucing.. tuan letak sekor depan dia... dia tak heran pun... apa nak bagi makan ni... badan dia menggigil kesejukan.  tuan yang baru kebasahan ni pun dah tergigil-gigil.. anak buah keluar datang bantu.. pasai dia tengok tuan lama di luar takut sakit melarat.  nak pegang takut juga mulanya pasai tak tau ni benda apa... (haiwan apa..).  tanpa buang masa anak buah ambil dia, untunglah dia tak menggigit.  nasib ada bakui (raga pasar mksu jadi mangsa...) keluarkan barang-barang, buh dia dalam tu... tuan keluarkan sapu tangan dari poket balut badan dia yang kebasahan.  kami jumpa dia ni dekat simpang nak masuk rumah.

sampai rumah anak buah tanya ba 'yang tu' apa... ba tengok sambil kata, anak musang.  musang pandan.  adess... punya ramai (bertiga dalam kereta tu..) satu orang pun tak tau apa benda yang hampir nak dilanggar tu...

kesudahan ceritanya... esoknya ba mandikan dia keringkan betul-betul lumpur-lumpur di badan anak musang tu.  beli susu untuk kitten.  masa tu besar tapak tangan ja  kot dia..  sehari tiga atau empat kali ba suapkan susu.  guna jarum tu.  pandai ja dia minum susu.. anak buah pulak bagi nama ka dia 'jebon'... kalau iye pun bagilah nama sedap-sedap sikit... alasan anak buah, mata dia tu macam jebon dalam citer p ramlee tu...pandailah dia.. dia tu nasib ibu dia tak bagi nama ahmad jais... dah ibu dia peminat allahyarham pakcik tu.

bila dia dah besar sikit dan boleh bagi makan, ba bagi dia makan pisang manis.  ada orang panggil pisang empat puluh hari.  pisang yang lain mampus dia tak mau.  dia nak pisang tu jugak.  bagi buah rambutan dia tak pandai nak makan.  kadang tuan bagi dia potongan epal, dia makan pastu luahkan... pernah anak buah cuba bebaskan dia... tak pergi ke mana pun dia.. kesian pulak.  apa dia nak makan. nak pegi mana dia, dah dari kecik dia di bela.  kalau burung walau kita pelihara tapi bila bebaskan dia tetap terbang.  ini tak.. bukan main kuat tidur.  (dah namanya musang kan..) siang-siang memang tidur ja keja dia.. yalah.. takkan nak pergi menoreh getah pulak dia kan... ka.. pergi sekolah mengajar... boleh..?heheh.. teacher jebon.  tapi dia ni jantan.  so, mr jebon.  jangan marah eee.. gurau ja.

bila ba sakit.. tuan  lah yang bagi makan dia.. dengan ba dia baik tak cuba nak geget pun.  duk atas pangku ja dia.. jadi anak bongsu ba pula dia.  tapi dengan tuan dia sedikit garang.  ada sekali dia 'tergigit' jari tuan... panjang juga luka dia.. adalah setengah kuali keluar darah... heheh.. caya ka..? alah darah luka jari tulah.  tak delah banyak mana kan..

jadinya... sekarang ini masihlah dia kami pelihara.  sampai suatu  masa tak tau bila.  bila dia nak bebas suatu hari nanti.. pergilah.  kami cuma penjaga sementaranya.
salam maulidur rasul... salawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w.
yaAllah yaRahman yaRahim
ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.  jauhilah mereka dari fitnah kubur dan azab api neraka.  limpahkan rahmat dan kasih sayangMu yaAllah.  

