esok isnin 27 aug 2012 tentu ramai akan memulakan tugas semula selepas cuti panjang aidilfiri. selamat kembali semula ke sekolah teacher. selamat mengajar. jangan marah-marah, garang-garang ya. kalau rasa nak marah, cepat-cepat makan kuih raya... huhuhu..
"Untuk yang tercinta,seucap untukmu tak ada helai daun jatuh,tanpa angin..tak ada cinta,maka kaupun tak ada..."
Sunday, 26 August 2012
ini orchid... anak buah selalu panggil orchid abdullah. kalau gitu jadi anak ba lah orchid ni..hehe.. ada satu petang bosan terbaring ja tuan bawa-bawa nak berjogging. punyalah sebok dia nak ngikut. nak jadi bodyguard gaknya. bila dia 'sorang' dah ngikut yang lelain pun sebok nak ngikut sama... sudahnya tak ke mana pun tuan berjogging... bawah kelapa baruh tu ja...
tekun mendengar taklimat dari komandan...
salam...malam tadi tuan demam.... punyalah sejuk badan berbungkus ngalah orang eskimo pun masih terasa sejuk lagi. mksu nak hantar ke klinik. tak payah lah. bila jiwa yang sakit tiada ubatnya di mana-mana klinik. tekak tak ghairah nak makan-makan.
letih. tiada ubat.
Saturday, 25 August 2012
betapa kita perlu mensyukuri? (part2)
seperti sumbu pelita ini semakin malap..malap...malap...sehingga satu ketika kan terpadam...tuan keletihan...
sebenarnya tuan letih.... keletihan sangat. tetapi peliknya kan, makin letih makin galak mengupdate blog...? awat hang ni tajul...huhu... betull... bukan kata main-main. nak pergi, tapi tak tau nak pergi mana. serasa mati, tetapi masih bernyawa. sunyi dalam riuh rendah manusia sekeliling. tuan rindu. rindu sangat-sangat. tuan rindu umi. tuan rindu orang-orang yang tuan sayang. rindu yang tersekat di kerongkongan. sakit nak menelan. tak terluah, tak termuntah. rindu yang sentiasa basah.
hai lah jiwa! yaAllah subhanallah...
pagi tadi dalam pukul 3 hujan lebat mencurah. mata ni tak mau terlena. tidak ada yang tahu tuan menangis. tangisan yang menyatu dalam hujan. tetes yang menyentuh bumi. hujan yang menyapu setiap tetes yang tak tertahan. serasa nak pergi berjumpa ayah. lama dah tuan tidak 'ke sana'. ayah dan bonda yang selalu mendoakan kesejahteraan tuan. yang selalu mesra menanti kedatangan tuan. tunggulah, nantilah, insyaAllah tuan akan ke sana...
owh ya.. lama dah tuan tidak menjamah nasi. tak ingat bila kali terakhir. sebelum 'mantai' (hari membuat lemang dan rendang sebelum raya) kot... ke sebelum-sebelum tu lagi. sebelumnya berapa hari tuan di hospital tidak juga menjamah nasi. entah, tidak terasa ghairah untuk makan-makan. masa raya baru-baru ni, anak-anak buah sebok kata, "wahh! uncle kurus dah... perut tak de dah..."... ada ka...? kalau tak de perut camana tuan makan...? takkan jadi hantu penanggal pulak...? huhuhu... maksud dia mungkin perut tu tak tinggi sket kot... pakai baju melayu ikat samping lurus ja..alahhh kurus la sangattt!
oklah... berbalik kepada tajuk entry di atas... (macamlah ramai sangat yang membaca blog ni ya dak...? perasan ja lebih tuan ni...syokk sendiri gamaknya...). tak pa lah... dah orang tak mau syokk dengan tuan, syok sendiri ja lah...
sebenarnya tuan sendiri benci bila perasaan tak menentu itu datang. bila tuan tak tau nak buat apa. bila tuan tak tau rasa pa. susah nak describe perasaan tu. sukar untuk orang memahami. kita dalam dunia yang tersendiri. tak suka, cuba lawan, lawan... tetapi terkadang berbagai rupa yang menyerupai. itu yang susahnya untuk orang percaya. bila tuan tidak lagi menjadi diri tuan sendiri. orang kata di buat-buat? cubalah buat!.
masa di part 1 tuan cerita pasal monyet kan... ini bukan cerita tuan buat-buat tau. ada satu petang ramadhan baru-baru ni. tuan dari rumah nak ke klinik dan anak buah yang memandu. mksu di depan. biasa bila dalam kereta tuan cuma lelap-lelapkan ja mata walau tak lena. malas nak lihat sekeliling terkadang ramai yang melambai. jangan kata tuan perasan pulak eh. tuan bukan artis. cuma yang faham sahaja yang tau apa maksud tuan. tetapi petang tu tuan tak mau lelapkan mata. cuma tenang memerhati ke hadapan. walau tak nampak sangat sebab tuan bersandar. tiba-tiba anak buah tekan brek mengejut, sambil berkata "ya Allah!".. yang tuan ni 'tersunu' (carik dalam kamus sendiri..hehe) jugaklah ke depan.. nasib tuan ni bukan perempuan mengandung...kalau tak mau juga senak perut. masa tu 'en anak buah' "i see you in the court!"hehe.. serentak tu dia bagi signal kiri dan berhentikan kereta. agak terlajak jauh sikit.. yalah takkan nak terus berhenti kang naya orang sodok bontot kita... peliknya mksu relax ja.. anak buah kata, "uncle, mksu, cer tengok anjing tu... dia tarik bangkai kucing yang dah mati kena langgar tu..." anak buah dah keluar ingatkan anjing tu nak makan bangkai kucing tu. tetapi rupanya sangkaan kami meleset.... rupanya anjing tu tolong tarik bangkai kucing tu ke tepi rumput. dah lepas tu dia panggungkan dagu dia ka rumput sambil goyang-goyang ekor. adalah dalam beberapa saat pastu dia terus jalan.. kejadian tu pantas depan mata, kami terkesima bila memandang. tak tau kata pa. usah nak merakamkan. betapa mulianya hati anjing tu kan..? agaknya, tuan agak ja..bagi anjing tu kematian kucing tu tak dapat di elakkan. dah nasib kucing tu.. tetapi daripada badan kucing tu hancur lumat kena lenyek-lenyek dengan kereta yang lalu lalang lagi, dia tarik ke tepi. cuma itu yang dapat dia menolong...
binatang pun ada perasaan.... mintak maaf tuan kata ni, "la ni, manusia lagi hebat dari binatang!".. maksud dia.. tidak ramai manusia sekarang ni berjiwa sebenar-benar manusia. ada yang nak marah tuan kata begini kan..? kenapa tuan kata begini? meh baca seterusnya apa yang tuan tulis di bawah ni.
pertama baru-baru ni mksu dan kakak dalam perjalanan balik dari tampin. kalau tak silap dia kata ada banyak-banyak kedai berderet di tepi jalan tu. apa nama kampung tu, Kg Kendung kot.. banyak jual-jual lemang. mksu dengan kakak ni berhenti lah dia satu kedai tu. sorang mkcik jual. umur dalam enam puluhan kot. ramah pulak mkcik tu bertanya. cerita-cerita dengan mksu dan kakak ni tadi. pastu dia kata, "mintak maaflah kedai mkcik ni banyak kucing. ada separuh orang tak suka. bukan kucing mkcik. kucing orang buang-buang. kesian pulak. mkcik bagi makan". mksu kata kedai mkcik tu bersih luar dalam. sementara menunggu dia potong lemang dan bungkuskan rendang sempat la lihat-lihat. pastu mkcik tu kata lagi, "ada hari tu satu kereta sambil lalu ja dia buang seplastik berikat. rupanya dalam tu kucing-kucing. kalau tak mkcik tak tau juga anak mkcik pergi buang sampah baru tau. tapi terlewat dah. mati dah kucing tu.". hai yaAllh! senak dada tuan dengar cerita ni. engkau nak buang, buang ja lah. jangan tepi-tepi jalan. yang di ikat dalam plastik tu kenapa?. setan punya manusia! sorry to say lah, tuan cuma doa manusia yang buat tu Allah lumpuhkan tangan dia. di mana keperimanusiaan manusia gini? tu sebab tuan kata, manusia la ni lagi hebat dari binatang!.. sedang haiwan pun ada perasaan belas kasihan, rasa kasih sayang.