Saturday, 4 February 2012

selamat malam sayang...

bersabar itu baik,
DEMI kebaikan...  

tuan...cukupkah cuma kehidupan memikirkan kita?...tetapi itu bukan bermakna aku tidak pernah memikir tentang dirimu.  kamu?  
tuan teringin lah nak buat rumah atas bukit tu... tentu nyaman ja kan.. tenang jiwa.. jom 'kite' buat rumah kat situ nak...? hehe.. jom 'kite'@puspa...

cubit-cubit tepung


gambar lama ni.. ada satu hari ba teringin nak makan pengat pisang dengan cubit-cubit tepung.  ba kata dulu umi selalu buat.  umi suka.  masa bercakap tu tiba-tiba ba menangis.. mksu tak sihat sangat masa tu.  tuan pulak masa tu 'boleh-boleh aja la..' jadinya di petang yang penuh syahdu tu tuan buat lah cubit-cubit tepung mixed dengan pisang.  pisang nangka tak dak.  yang ada pisang tanduk.  tanduk pun tanduklah... asal jangan tanduk rusa sudaa..

dah siap.. sejukkan dalam mangkuk untuk ba... adalah dia makan sikit.  selebihnya dia kata takmo dah.  

kekwa

haii..nama kite kekwa.. kite adik kepada si embun menitik yang mata dia sebelah lain sebelah lain tu... kami lahir sama-sama. 
 tengok apa tu kekwa... 
tolongg... alamak kite da tersepit la pulakkk... daddy.. mksu... tokba..(opss..tokba mana boleh jalan.. camana nak tolong kita...) mana sume orang pergi ni...huhu..
haa... kite adjust sendiri la... pusing-pusing sket...harap-harap boleh la...perut kite dah senak ni...  
haa boleh pun... tapi awat muka kekwa sedey ja... nape.. 

embun

ni pula embun... anak buah panggil, 'embun menitik'.. ada ka patut... uniknya mata dia.  dr vet kata salunya kucing macam ni pekak.  kucing dia pun ada macam ni tapi pekak... dr tu cakap dengan mksu cuba buat sesuatu yang boleh tarik perhatian dia.  dia respon tak.  pukui tabuh ka kat telinga dia.. balik tu mksu kata, biaq pi la.  kalo dia pekak pun bukan dia usik orang... bukan dia nak pi mintak keja ka mana-mana pun.  kalau jadi cikgu pekak, ye susah... hehe.. mksu melawak pulak...

Friday, 3 February 2012

mereka-mereka yang telah pergi...

ini oyen.. dia ni kembar.  citer dia kena buasir pernah tuan siarkan di blog jiwa.  pertama kali tuan lihat kucing kembar.  sampai kalau sekali lihat sukar nak beza yang mana satu.  warna sama.  bulu sama warna.  dua-dua dah 'pergi'.
 yang ni dia bersama ibu dia... pun dah'pergi'.
ini ketot... citer dia pun ada di blog jiwa.  kisah sakit dia yang tiba-tiba.  terpaksa di tidurkan.  antara pilihan yang terlalu sukar terpaksa tuan buat.  membiarkan dia hidup tuk seketika, beerti tuan membahayakan nyawa yang lain-lain kerana penyakit dia berjangkit (yang di kata busung air untuk kucing).  dipilih untuk tidurkan dia, masa bawa tu dia sihat cergas.  tetapi bila saja dr vet tu comfirmkan penyakit dia.  tuan terduduk.  cumanya mksu tolong mintakan dengan dr tu setengah jam untuk tuan bawa dia masuk ke kereta tuan nak bersama dia seketika.  tuan peluk dia erat-erat sambil air mata ni menitis tanpa henti.  minta maaf ka dia jika ini keputusan yang salah terpaksa tuan buat.  tolong maafkan tuan.  tolong maafkan mksu.  dia pun seakan tidak mau melepaskan tuan.  duk sondol-sondol muka dia ka badan tuan, ka telinga... haii ya Allah. 
ini muthuk... menghilang tanpa jejak.. tak tau  nasib dia.. sama ada di baham anjing.. di ambil orang... atau kemalangan.. jika tuan baring-baring di luar dia salu datang urut.  manja.
ketot...salah satu aksi yang paling dia suka buat masa tidoq.

satu-satu mereka-mereka yang tuan sayangi pergi meninggalkan tuan.  hari ni ada, esok dah tiada.  baru sekejap ada, dah tiada.  terkadang rasa serik dengan hati ni.  sedih tak kesudahan.  tetapi apa pilihan yang kita ada?  