ok itu baru satu. ni tuan cerita di kampung tuan sendiri. pkcik yang tuan nak cerita ni dua-dua dah selamat kena simpan. yang sorang ni tuan dengar sendiri masa tu dia cerita dengan ba dan umi. asal mula cerita tuan tak ingat lah. pasai lama dah. isteri pkcik tu tiba-tiba kata, "aritu abang kau (suami dia lah) di bubuh eh kucing tu dalam guni di ikat terus di campak kan ke dalam sungai..." punyalah tekejut ba. terus tanya "kenapo lak...".. pkcik tu jawab " di cakar eh tangan den.... haa den humban kan dalam sungai..".. cerita sambil sengeh-sengeh.. macam tak bersalah ja.. setau tuan lah kan, kucing dia takkan mencakar orang sesuka hati. kecuali kalau dia terkejut. kalau di sakiti. yes. dia akan bertindak. alah kalau takat dia cakar tercalar sikit, kenapa perlu di hukum sampai begitu sekali? pukul ja lah dia sikit sebagai pengajaran. pendekkan cerita, tau apa jadi pada pakcik tu...? tak lama pada tu dia di serang lumpuh satu badan. agak lama baru sembuh, tetapi macam orang kena sakit parkinson. tergigil-gigil. kepala terteleng-teleng. cakap pun lidah kelu. orang pun tak paham apa dia cakap. tu bukan tuan doakan ya. tetapi Allah itu Maha Melihat. dia aniaya haiwan. sampai dia hembuskan nafas pkcik tu begitu.
ni cerita kedua...
alamak!..gegel badan tuan.. kita stop dulu lah eh..sambung lain.
dada berdebar-debar...Allah...
rindu untukmu
setangkup rindu untuk embun pagi
ku titipkan pada ilalang
pagi ini aku tak menemuimu
malam menghilang tanpa syairmu
setangkup rindu untuk embun pagi
ku genggam erat dalam tidur
biar tak lepas di bawa matahari
suatu hari akan tersampaikan
aku di sini menunggu
seperti pelangi yang setia
menanti hujan mereda
meski hadirnya tak pernah lama
gagah matahari menghalau
titis tak sempat abadi
pelangi pun bersyair merindu
biar hujan menyerbu
tuan...indah lenamu tanpa jiwa yang memeluk
ku titipkan pada ilalang
pagi ini aku tak menemuimu
malam menghilang tanpa syairmu
setangkup rindu untuk embun pagi
ku genggam erat dalam tidur
biar tak lepas di bawa matahari
suatu hari akan tersampaikan
aku di sini menunggu
seperti pelangi yang setia
menanti hujan mereda
meski hadirnya tak pernah lama
gagah matahari menghalau
titis tak sempat abadi
pelangi pun bersyair merindu
biar hujan menyerbu
tuan...indah lenamu tanpa jiwa yang memeluk
janda pulang...
jangan tanya tuan dari mana air ini mendapat nama yang begitu indah... tuan tak dak niat nak perli pun. macam kata p ramlee dalam madu tiga, "sumpah pah...butang baju abang mana pahh..".. jadinya kalau ada orang nak kerat cuping telinga tuan, tetap jugak tuan tak tau. keratlah. seingat-ingat tuan, daripada tuan 'bujang kecik' lagi umi selalu kata, "nak suruh ba buat janda pulang lah...".. silapnya tuan tak pernah bertanya, "janda mana yang pulang...?" huhuhu... yang kelakarnya jika di ingat sampai sekarang masa mula-mula umi cakap dulu tuan tercari-carilah dalam cawan tu 'mana jandanya'...
kalau nak ikutkan senang ja, air kelapa muda. tu lah dia sebenarnya. siapalah yang pergi komersialkan nama air kelapa muda ni tak tau lah. kalau betul-betul depa orang jati negeri sembilan mesti tau'janda pulang' ni..
lagi seminggu nak raya baru-baru ni kot kakak ada balik buat janda pulang ni untuk berbuka. anak dia pulak dok sebok tanya ka dia... "kenapa janda pulang"... tak terkata dah ibu dia.
Friday, 24 August 2012
betapa kita perlu mensyukuri?... (part 1)
alamak!... roti ja ka bang...gitulah kata dia kot...hehe.. kan bagus jika kita ada kelebihan boleh berkata-kata dengan haiwan ni kan... kelebihan tu cuma Allah beri kepada nabi sulaiman sahaja.
ni dia baru dapat roti... punyalah tekun ngalahkan doktor nak membedah orang..
tengok tali yang mengikat pinggang dia tu... sampai tonggek punggung kawan tu...huhu..
tengok dia makan roti... abis dia buang. cuma makan tang inti ja. kasian 'bird' kawan tu..pakaikan la pampers... tak pun.. seluar kecik ka.. kat pets shop kan ada. tak la sakit dia. cuba bird dia (tuan dia tu lah..) di biarkan terbuai-buai begitu ja.. mau ja di gigit kerengge. tu pun kalau mau kerengge tu gigit!
rumahku, syurgaku... dibandingkan dengan kita yang hidup di rumah. betapa kita perlu mensyukuri kehidupan ini. tuan tak kata suruh buat rumah besar-besar untuk monyet ni. tidak... tetapi biarlah dia rasa selesa. kalau tak lepaskan di hutan tu. di situ kehidupan dia. lain kalau kita bela kucing. memang di rumah kehidupan dia.
sebenarnya tuan dalam 'kedunguan' la ni...jangan selamanya sudah...hehe..'sat sat' tak pa..
alkisahnya....
hari ni mksu terpaksa 'angkut' tuan ke kedai dia sebabnya mksu kena jaga kedai... punyalah 'bertanggungjawabnya' pekerja dia. minta cuti dengan mksu sampai rabu and khamis dia kata mula keja. mksu kata oklah. berkali-kali mksu tanya comfirmkan. jawapan tetap sama. mksu pun oklah. tup-tup pagi dua raya dia msg ka hp anak buah minta bagitau mksu dia cuti terus SAMPAI AHAD... punyala...? apa nak kata ni...? sasuke hati nenek tiri mak kambing dia ja kan...? the reason is, ada sedara buat kenduri kahwin di kampung. kambing gurun punya budak! hei... orang nak kahwin ni berbulan punya planning... macam-macam nak buat. nak bagitau. kad kawin nak cetak. dah tentu tarikh dah booking awai-awai. lainlah sedara hang tu kena tangkap basah bidan terjun... lenkali kalau nak 'memohong' tolong bagi alasan yang logik sketla beb! bagi lah alasan lembu kerbau mak hang masuk hospital ka... ceh!...
habis citer bab tu.. (tuan pulak yang terover geram...mksu tak terkata pa...pasrah jolah...)
oklah.. dahlah tuan terlewat siap-siap (sebenarnya bersiap..amboi.. ngalahkan nak bersiap pengantin...) yalah tuan ni macam-macam nak di bawa. dah tentu seharian tuan akan jadi 'pak lilin' dalam bilik belakang kedai mksu tu nanti. kalau dah terlewat namanya tentulah ada yang tertinggal betui dak.... baby laptop bawak. hard disk tak bawa. pendrive yang nyimpan segala macam tuk nenek moyang sume tak bawa. usb pendrive nak tranfer picture pun tak bawa...akhrrr.... sudahnya apa nak buat ni...? takkan nak duk mencatuk ja macam burung belatuk dalam bilik ni.... huhuhu... godek-godek 'baby lappy' ada dalam download picture lama ni.. tu la dia picture kat atas tu... picture 'pak encik' dapat roti tu...
begini citernya...
lama terperap dah pic ni... bulan jun. ada satu hari anak buah ambil tuan dari hospital dia keletihan kereta berdebu sikit. dia ni sebijik keturunan ba dia ambil. pantang kereta kotor sikit. on the way balik dia singgah car wash. dengan gemalai macam pengantin bangun pagi tuan turun dari kereta.... sebenarnya teramat malas. tapi takkan nak duk dalam kereta pula kan. dalam khemah dia tu adalah dua tiga orang menunggu. anak buah ni mencari pokok nak berteduh. yang tuan ni macam anak ayam mengekor ja dari belakang... sambil berjalan tu dia buka roti beli di seven eleven. baru dia nak suap ke mulut dia ternampak monyet ni terikat dekat pokok yang nak pergi berteduh tu...(maaflah monyet ke kera). tuan pun tak tau beza macam mana monyet dengan kera. kera besaq sket kot...? nantilah tanya kera tu kalau betul...hehe.. pastu anak buah toleh ke belakang ngalahkan iklan syampoo rejoice... punya dia romantik terkejut... "uncle..uncle.." sambil jari dia yang gemalai runcing tu menunjuk... yang kelakarnya, ayat dia mati di "uncle..uncle.." ja... lepas tu dia tak tau nak habaq pa lagi dah... hehe.. cuma jari ja dok tunjuk tunjuk... tuan ni belum lah lagi 'jadi kassim selamat'... masih nampak depan mata... (sebut kassim selamat teringat blogger abang kassim selamat yang oku. apa khabar dia agaknya ya... bertahun dah tuan tak tau perkembangan hidup dia lagi...).. "punyalah tinggi semangat kemasyarakatan tuan ni kan...".. hingag dunia sekeliling tak tau menau...