kalau ikutkan tuan nak menulis lagi tentang mereka-mereka ni.  tetapi biarlah berhenti dulu.  mood tuan pun ke laut.  bukan niat nak ingatkan kita yang sedih-sedih.  tak.  tetapi terkadang bila berdepan dengan mereka setiap hari... buatkan tuan terfikir... betapa kita perlu menghargai 
'detik yang di namakan kehidupan...'.  peluang yang ada.  kita tak tau bila-bila masa kita akan di jemput pergi.  sekejap sangat masa.  

lain kalilah kita cerita...

ini pula pemandangan dari hospital sewaktu menunggu ba di dalam bilik pembedahan.  ba di tolak masuk dalam pukul empat lebih dan keluar dalam pukul sepuluh malam.  masa azan maghrib gambar ni di ambil sebelum tuan solat dengan abang di belah tepi koridor tu. 

saja.. kenangan.  bila tengok gambar ni teringat sewaktu-waktu menunggu ba di luar bilik pembedahan tu.  hati rasa tak tentu arah.  macam-macam rasa.  alhamdulillah ba selamat walaupun belum pulih sepenuhnya.  

sayang@puspa


tengoklah anak dara tuan ni @ puspa, tak larat nak dukung lama-lama dah.  masa ni dia tengah protes dengan tuan sebab babab punggung dia... ada ka dia jatuhkan pakaian tuan yang dah siap-siap lipat cuma tinggai nak susun dalam almari saja lagi.  tuan masuk bathroom,  keluar dia dah ada bawah kain baju tu sume, konon-konon nak main nyorok-nyorok dengan tuan lah kot.. ka nak surprise kan tuan.. tak tau la yang mana satu... haa babab ja dia sekali.  orang dah la penat.  satu lagi, pantang tuan buka drawer (tempat boxer dengan sapu tangan, stokin dia yang dulu masuk... macam buat muka tak bersalah... bila dia dalam drawer tu, cuba bayangkanlah dia yang macam anak bukit tu duduk atas badan arnab.   

kalau berpacaran...


amboii... tengoklah aksi romantik dorang... albab(jantan) wira(kelabu, betina).  yang si albab itu adalah satu-satunya baka Tuah yang dah selamat berehat di syurga. 

ehem.. sebenarnya tuan rasa tak sihat sangat... exausted.  daripada siangnya tuan telah jadi tah hape-hape... haii...tak taulah. biar tuan ceritakan sedikit di sini tentang diri tuan ni... seakan telah jadi darah daging diri ini untuk menulis, membaca.  tuan tak akan duduk saja-saja kosong tanpa buat apa-apa (maksudnya cukup ada walau secebis kertas untuk di baca).  tuan tidak membaca cumanya masa di dalam bathroom.  sesetengah orang sambil 'membuang' pun boleh membaca kan... tetapi bagi tuan tidak.  tuan paling geli masa tu, tak dapatlah nak berlama-lama hatta nak nyambil-nyambil membaca pulak lagi... huhu.. kalau boleh nak cepat-cepat selesai boleh mandi dan keluar.  tetapi yang perlu orang keliling tuan 'peka' ialah bila tuan duduk-duduk saja tanpa berbuat apa-apa.  yakni tidak berbuat seperti kebiasaan, membaca or menulis.  adalah 'berbahaya'.  itulah sebabnya walau penat sangat pun tuan laratkan juga diri ini untuk datang menulis.  harapnya 'orang itu' tidak datang sewaktu tuan menulis.  berilah kebebasan diri ini tuk seketika.  memanglah.. bagi orang tidak akan memahami pa yang diri ini lalui sehari-hari... tetapi tak pa lah... cukuplah yang mengenali itu mau memahami sepenuhnya dan tidak pernah membuang jiwa ini.

sebenarnya pun tuan tak tau nak tulis apa... cuma banyak gambar-gambar dalam hd ni belum pernah di postkan lagi.  sajalah tepek-tepek macam tahi kerbau ka dinding...

berhenti tanpa noktah