berbalik kepada citer tuan tadi... yang anak buah ni excited nak menunjuk ka tuan mungkin, dia tengok tuan ni control relax ja macam pertama kali jumpa pak mentua... hehe.. sebenarnya dia tak tau apa tuan rasa.. dalam hati ni punyalah geram, sakit... macam-macam ada... pendek kata mau ja nak tanya sapa tuan monyet yang cerdik pandai tu... tuan nak ikatkan dia macam dia buat ka monyet tu pulak. biar ramping pinggang dia macam itik kena 'bedal' (pukul).. eh lah!.. dorang ni manusia tulen ke hapa tah... dorang ingat haiwan ni tak dak perasaan ka..? tak dak naluri ka...? tak dak rasa ka...? kalau nak bela pun buatkan dia tempat yang sesuai, elok-elok. jangan fikiran "engkau" (tuan monyet) lebih dari binatang... cuba dia di ikatkan kat pokok tu... dengan sampah sarap, buat pondok kecik atas pokok. dengan hujan tempias. dengan berpanas. pa dia rasa... 'auzubillahhiminassyaitonnirojim' punya manusia. cubalah berfikir dan berperasaan sebagai manusia. kasian ka monyet tu. walau kita pandang dia haiwan saja, mungkin ada sesetengah orang akan berkata, "alah biaq pi la... binatang apa dia tau...!"... buntut kuali mak hang! jangan ingat binatang tak dak perasaan. kadang hati binatang ni lebih mulia dari hati manusia tau dak. tu.. sapa buang bayi dalam sampah, dalam lubang tandas pastu flush, buang dari atas bangunan. gugurkan bayi yang tak berdosa. monyet ada ka buat semua tu..? kucing ada ka buat semua tu. hatta apa haiwan sekalipun. tak dak buat gitu. cuba tengok ibu ayam baru menetas tu... pi usik anak dia kalo berani.. kalo dia tak ligan hang satu kampung entah kan... manusia la ni 'lagi teruk' dari segala macam binatang. tuan tak lah kata semua... maunya ada yang 'kelekuk' kepala tuan sat gi. tidak. yang baik-baik tu sedikit sangat sangat. macam kita memilih antah padi dalam beras.
oklah... berbalik pada anak buah tuan tadi... (punyalah banyak berbalik kan...).. tak jadi dia suap roti tu ke mulut. dia terus hulur dengan berani-berani takut ka monyet tu... dapat ja roti tu terus dia makan... dia siat-siat, pandai pulak tu.... dia pilih tang inti ja. yang roti dia buang... hehehe... sebiji macam tuan makan roti. kalau tuan makan roti macam tu lah... buang yang tepung makan yang inti sahaja. kalau makan pau pun begitu. buang yang atas-atas semua tinggal inti kacang ja. tu ja lah makan. adik beradik semua paham sangat dah. kalau makan kuih seri muka pun begitu. makan yang hijau saja. yang pulut tinggai. umi dulu salu kata, "siapalah punya keja lagi..."..
tuan pun rapat juga ka monyet tu... kasiannya... pinggang dia ramping macam miss ratu cantik dah. tali pengikat tu dia ikatkan ka pinggang. cuma disini tuan monyet tu cerdik sikit lah, sebabnya kalau ikat kan ke leher takut monyet tu mati tergantung kot.. ikatkan dia (monyet) tu di situ, mana airnya..? mana makannya? tuan di situ dekat satu jam lebih (kereta ramai (hehe.. banyak) yang nak di cuci... cuaca masa tu boleh tahan panas. tuan tak dak makanan lain. anak buah minum air kotak.. pandai ka dia nak hirup straw tu... bila orang dah kurang sikit anak buah tanya ka brother tukang cuci tu... siapa punya. anak buah ni pandai berdiplomasi siket... kalau tuan straight ja.. anak buah tanya-tanyalah perihal monyet tu. berapa umur dia... rupanya masih 'budak' lagi. tak ingatlah tuan berapa umur dia.. pastu anak buah buat-buat kata "abang nak juai dak..saya nak beli"... tau pa dia kata..? eh eh eh... taklah bang... "saya sayang sangat dah tu... dah pandai dengar kata..jinak lagi..." dalam hati tuan berkata ja, "pak hang la! kalau sayang takkan hang buat dia gitu..." buh lah tempat elok-elok... letak makanan dia. air dia. dua minggu sekali ka mandikan. engkau hari-hari main air cuci kereta, tapi tuan pasti sangat monyet tu tak pernah 'dimandikan'... tengok ja lah jari-jari monyet tu tau dah. penuh dengan tanah kering.
pastu tuan dengar anak buat kata, "bang kalau hujan kasian dia basah tu. buatlah atap lebar sikit. kalau tak bawak ja dia masuk dalam rumah abang".... hehe.. tak terkata abang yang bengong tu.
dalam perjalanan balik punyalah sarat kepala tuan ni memikir... betapa kita hidup sebagai manusia ini perlu mensyukuri kehidupan ini. sebagai manusia yang waras. sebagai manusia yang di beri kelebihan berakal. sebagai manusia yang perlu menghormati kehidupan setiap yang bernyawa di muka bumi ini. bagaimalah rasa kita jika di takdir jadi monyet tu. hidup sentiasa terikat. cuma menunggu bila di beri makan. kehidupan yang tak selesa. tidak berteman. tidak berpasangan. tidak bebas untuk ke mana-mana. tiada hak untuk bersuara. (tu kalau manusia lah. monyet bercakap pengsan orang dengar nanti..).
macam mana ya kita rasa...?
dan sepanjang malam itu tuan tidak habis berfikir.... saat tuan duduk-duduk memikir sorang-sorang malam tu... teringat, monyet tu buat apa sekarang ni eh...? mau aja ajak anak buah pergi putuskan tali yang mengikat monyet tu....
esoknya anak buah call perhilitan. (yang ni off record la...)...
oklah dulu...panjang umoq kita jumpak lagi na... cheq nak pi 'susukan baby' sat... heehe..ada yang jadi issu pula nanti ni... bila masa tuan beranak pulak kan... adalah... kalau nak tau baby apa... tunggu sampai sambungan akhir......
Friday, 10 August 2012
selamat tinggal Tuan Empunya Hati....
boleh tuan tutup blog ni?
rasa tu datang
tiba-tiba
sekejap-sekejap
terkadang
tuan... "rasanyalah... ada baiknya...."
rasa tu datang
tiba-tiba
sekejap-sekejap
terkadang
tuan... "rasanyalah... ada baiknya...."
melisa@malisa?
4.27am@august92012
dalam sejuk dingin pagi ini @ dalam waras tuan duduk sendiri merenung diri. dalam-dalam. jauh-jauh. tidak berteman apa-apa. cuma DIA. dan seperti umi selalu kata dulu-dulu, "Allah tu tak pernah tidur, sentiasa jaga"... masih terdengar dengkuran ba. sekejap lagi akan bangunlah dia untuk bersahur. di mata tuan telah nampak keuzuran ba.
dan dalam masih kewarasan ini tuan ingin menulis tentang sekeping hati. hati yang didalam ni. yang kita mengikut teori sains tau di mana letak duduk dia. walau di dalam, terkadang orang selalu kata, "jauh di sudut hati ni".... dan terkadang kita pegang dari luar rasa di dada ini.
TETAPI,
hai la kan...kadang (sepatutnya selalu kita fikirkan) bagaimana besarnya kekuasaan@keajaiban ciptaan Allah. cuma hanya sekeping. yang berbentuk tetapi boleh merasa berbagai-bagai rasa. bayangkan juga jika Allah ciptakan kita tanpa sekeping hati ini. hidup kita akan jadi lebih indah? hidup kita akan jadi tawar hambar? hidup kita akan jadi lebih bermakna?
TERKADANG, (tuan cakap terkadang ya..jangan salah tafsirkan) BILA TERASA SAKIT SANGAT HATI INI, dan masa tu lah datang 'terkadangnya' adalah lebih baik rasanya hidup tanpa 'dia ni'. mau saja belah diri sendiri keluarkan punca dari mana datangnya rasa yang sakit itu. keluarkan simpan dalam almari. hehe.. "kalaulah boleh di buat begitu?"...
subhanallah... Maha besar ciptaanNya...
tetapi, tuan sakit... sakit sangat dengan rasa ini...
tuan... "hai ck melisa@malisa... jika benar awak betul-betul wujud, hidup, nyata, dan benar-benar ada (bukan sekadar rekaan) tolong, tuan kata tolong ya (sebelum tolong itu menjadi tolol) minta tolonglah email tuan di, tuan.iman2@yahoo.com. TOLONG YA.
"kau tau aku siapa, cuma aku tak tau kau siapa?"
p/s : watch out bila tuan sudah menggunakan 'aku'.
dalam sejuk dingin pagi ini @ dalam waras tuan duduk sendiri merenung diri. dalam-dalam. jauh-jauh. tidak berteman apa-apa. cuma DIA. dan seperti umi selalu kata dulu-dulu, "Allah tu tak pernah tidur, sentiasa jaga"... masih terdengar dengkuran ba. sekejap lagi akan bangunlah dia untuk bersahur. di mata tuan telah nampak keuzuran ba.
dan dalam masih kewarasan ini tuan ingin menulis tentang sekeping hati. hati yang didalam ni. yang kita mengikut teori sains tau di mana letak duduk dia. walau di dalam, terkadang orang selalu kata, "jauh di sudut hati ni".... dan terkadang kita pegang dari luar rasa di dada ini.
TETAPI,
hai la kan...kadang (sepatutnya selalu kita fikirkan) bagaimana besarnya kekuasaan@keajaiban ciptaan Allah. cuma hanya sekeping. yang berbentuk tetapi boleh merasa berbagai-bagai rasa. bayangkan juga jika Allah ciptakan kita tanpa sekeping hati ini. hidup kita akan jadi lebih indah? hidup kita akan jadi tawar hambar? hidup kita akan jadi lebih bermakna?
TERKADANG, (tuan cakap terkadang ya..jangan salah tafsirkan) BILA TERASA SAKIT SANGAT HATI INI, dan masa tu lah datang 'terkadangnya' adalah lebih baik rasanya hidup tanpa 'dia ni'. mau saja belah diri sendiri keluarkan punca dari mana datangnya rasa yang sakit itu. keluarkan simpan dalam almari. hehe.. "kalaulah boleh di buat begitu?"...
subhanallah... Maha besar ciptaanNya...
tetapi, tuan sakit... sakit sangat dengan rasa ini...
tuan... "hai ck melisa@malisa... jika benar awak betul-betul wujud, hidup, nyata, dan benar-benar ada (bukan sekadar rekaan) tolong, tuan kata tolong ya (sebelum tolong itu menjadi tolol) minta tolonglah email tuan di, tuan.iman2@yahoo.com. TOLONG YA.
"kau tau aku siapa, cuma aku tak tau kau siapa?"
p/s : watch out bila tuan sudah menggunakan 'aku'.
Wednesday, 8 August 2012
bila terlalu berharap pada orang
bila tiba-tiba diri tidak di perlukan
terpaksa juga berharap pada diri sendiri...
tuan...nak hampir 3pagi...takkanlah malam gelap pekat..jika tak, mau saja tuan keluar berjalan-jalan... bukanlah kata malam gelap tu buat tuan takut... tidak. apa nak takutkan ya dak... dia ada ja..
bila tiba-tiba diri tidak di perlukan
terpaksa juga berharap pada diri sendiri...
tuan...nak hampir 3pagi...takkanlah malam gelap pekat..jika tak, mau saja tuan keluar berjalan-jalan... bukanlah kata malam gelap tu buat tuan takut... tidak. apa nak takutkan ya dak... dia ada ja..
hai yaAllah....
salam...
2.03am@august8 2012
nak tanya,
berapa lama nak termenung depan lap top ni?
jawapan,
"entahlah"...
ni nak bagitau... sebenarnya itu bukan satu jawapan.. tetapi sekadar kata yang tidak bermakna kepada orang yang hampir putus asa..?
betul?
"entahlah"...
kita tinggalkan 'seribu entahlah'. berbalik kita kepada realiti...
dah pagi pun tetapi mata ni masih belum datang kantuk. ada masa? "entah"... hai.. kata nak 'tinggalkan' "entah"... baru berapa patah menaip, dah tertulis 'cik entah' itu lagi..?
pening baca tulisan tuan pagi ni...?
begitulah 'sepeningnya' kepala tuan ni...
'tolong... tolong.. tolong...'
ada apa tuan?
'entah'... hehehe.. mau saja ketawa...?
ketawa, ketawa, ketawalah...
dah gila kah tuan?
'entah'...
bila segalanya terasa kosong
bila yang penting tidak lagi menjadi penting
bila yang dekat terasa semakin menjauh
bila segalanya terasa sarat semakin memberat
bila yang lurus terasa menjadi satu sempadan
dan...
bila kesendirian 'seperti ini', 'seperit ini'..
ingin saja aku di peluk damaimu...
ingin saja aku lena dalam kasih sayangmu...
ingin saja aku menangis di dadamu semahunya...
ingin saja aku merasai syahdunya dodoianmu...
ingin saja aku merasai hangatnya kasihmu...
datanglah malam... datanglah aku ingin mengulangi detikmu
pergilah siang... terik mentarimu hangat membakar seluruh jiwa
dahan, nantikan kehadiran sang pungguk saban malam
ah hati! sekepingmu terlalu sukar untuk di tekah
luka
rindu
sakit
menyisih
kosong
terasing
menyatu dalam takar...
berkatalah sang kakak tua...
siapakah mendengar?
aku ingin terbang di bumi yang meluas
tetapi mengapa sayapku terluka...?
hahahaha...
cuba ketawa... rasa gembira? "entah"...
nak tulis pa lagi ni? "entah"...
pagi ni bertemankan lagu 'a land called paradise' .... nak dengar lagu-lagu raya... ah! sendiri terusik... sarat sangat dengan rasa sedih... tah lah... macam-macam pikir... macam-macam rasa... dan saat patah-patah kata ini tuan taip seolahnya bersama-sama jatuhnya titis-titis airmata tuan... "buruk ka orang lelaki menangis"?... entah... ok ja kot... entah..
yaAllah peritnya...
sakitnya rindu ini...
ambillah hati ni...
kosongkanlah...
agar peritnya sirna yaAllah...
Allah... umiiii.....
tuan... kali ini tuan biarkan air mata mengganti kata...
2.03am@august8 2012
nak tanya,
berapa lama nak termenung depan lap top ni?
jawapan,
"entahlah"...
ni nak bagitau... sebenarnya itu bukan satu jawapan.. tetapi sekadar kata yang tidak bermakna kepada orang yang hampir putus asa..?
betul?
"entahlah"...
kita tinggalkan 'seribu entahlah'. berbalik kita kepada realiti...
dah pagi pun tetapi mata ni masih belum datang kantuk. ada masa? "entah"... hai.. kata nak 'tinggalkan' "entah"... baru berapa patah menaip, dah tertulis 'cik entah' itu lagi..?
pening baca tulisan tuan pagi ni...?
begitulah 'sepeningnya' kepala tuan ni...
'tolong... tolong.. tolong...'
ada apa tuan?
'entah'... hehehe.. mau saja ketawa...?
ketawa, ketawa, ketawalah...
dah gila kah tuan?
'entah'...
bila segalanya terasa kosong
bila yang penting tidak lagi menjadi penting
bila yang dekat terasa semakin menjauh
bila segalanya terasa sarat semakin memberat
bila yang lurus terasa menjadi satu sempadan
dan...
bila kesendirian 'seperti ini', 'seperit ini'..
ingin saja aku di peluk damaimu...
ingin saja aku lena dalam kasih sayangmu...
ingin saja aku menangis di dadamu semahunya...
ingin saja aku merasai syahdunya dodoianmu...
ingin saja aku merasai hangatnya kasihmu...
datanglah malam... datanglah aku ingin mengulangi detikmu
pergilah siang... terik mentarimu hangat membakar seluruh jiwa
dahan, nantikan kehadiran sang pungguk saban malam
ah hati! sekepingmu terlalu sukar untuk di tekah
luka
rindu
sakit
menyisih
kosong
terasing
menyatu dalam takar...
berkatalah sang kakak tua...
siapakah mendengar?
aku ingin terbang di bumi yang meluas
tetapi mengapa sayapku terluka...?
hahahaha...
cuba ketawa... rasa gembira? "entah"...
nak tulis pa lagi ni? "entah"...
pagi ni bertemankan lagu 'a land called paradise' .... nak dengar lagu-lagu raya... ah! sendiri terusik... sarat sangat dengan rasa sedih... tah lah... macam-macam pikir... macam-macam rasa... dan saat patah-patah kata ini tuan taip seolahnya bersama-sama jatuhnya titis-titis airmata tuan... "buruk ka orang lelaki menangis"?... entah... ok ja kot... entah..
yaAllah peritnya...
sakitnya rindu ini...
ambillah hati ni...
kosongkanlah...
agar peritnya sirna yaAllah...
Allah... umiiii.....
tuan... kali ini tuan biarkan air mata mengganti kata...
Subscribe to:
Posts (Atom)